15 October, 2019

Siapa ada migrain?Meh baca ini

Makanan yang boleh membantu melawan Migrain | Siapa yang ada migrain ataupun pernah diserang migrain mari kita tengok apa makanan yang mungkin boleh bantu kita mengurangkan migrain. Migrain dia boleh datang bila-bila masa yang kita tak menduga, nieyl sering kali kena masa di pejabat secara tiba-tiba. Kalau sebelum-sebelum ni nieyl memang akan telan panadol activfast dan tidur dalam gelap untuk menghilangkan sakit. 


Bila nieyl dapat tahu, ubat tahan sakit bukanlah cara terbaik untuk melegakan sakit kepala kerana ia bersifat sementara sahaja dan jika berterusan ia akan membawa kemudarat pada diri kita juga. Oleh yang demikian, dah berbulan-bulan nieyl tak ambil sebarang ubat untuk melegakan migrain bila ia menyerang. Cara nieyl sekarang, cuci rambut dan tidur dalam bilik yang gelap tanpa sedikit cahaya pun. Alhamdulillah, setakat hari ini cara nieyl ni berkesan untuk diri nieyl. Orang lain mungkin tak sama. 

Pagi ni nieyl nak share dengan korang yang sering kena migrain, makanan apa yang boleh membantu kita untuk melawan migrain ni..

  • Avokado - Ia kaya dengan antioksidan seperti lutein dan zeaxanthin yang bukan sahaja meredakan sakit kepala malah migrain juga boleh.
  • Buah Tin - Buah Tin mengandungi kalium yang mampu mengurangkan keradangan dan mencegah sakit migrain.
  • Salmon - kaya dengan asid lemak omega-3 dan bitamin b-2, ia mencegah platelet daripada berkumpul yang kemudiaan menghalang aliran darah dan menyebabkan sakit kepala.
  • Keledek - kaya dengan vitamin c, B1 dan kalium, keledek mampu mengurangkan rasa sakit kepala
  • Tembikai dan lobak merah - Tembikai, karot , timun dan saderi adalah bagus untuk dehidrasi yang juga salah satu punca sakit kepala.
  • Yogurt - kaya dengan riboflavin iaitu sejenis vitamin B kompleks yang terdapat dalam sayur-sayuran hijau, ikan, susu, hati , ginjal dan telur yang sangat membantu dalam melawan migrain
  • Jus lemon - Jika di serang migrain, cepat-cepat minum segelas jus lemon yang ditambah dua sudu kecil garam.
  • Pes kayu manis - Tumbuk atau kisar halus kayu manis dan kacau dengan sedikit air untuk dijadikan pes dan sapu pes tersebut dibahagian dahi dan pelipis bila di serang migrain, dan bilas dengan air selepas 25-30 minit.
Semoga share pagi ini membantu mereka yang menghadapi sakit maigrain ataupun sakit kepala, semoga ilmu ni bermanfaat untuk dikongsikan bersama-sama. Selamat beramal dan mencuba

6 comments:

  1. Boleh maklumkan pada saudara mara juga ni.Terima kasih Nieyl perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Nieyl atas perkongsian ini.. Sis ada migrain, selalu makan ubat sebab nak cepat sembuh. Tak tahan menanggung sakit kepala..

    ReplyDelete
  3. Akan diserang migrain kalau sampai time period je...sehari sebelum sampai la hari ke 3...memang lembik je...

    ReplyDelete
  4. kita ada migraine. kalau kena .. ya Allah sampai tak boleh bangun.. pening gila

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)