30 December, 2017

Teruja Tengok Sawah Padi

Teruja Tengok Sawah Padi | Dah lama simpan angan-angan nak bergambar di sawah padi ni, tapi apa kan daya kampung pun tak ada. Bila pergi kedah untuk wedding adik belah isteri dia tu rasa teruja tengok sepanjang perjalanan nak ke homestay tu semuanya sawah padi menghijau. 

Time adik selesai bersanding tu, adik nieyl tunjukkan bahagian belakang rumah isterinya, rupanya belakang rumah isteri dia tu seluas-luas kawasan sawah padi. Apa lagi perut dah kenyang, terus pergi belakang rumah untuk bergambar kenang- kenangan..hihihi.. sebab peluang macam ni kadang-kadang dia datang sekali je..



Memula tu nieyl pergi dengan anak buah nieyl je,mungkin lama sangat menghilang adik beradik yang lain cari nieyl terus semua datang belakang rumah untuk tengok pemandangan sawah padi kedah ni. Kami memang teruja sebab sebelum ni kita nampak sawah padi dari jauh, ini boleh pegang, boleh tengok sendiri rupa dan bentuk beras sebelum di proses. 

Alhamdulillah,angan-angan tu Allah jadikan kenyataan dan pengalaman yang kira berharga juga la untuk orang macam nieyl yang tak pernah lagi jejakkan kaki ke sawah padi..kekeke...

2 comments:

  1. Pakcik dulu masa muda2 pernah tanam padi juga.
    Sekarang sawah padi tu dah jadi kebun sawit.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)