08 March, 2017

Makan Peria Katak tak?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Makan Peria Katak tak? | Korang mesti kenal peria katak tu macam mana rupanya kan, bila sebut peria katak sahaja,terasa pahitnya sampai ke tekak walaupun tak makan. Nieyl memang jenis wanita yang tidak suka makan benda yang pahit melainkan ubat atau suplement kesihatan dan kecantikan. Walaupun orang kata peria katak ini mampu membuat golongan wanita awet muka. Tapi awet muka itu memang betul itu salah satu petua orang tua dulu-dulu.

Peria katak ini juga bukan sahaja untuk awet muka, kakak ipar nieyl kata dulu masa dia suspek kencing manis, dia amalkan makan peria katak ini untuk kurangkan kencing manis dia. Sampai sekarang walaupun tiada lagi kencing manis, dia amalkan makan peria katak ini sebagai ulam setiap kali makan..

Bagi golongan wanita yang menyusukan anak, kadang-kadang kekurangan susu badan ,peria katak ini boleh membantu menggalakkan penghasilan susu dengan cara merebus peria dan dijadikan ulaman dan makan dengan nasi. Seboleh-bolehnya janganlah makan mentah yaa..

Jika ada masalah haid yang ada kalanya tidak datang ataupun datang terlalu sedikit, boleh ambil peria sepanjang tempoh datang haid tu,InsyaÁllah ianya boleh membantu masalah haid yang dihadapi. Bagi ibu yang mengandung tidak digalakkan makan peria ya sebab ianya boleh mengecutkan uterus dan menggalakkan kelahiran bayi pra-matang atau tidak cukup bulan.

Semoga perkongsian petang ini,sedikit sebanyak memberi korang ilmu pengetahuan yang boleh di gunakan untuk diri sendiri dan orang lain juga.
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. Kak PC biasanya rendam dengan air garam dulu untuk kurangkan pahitnya tu sebelum masak..pahitnya memang lebih berbanding peria yang biasa tu..fuhhh..dah telan pun pahitnya macam lekat kat pangkal lidah..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)