22 October, 2019

Me time bersama bff zaman sekolah

Me time bersama bff zaman sekolah | Sesekali tu bila dapat luangkan masa beberapa jam untuk berjumpa kawan-kawan sekolah amatlah seronok okay. Asalnya nak lepak santai 5 jam je tapi bila dah start berborak sedar-sedar dah lebih dari 5 jam. Nasib baik masing-masing sedar diri ada family dekat rumah, kalau single memang sampai ke malam la duduk situ..hehehe..


Ini bff nieyl masa zaman sekolah menengah, kami kenal waktu form 1 Alhamdulillah serasi bersama sampailah form 5. Kami ada berlima, pergi mana sahaja lah pasti berlima kecuali pergi tandas la, kalau waktu rehat tu, siapa yang keluar kelas dulu dia akan tunggu yang lain baru lah pergi kantin sampai kan ambik subjek tambahan SPM pun sama juga..Dan lagi satu 4 kami menjadi pengawas perpustakaan dan seorang lain pegawas..Ya Allah rindunya lah zaman sekolah.. Sekarang ni 4 dah kahwin tinggal sorang je tu masing single, bila lah nak rasa nasi minyak dia tu ntah ..hehehe...moga cepat bertemu jodoh ya kawan..


Yang mana tengah diet tu, jangan meleleh air liur tengok dessert ni ya..Ini dessert yang wajib kalau pergi ke Alamanda tau, kalau sesiapa yang singgah alamanda tu boleh la cuba tak akan menyesal sebab sedap sangat, yang ni nieyl beli kami share makan untuk 4 orang. Roti John Cheeses ni pun sedap juga, dua- dua kedai ni di food court tau.


Close Up sikit gambar waffle brownies ni


Roti John Cheeses

Ada yang meleleh air liur ke tu, oklah korang saje je nak kenangan bersama kawan-kawan dalam blog ni mana tahu nanti anak-anak dieorang boleh mengenali kawan-kawan mak dia kan. Sambil share gambar makanan yang sedap-sedap dekat korang. Ok lah jumpa next entry nanti okay...Thanks korang yang membaca.

7 comments:

  1. jumpa kawan sekepala memang best. Ammi tiap2 tahun ada annual get together dgn kawan2 masa deepavali sebab masa tu je one of them balik bercuti ke Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Sapa yg tak seronok bersembang dgn bff..sambil mkn2..mengimbau segala cerita dulu2..

    ReplyDelete
  3. Bila kita nak date sama pulak ni hehehe

    ReplyDelete
  4. sesekali lepak minum minum dengan kawan2 camni best kan.. hee~

    ReplyDelete
  5. seronoknya makan2 sambil mengenang kisah zaman sekolah. memang takkan luput dalam ingatan kenangan zaman sekolah ^_^

    ReplyDelete
  6. seronoknya bila dpt gather2 ngan geng2 sekolah. mengimbau kenangan gitu.
    wah..foods pun best tu. yum yum...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)