28 March, 2017

Sakit lutut?rawat dengan halia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Sakit lutut?rawat dengan halia |  Bila bercakap tentang sakit sendi , ianya kini bukan satu penyakit yang boleh dianggap remeh ya. Fakta menunjukkan bahawa bukan sahaja orang dewasa sahaja yang mengalami penyakit sakit sendi, golongan kanak-kanak juga mengidap masalah sakit sendi ini.


Salah satu bahan semula jadi yang sinonim dengan penyakit sendi ini adalah halia. Selalunya halia ini kita buat masakan ataupun sapuan untuk luaran sebab dia panas-panas halia kan. Sebenarnya halia ini telah digunakan sejak beribu tahun dalam perubatan China.


Ada 2 cara yang kita boleh buat sendiri di rumah untuk melegakan kesakitan akibat sakit sendi. Selalunya halia sentiasa ada di rumah kan..so, kita boleh amalkan cara-cara ini di rumah ok..

Sebagai minyak urut halia
Minyak essential halia mengandungi kesan anti-radang yang melegakan kesakitan sendi.
  1. Ambil 2 sudu minyak zaitun dara dan masukkan dalam mangkuk. Panaskan dalam microwave dalam 2-3 minit
  2. Titiskan 3-4 titik minyak essential halia ke dalamnya
  3. Sapu bahaguan lutut atau sendi yang sakit tu 2x sehari

Sebagai pes halia
Halia juga boleh dijadikan pes dan sapukan pada lutut atau sendi yang sakit 
  1. Masukkan 1 sudu serbuk halia ke dalam mangkuk
  2. Tambahkan sedikit minyak zaitun,campurkan dan biarkan ianya menjadi pes
  3. Sapu pada lutut yg sakit dan cuci selepas beberapa jam.

Wah!sekarang korang dah tidak perlu nak risau dah...halia dekat rumah tu bukan untuk masak sahaja.

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. Thanks for sharing...betul tu, sakit ja lutut, pi masuk dapur ambil halia..

    ReplyDelete
  2. Tips bagus. Tak pernah tahu pun halia boleh digunakan untuk rawat lutut. TQ for sharing Nieyl :)

    ReplyDelete
  3. hu hu aida memang kekadang dah ada masalah lutut, nieyl :(
    hadoi lah!
    bagus gak ni. bahan memang ada aje kat umah.
    tq nieyl for sharing.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)