28 December, 2017

Muslimah dress lebih cantik dan sopan di Zalora

Sebagai seorang wanita muslimah yang bekerja sudah pasti fesyen terkini menjadi pilihan. Berita baik buat hijabista di luar sana apabila fesyen Muslimah semakin berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Malah usaha para penggiat fesyen tempatan akhirnya membuahkan hasil apabila trend fesyen Muslimah semakin mendapat perhatian bukan sahaja oleh pencinta fesyen tempatan tetapi orang luar turut mula memandang tinggi. Bahkan mereka turut mula memberi perhatian ke atas trend pakaian Muslimah yang semakin popular.


Dalam dunia yang serba moden ini saya lihat corak kehidupan seharian kita telah dipengaruhi oleh teknologi. Perkembangan teknologi yang semakin pesat dan canggih memberi kelebihan buat kita terutamanya pada beberapa aspek yang tertentu.


Contohnya adalah impaknya ke atas aktiviti membeli-belah. Kalau dahulu kita perlu keluar untuk membeli sesuatu. Namun kini keadaan telah berubah sama sekali dengan wujudnya sistem teknologi terbaru yang semakin jauh ke hadapan. Penggunaan internet yang cukup meluas telah memberikan lembaran baru untuk dunia fesyen dan perniagaan. Kini kita boleh beli secara online walau dari mana sahaja kita berada. Malah banyak website online shopping Malaysia yang menawarkan pelbagai koleksi fesyen menarik untuk dipilih.

Zalora kini menawarkan koleksi muslimah dress kepada pelanggannya yang berhijab tetapi masih boleh berfesyen menutup aurat,lebih elegen dan bergaya.

4 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)