06 March, 2017

Ambil Tahu | toothpick atau pencungkil gigi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Toothpick atau pencungkil gigi | Kalau duduk di kedai makan terutamanya, nieyl selalu perhatikan gelagat orang di sekeling. Apa yang menjadi tanya adalah kenapa selepas makan orang akan cari pencungkil gigi? Mesti ada yang jawab sebab ada sisa makanan yang tersangkut di celah gigi kan?dan ade juga yang kata sebab tabiat selepas makan memang akan cari pencungkil gigi...hmm..

Tahu atau tidak bahawa tabiat mencungkil gigi ini adalah tidak disarankan oleh doktor? Ini kerana menggunakan pencungkil gigi boleh mendatangkan bahaya dan kemudaratan pada kita. Ha..jangan seronok sangat mencungkil yaaa...

Hakisan gusi - Pendarahan gusi yang berterusan boleh terjadi bila kita selalu sangat mencungkil sisa makanan yang terselit di celah gigi yang disebabkan oleh hakisan pada gusi.

Rosak gigi - Jangan sangka bila cungkil gigi ni hanya gusi sahaja yang rosak malah secara tidak langsung juga gigi kita juga akan rosak akibat muncung tajam pencungkil gigi tu. 

Gigi makin jarak - Mungkin kita tidak tahu, jika tabiat mencungkil ini berterusan boleh menyebabkan jarak gigi kita antara satu sama lain akan makin jauh,maksudnya akan ade ruang kosong yang akan menyebabkan makin banyak sisa makanan akan berada di antara ruang tersebut. 

Ha..dah tahu kan serba sedikit pasal pencungkil gigi tu...jangan disangka sekecil pencungkin gigi itu tidak bahaya yaaa...so,be careful okay...semoga bermanfaat...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. alamak. saya kalau makan, tak sah kalau takda pencungkil gigi. sebab banyak sangat celah-celah gigi ni yang tersumbat dengan makanan. adeh.

    ReplyDelete
  2. Masalahnya bila terselit daging tu Nieyl..
    Tu yg terpaksa guna pencungkil gigi..
    tapi kalau saja2 ..
    Tidak lah akak :)

    ReplyDelete
  3. baru tahu boleh menjarakkan gigi. hihi

    ReplyDelete
  4. Ayu jarang guna.... guna bila perlu sahaja. good info...tq for sharing!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)