16 March, 2017

Resepi Laksa Johor

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Resepi Laksa Johor  | Last week tak plan pun nak buat laksa johor nie, kebetulan dekat dapur ada sepaket speghatti balance masa buat birthday MIL nieyl. Kalau nak buat speghetti macam dah selalu sangat buat kan. So,cubalah mencabarkan diri buat laksa johor..Sebenarnya ini adalah kali pertama nieyl cuba buat,siap pergi rumah MIL lagi tanya resepi hihihi..

Bahan-bahan
1 paket spaghetti
1kg ikan sardin
1 sudu besar rempah kari ikan
1 cawan cili kering yg dikisar 
 ¾ cawan udang kering dikisar
1 kotak santan pekat 
3 cawan air 
½ cawan minyak masak 
1 sudu besar kerisik 
Garam Serbuk perasa  

Bahan kisar: 
3 batang serai 
2 inci halia 
2 inci lengkuas 
3 biji bawang besar 

Sayur
Kacang pancang
cili api potong
Timun

Cara-caranya

  1. Ikan nieyl rebus dan asingkan isi dengan tulang, air rebusan tu nieyl simpan untuk digunakan nanti.
  2. Panaskan periuk masukkan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng. 
  3. Masukkan air  Pastu masukkan cili kisar sampai terbit minyak. kemudian  masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. 
  4. Masukkan  air dan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik. kacau sehingga sedikit pekat dan dah siap!
  5. Speghetti seperti biasa rebus letak garam sedikit ya.Bila dah masak jangan lupa toskan dan sejukkan (boleh cuci dengan air paip) untuk elakkan melekat.

Selamat mencubaa!

Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

  1. suka sangat laksa johor..terasa makanan kgnya. Pure !

    ReplyDelete
  2. Suka laksa johor. Arwah bapak orang johor jadi kami selalu makan masa beliau masih ada.

    ReplyDelete
  3. tau makan je ... buat tak tau ... best ni

    ReplyDelete
  4. kita suka jg ...dulu tak suka lama2 mkn sedap jg....
    laksa johor ni yg unik nye tang cara potong timun dia tu ..nanti nieyl belajar la .... tp hancur jg kena kunyah keh keh

    ReplyDelete
  5. sedapnya... boleh cuba masak ni...

    ReplyDelete
  6. laksa johor. something sedap yg jarang aida dpt makan hu hu hu...
    sesekali ke johor, dpt la... unik. tak dpt nak cari yg sedap di melaka.
    and jarang yg jual. kalau ada pun, tak asli :(

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)