27 March, 2017

Kenyang makan tapi tidak gemuk

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kenyang makan tapi tidak gemuk | Ish..sensitif tau bila sebut perkataan gemuk nie cuba tukar panggil comel, ha..kan sedap sikit, hati kita pun tak sentap okay! Ok hari ini nak share dengan korang yang mana berbadan comel macam nieyl ni, ala kalau yang cantik pun boleh juga amalkan supaya body lebih cantik dan sihat dalam juga ya...

Kalau kita pergi tengok wayang, ada tak yang suka beli popcorn?suka kan..nieyl pun sama juga suka lagi-lagi bila bahagian yang gula tu kan..Ok, sebenarnya popcorn adalah salah satu makanan yang mengenyangkan dan tidak akan buat kita jadi gemuk tapi bukan popcorn yang dah disirah gula tu ya kawan-kawan kalau yang itu nieyl pun nieyl suka, ini popcorn yang kosong tanpa disirah gula. Popcorn mengandungi serat yang tinggi,ianya lebih baik dari kerepek kentang. 


Ada tak yang tak suka makan telur?ehh..ada tau yang tak suka makan telur,bila di tanya kenapa, dia jawab sebab takut kentut busuk..hihihi..Kepada yang tidak tahu, telur sebenarnya mengandungi banyak sangat nutrisi,protein dan 9 asid amino yang penting untuk tubuh badan kita ni. Kalau breakfast telur, adalah bagus sebabnya ianya mengenyangkan berbanding roti.

Kebiasaannya nieyl kalau masak lemak,masak sup atau kari memang salah satu bahan yang nieyl akan masukkan dalam tu adalah ubi kentang. Walaupun ramai yang berpendapat bahawa kentang mempunyai karbohidrat yang tinggi, tapi sebenarnya kentang adalah sangat baik untuk cepat kenyang dan ianya adalah sumber vitamin, serat dan nutrisi yang byk berbanding dengan roti gandum.

Sebilangan orang berpendapat, kalau makan kacang lebih akan naik jerawat..betul ke fakta atau mitos tu? Kekacang seperti kacang merah, kacang hijau dan kacang polong mengandungi kandungan air yang banyak dan ianya akan menjadikan kita cepat kenyang dan mempunyai serat yang tinggi untuk melambatkan proses pelepasan gula ke pembuluh darah. Kekacangan juga sangat baik untuk kesihatan jantung, sistem pencernaan dan mampu kontrol kolestrol  badan kita.

Dan yang terakhir sekali, buah tembikai..ala..klu pergi kenduri mana-mana inilah buah yang sangat popular yang dihidangkan selain dari buah orange kan. Tembikai mengandungi jumlah kalori yang paling rendah. Malah air dan serat yang mampu membuatkan kita rasa kenyang dalam tempoh yang lama. Dan bukan sahaja buah orange ada Vitamin C,tembikai juga kaya dengan vitamin C..

Wah!banyak sebenarnya makanan-makanan yang orang comel boleh makan, kalau nak diet, diet lah dengan sihat.Nikmatilah makanan yang sedap² dengan kuantiti yang berpatutan..So, jom amalkan diet sihat dengan nieyl disamping ambil supplement Shaklee :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. saya kalau makan kacang memang naik jerawat..tak taulah kenapa.tips menarik..orang kurus pun kena jaga makan. Takut bahaya kolestrol

    ReplyDelete
  2. tembikai. telur. kentang.
    antara makanan yg selalu aida makan.
    tapi tu la. sekali dgn nasi :) hi hi hi...
    aida ni kekadang diet yang yang yuk.
    ntah bila nak serius diet.
    bukan utk kurus ke apa, nieyl. hanya utk kesihatan :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)