21 December, 2017

Hari Mesra Puspanita Penutup Tahun 2017

9 Tahun berada di jabatan yang sama merupakan pengalaman kerja yang sangat best dan bermakna. Bukan mudah untuk kita menyuaikan diri dengan mereka-mereka yang berstatus tetap. Tapi syukur Alhamdulillah, Allah tempatkan nieyl di bahagian yang sangat best dan dikeliling kawan-kawan yang baik, murah hati dan sporting. 

Awal bulan hari tu, puspanita bahagian ada menganjurkan hari mesra bersama,memang meriah dengan makanannya, dengan aktivitinya dan yang paling best ada demo masakan dan demo make up khas untuk kaum wanita. Majlis kami buat pada hari jumaat dikala kaum adam menunaikan solat jumaat. 


Nieyl bersama kawan-kawan PT,walaupun kami sama bahagian,lain cawangan dan lain aras tapi kami still together dalam apa juga aktiviti.Terbaik dieorang ni, baby yang nieyl pegang tu anak CC tau..


Sekarang ni kan Mary Kay tengah naik meletop-letop kan, so dieorang pun hadir sama memeriahkan hari mesra puspanita dengan mengadakan toturial make up basic untuk pergi ke pejabat. 


Model dah bersedia dah tu, step by step di tunjukkan di samping itu mereka juga promote barangan Mary Kay untuk tatapan kami. Yang mana suka make up tu, ha..boleh la tengok-tengok, mana tahu ada yang berkenan boleh terus beli.


Ada juga demo masakan nasi arab menggunakan periuk noxxa yang popular tu, manakala ayam pula menggunakan philips fryer,menggoreng tanpa minyak untuk lebih sihat. Selain itu, ada juga menjual pelbagai rempah nasi arab yang boleh di beli untuk di masak di rumah masing-masing..



Dah nak tengah hari ni, kalau tengok lauk tu mesti korang akan rasa lapar kan...sedapnya ayam panggang madu tu tauuu...memang sedap tanpa menggunakan minyak pun.


Wah..lagi terliur bila korang tengok gambar makanan ni kan..Ok ini makanan tengah hari untuk kiteorang semua, memang menyelerakan tahu..ada ulam-ulaman,ikan masin, ayam goreng..


Nasi putih dan yang paling di nantikan adalah asam pedas daging tetel memang sedap. Teringin nak masak sendiri nanti untuk husband. Sebab belum pernah masak lagi daging tetel ni.


Beratur dengan tertib untuk ambil makanan tengah hari yang di hidangkan secara buffet. Bukan itu sahaja banyak lagi dessert potluck yang di bawa oleh ahli-ahli puspanita yang lain. 


Masing-masing dah kekenyangan, menunggu aktiviti seterusnya. Ok, sehari sebelum majlis kami semua dah diberikan no. kumpulan untuk aktiviti kumpulan. Nieyl dapat kumpulan no.3 .


Aktiviti kumpulan adalah mencari kata sama makna, ada 3 helaian kertas..kita bahagi-bahagi kan supaya semua ahli kumpulan boleh turut serta. Time ni biasa la masing-masing berlumba-lumba nak jadi yang pertama hantar. 


Seterusnya aktiviti tukar hadiah. Ok yang ni kita telah dimaklumkan awal oleh urusetia untuk menyumbangkan hadiah bernilai RM5 dan ke atas. Terpulanglah kalau ada yang bagi lebih Alhamdulillah kan..Sebab buat pun suka-suka,untuk seronok-seronok..


Ini lah dia kenangan bersama ahli puspanita 2017. Semoga tahun depan kita boleh buat lagi aktiviti-aktiviti lain untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan ini. 


Nampak tak muka kumpulan ni yang berseri kegembiraan?ha..kumpulan nieyl menang no.1 cari kata sama makna. Dan kumpulan yang pertama hantar jawapan ke depan.. Yeay!


Sebelum bersurai, aktiviti pembahagiaan hadiah kemenangan no.1. kadang-kadang detik-detik macam ni akan di kenang sampai bila-bila sebab ianya tidak mungkin akan berulang kembali. Jd, nieyl abaikan semua kenangan ini di dalam blog, supaya bila mereka yang dah tua-tua nanti kalau jumpa blog ini, dieorang boleh tunjuk pada cucu cicit dieorang. ♥





1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)