19 December, 2017

Majlis Persandingan Adik Di Kedah

Majlis Persandingan Adik Di Kedah | Pejam celik pejam celik, kini adik nieyl yang selalu lagi kawan gaduh masa kecil dah selamat menjadi suami orang. Syukur Alhamdulillah, bertemu jodoh yang lebih matang dari dia,yang boleh jaga dia. Kalau sebelum-sebelum ini, kakak-kakak ipar nieyl dari negeri pahang, perak dan yang kali ni jauh ke utara sana. Ini adalah kali pertama nieyl satu keluarga besar pergi ke Utara untuk sama-sama meraikan hari bahagian adik bongsu kami.


Rasanya ini adalah konvoi paling ramai kami sekeluarga untuk ke majlis perkahwinan iaitu 8 buah kereta dan seramai 40 orang. Bila perjalanan jauh, kesabaran dan bertolak ansur itu sangat penting.  Alhamdulillah ahad pagi kami sampai dengan selamat jam 4.30 pagi. 


Minggu ini pula majlis bertandang belah lelaki, Alhamdulillah setakat hari ini semuanya mengikut perancangan yang telah di rancangan bersama 5 bulan sebelum majlis minggu ini berlangsung. Moga semuanya berjalan dengan lancar..

1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)