04 December, 2017

Putu Mayam Sedap Rupanya


Putu Mayam Sedap Rupanya | Siapa yang kaki makan memang rugi lah berkawan dengan nieyl ni sebab banyak makanan yang nieyl tak makan. Sebelum-sebelum ni nieyl selalu je nampak kedai jual putu mayam ni tapi tak tertarik pun nak beli sebab mind set dah cakap makanan ni bukan sedap pun.. Sebab tula orang kata tak kenal maka tak cinta sama juga dengan makanan ni, tak cuba tak tahu rasanya. 

Sampai lah hari ahad lepas, nieyl pergi kenduri area rumah kakak nieyl di PJ. Ada gerai putu mayam so, kakak nieyl pun ambil 2 pinggan, lepas tu entah macam mana hati ni tergerak nak rasa sedap ke tidak sampai selalu nampak orang beli dekat pasar malam tu. Sekali rasa,berasa-rasa nieyl makan,hahaha..terus rasa sedap..patut pun orang beratur beli makanan ini.

Nieyl ada buat research sikit rupanya Putu Mayam adalah makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan dari semua bangsa.Diperbuat daripada tepung beras bersama air dan santan, kemudian doh ditekan dalam acuan sehingga menjadi mee dan di kukus. Ianya di hidang bersama kelapa parut dan gula perang atau gula kabung atau gula melaka.

3 comments:

  1. lamanya tak makan putu mayam..

    ReplyDelete
  2. Makanan kegemaran Sha nie.. Sekarang nie senang nak jumpa.. terutama sekali di pasar malam..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)