29 July, 2016

Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh

by on July 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Klik banner ya kalau nak join...
masih sempat lagi nie kalau sesiapa nak join.. :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Riang Raya Bersama Part 1

by on July 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Riang Raya Bersama Part 1 | Rindunya dah 2 hari tak menaip panjang²,membebel dalam blog nie..mesti korang rindukan sebab terjah blog yang tak update kan..hihi..Seperti tahun² lepas bila tiba jamuan raya bahagian, masing² setiap cawangan membizikan diri dengan menghias gerai makanan masing²..sebab ianya adalah pertandingan gerai yang letup kebabom..hihi..

Utk memudahkan perjalanan dalam menghias gerai, group whatsapp wajib ada senang nak berurusan sebab semuanya skrg update dalam tu kan...so,tugas nieyl beli barang dan deko..bersama kakak² yang lain dalam cawangan.

Bayangkan,time pegi beli barang hanya 20% sahaja idea dalam kepala nie..so,yang lain² memang tak ada idea so,beli apa sahaja yang boleh dijadikan gerai tu lebih menarik. Tema gerai tahun nie adalah beraya ala kampung..Antara barang yang nieyl sempat grap seperti dibawah nie la..


Diy bunga gantung, lapik meja kayu, Diy sampul raya dan bakul untuk isi lemang nanti..Nampak sangat klasik kan. Selain tu nieyl ada juga beli cardboard,riben..



Belon pun nieyl beli walaupun nampak macam dah ke arah moden kan,yela nak buat ala kampung tapi selitkan moden sedikit dan ada jugak bunga hiasan pink merah,bagi naik sikit warna gerai nanti..

Start menghias gerai bermula jam 4 petang 26hb Julai 2016, so..hari tu memang nieyl stayback sampai jam 9 malam oii..tapi bukan la seorang,ada la beberapa orang lagi...dan esok hari nya sambung deko sampai jam 10 pagi... Majlis jamuan bermula jam 10.30 pagi..

Mesti korang tak sabar kan nak tengok hasilnya..hihihi.. :P

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Saya Rindu Awak

by on July 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



2 hari punya story dalam simpanan nie..
nak share ngan korang nanti...

Apa² selamat bekerja..Salam jumaat semua!♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

27 July, 2016

First Time try Lemang Periuk Kera

by on July 27, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

First Time try Lemang Periuk Kera | Raya tahun nie ramai yang buat entry lemang periuk kera nie kan, so..nieyl pun tak ketinggalan sebab pertama kali merasainya..Itu pun pergi open house rumah kakak kat opis.Rasa di lemak² sedap...

Menurut seorang pengusahanya, Noor Shafry Abd. Malik, 45, atau dikenali sebagai Tan Shafry, membuat lemang ini adalah lebih rumit dan memerlukan kesabaran tinggi. 

“Periuk kera perlu dipilih yang segar sebelum dipetik dan dipotong pada beberapa bahagian secara berhati-hati agar permukaan kulitnya tidak terkoyak sehingga boleh menyebabkan santan dan pulut yang dimasukkan di dalamnya boleh terkeluar ketika dimasak nanti. “Selepas dibersihkan dengan teliti, beras pulut yang telah direndam selama sejam berserta santannya dimasukkan ke dalam periuk kera dan dikukus selama 25 minit. “Sebelum mengukus, air perlu dimasak terlebih dahulu bagi mempercepatkan proses memasak. Kulit periuk kera akan menipis apabila pulut sudah masak. Malah ia akan mengeluarkan aroma tersendiri,” katanya kepada Bernama.


Unik kan..
Siapa dah try?

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

26 July, 2016

Personal Review By Nieyl : Dessert Sedap

by on July 26, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Personal Review By Nieyl : Dessert Sedap  | Semalam nieyl ada janji nak share apa yang ada dalam kotak ni yang beriben tu kan..[jamuan raya ] Ok jamuan jumaat lepas nieyl bawa Mix Cheeses tart.. Nampak tak tu,semua rasa ada dalam satu kotak,sangat berbaloi kalau beli pun sebab kita boleh rasa pelbagai perisa..cheeses tart nie paling laku tau dalam jamuan hari jumaat tu..hihihi...

Kakak yang ambil order nie bukan mix cheese tart je tau dia buat, macam² jenis dessert dia buat tau..nieyl tengok gambar pun dah meleleh air liur nie..tapi nak buat macam mana puasa lagi hari ini..


Siapa yang suka makan nutella pai tart, dia pun ada buat juga..topping pun ada macam² jenis topping yang kita boleh tempah, ada yang letak kepingan badam,biji kuaci, almond..


Penggemar coklat sila lap air liur anda ya...Ini moist chocolate cake, aduhai...nampak strawberry tu ...yumyum...


Nieyl suka juga makan congo bar nie..kalau ada kenduri ke..jamuan ke..memang suka juga order congo bar nie,senang tak payah nak fikir potong²..dia dah siap potong kan..:)


Ha..last sekali cranberry pai tart,yang ini nieyl belum try lagi..insyaállah coming soon nieyl nak try juga almaklumlah skrg nie jamuan raya kan...banyak sangat makannya..hihihi..bulan nie terlebih gula dalam badan sebab menu² jamuan raya semuanya berat²,manis²..berhati² ya...jaga kesihatan kita bersama... :)

Facebook : Arnia Rosmiawati
Handphone : 0122193484 (whatsapp only)

Selfe Pick up : Upm Serdang
Delivery Area : Bangi / Putrajaya / KL
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Kesan Bila Kekurangan Tidur

by on July 26, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Kesan Bila Kekurangan Tidur | Sebut tentang tidur..wah!seronoknya lah kan, lagi seronok bila badan dah penat...dapat tidur sememangnya nikmat tidak terhingga. Tapi kata orang tua² yang terlebih tidur kang gemuk, malas...itu selalunya ayat mak la dekat rumah..lagi kalau bujang,tak kahwin lagi jangan harap lah nak tidur sampai ke siang ya..Tapi kalau kurang tidur pun ada kesan dia..hmm..

Patutlah masa nak exam spm dulu,gigih tidur pukul12 malam,kang set jam pukul4 bangun sambung study..selama sebulan juga buat..konon nak result gempak la kan..haha..sekali memang gempak la sangat...hahaha...tak dapat juga masuk U..haha..makin sakit kepala ada laaa...

Jom tengok apa kesan kalau kita tak cukup tidur..

1. Lemah pemikiran 
Tidur memainkan peranan yang penting dalam pemikiran dan pembelajaran. Kekurangan tidur menyakitkan proses kognitif dalam pelbagai cara. Salah satunya ia merosakkan perhatian, kepekaan,tumpuan, pemikiran, dan menyelesaikan masalah. Ini menjadikan ia lebih sukar untuk belajar dengan lebih cekap. 

2. Masalah kesihatan yang serius 
Menurut sesetengah anggaran, 90% orang akan mengalami insomnia iaitu gangguan kesukaran tidur. Gangguan tidur dan kehilangan tidur yang kronik boleh meletakkan anda berisiko untuk terkena serangan jantung, kegagalan jantung, denyutan jantung tidak teratur, tekanan darah tinggi, strok dan diabetes. 

3. Tiada minat pada hubungan intim 
Kekurangan tidur juga akan menyebabkan kita tidak dapat memberikan kepuasan serta tiada keinginan untuk ‘bersama’. Untuk menceriakan kehidupan suami isteri, tuntutan dalam memberikan kepuasan dalam hubungan intim adalah penting agar pasangan kita dapat menikmati keasyikkan dalam melayari bahtera perkahwinan. Selain itu juga, ia akan menggangu pernafasan kita ketika tidur seperti berdengkur dan kesannya pasangan anda akan terganggu semasa tidur. 

 4. Tekanan atau stres 
Akibat kekurangan tidur, kita akan lebih rasa tertekan kerana anda tidak dapat berfikir dengan baik serta tidak fokus dalam sesuatu hal. Ini memberikan kesan yang buruk semasa membuat persiapan perkahwinan. Wajah anda juga akan menggambarkan kesangsian serta kecelaruan di dalam kotak fikiran. Seri pengantin pada wajah juga akan hilang serta merta. 

 5. Menggemukkan 
Akibat daripada kekurangan tidur, kita akan lebih mudah berasa lapar dan berselera. Oleh itu, ia akan meningkatkan selera makan yang tinggi sekali gus berat badan kita akan naik lebih cepat. Untuk kekal cantik dan sihat,anda perlulah menjaga waktu rehat dan tidur yang mencukupi. 

 6.Tiada seri wajah 
Apabila tidur tidak cukup menjelang hari persandingan kita akan menyebabkan mekap serta seri pada wajah tidak naik. Selain itu juga, wajah kita akan mempamerkan rasa kurang selesa serta tidak bermaya. Penjagaan tidur yang bagus adalah tidur selama 7 atau 8 jam sehari. Sekali gus kita akan merasakan perbezaanya. Kulit nampak lebih bermaya dan kita kekal cergas di hari bahagia. 
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

25 July, 2016

#throwback Part 7 : Jamuan Raya Gadis Comel

by on July 25, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Jamuan Raya Gadis Comel | Morning!ha..jangan gelak ya baca tajuk tu dan tak yah nak tengok kecomelan kami nie..hahaha..Hidup kena ceria lebih lagi bila hari. Tak ada lah nak throw sangat pun sebab kejadian nie berlaku last week hari jumaat yang mulia. Alhamdulillah, setiap tahun akan buat jamuan makan² bersama keluarga kecil di tempat kerja nie.. Rasa seronok bila semua sporting dan rajin² tau memasak pepagi hari. 

Sebelum tu ,sorri ya tempek gambar makanan besar²..saja nak buat orang terliur..( u looks so naughty nieyl ) . Alhamdulillah..kami berenam pakat buat jamuan raya kecil serta firewell salah seorang kakak nieyl yang comel tu nak pergi sambung study..so,last week dia last day.. (gonna miss u kak) 
kalau perhatikan gambar makanan di atas nie hanya lemak dan kuih sarapan pagi sahaja yang di beli yang selebihnya kakak² ni yang gigih memasak tau..Sedap pulak tu..patut la masing² mak mertua sayang lebih nie..eh..ada seorang lagi belum kahwin..( insyaÁllah..coming soon) pun pandai memasak..dah boleh jadi isteri dah tak lama lagi nie.. 
Port workstation kakak² nie memang strategik sangat, terletak di bahagian belakang dan terlindung dari orang lalu lalang kecuali kalau nak pergi ke bilik mesyuarat. So,ada almari panjang..tempat kitaorang susan makanan dan hiasan..
Nampak tak betapa gigihnya kakak comel sorang tu mendeko kan tempat makan tu,semangat kan.. kalau tengok IG dia post gambar semuanya cantik²..kiranya berseni jugak la jari jemari akk nie.. (hai asyik bertukar orang ke workstation nie) 
Suka gambar nie sebab sangat cantik bersiap dengan frame gambar lagi alahai...comel betul la kak fiza nie,yang ada dalam gambar tu la antara penganjur jamuan hari tu.. (sweet kan?..) eh..ada kotak laa..siap riben lagi..apa kah?? tu mix tart..nanti nieyl akan share entry lain ya...
kami berempat sahaja yang masih kekal bersama selama 5tahun..Yang lain asyik silih berganti sahaja.
Selamat Hari Raya dari kami berenam.. (menyorokkan badan itu adalah teknik melihatkan ku slim) hahaha..alamak,terserlah kerendangan ku..hahaha..Apa² pun syawal masih ada tinggal beberapa hari lagi..masih sempat lagi untuk buat puasa 6.. Alhamdulillah nieyl dah masuk hari ke-5..esok InsyaÁllah last day...

Ok babai...♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

22 July, 2016

Anything about friends

by on July 22, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Anything about friends | Good Morning everyone!Good friends,they care for each other and Close friends we understand each other, but the true friends they stay forever,beyond words,beyond distance and beyond time.. 

gambar semalam majlis perhimpunan..tajuk dan gambar tiada kaitan..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

21 July, 2016

Sorry!saya tidak akan download game

by on July 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Sorry!saya tidak akan download game | Ada orang tanya..tak download Pokemon Go ke?Ops!sorry rasanya macam salah orang je tanya soalan tu pada diri ku ini. Untuk pengetahuan, smartphone saya tiada sebarang aplikasi game..walaupun play store ada ya.. Kebiasanya akan main game di PC atau laptop sahaja. Handphone memang jauh sekali untuk game. 

Sebeb itu lah bila anak² buah ke ambil handphone lepas 5 minit akan di pulangkan semula..hihihi.. so, selamat handphone dari genggaman mereka yang kaki game nie.. Boring?memula mungkin la tapi bila dah lama² tu dah heran dah..kalau nak main sangat pun, pinjam handphone en.husband dia memang banyak la game..lelaki kan..ada sesetengahnya boring² main game..

Kita orang perempuan kalau dah ada tanggungjawab, ada anak rasanya tak sempat dah nak rasa boring tu kan, celik mata buat kerja sampai ke malam baru rehat.. Begitu la hari², betul..lain la kalau ada maid tu mungkin ada juga masa nak rasa boring.. :) , ok selamat petang!♥


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Kepuasan diri

by on July 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Kepuasan diri | Kepuasan diri adalah sangat penting bagi setiap individu. Satu perasaan gembira,happy bila apa yang kita inginkan kita dapat perolehi. Seronokkan?itulah kepuasan hati. Ada sesetengah orang tidak ambil kisah tentang kepuasan diri dia, apa yang di fikirkan adalah puas hati orang disekeliling sahaja. Kalau boleh biarlah ianya balance ya..

Cuma untuk mencapai kepuasan diri tu, sebolehnya gunalah cara yang baik jangan sesekali menindas dan menggunakan kelemahan orang lain.Itu busuk hati namanya ya.. So, cuba cari satu perkara yang boleh buat kita rasa puas..

Kalau nieyl,salah satu kepuasan diri adalah bergambar di tengah panas..hahaha..walaupun orang lain bising panas la,pergi la tempat redup..tapi sebab nak cari kepuasan diri tu bertegas juga nak ambil gambar di tengah panas..dah hasilnyaaaa....sangat cantik dan puas hati... (tak menyesal pun)..

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Wish For U

by on July 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Wish For U | Morning..nieyl nak wish Morning kat korang semua yang pagi nie singgah, jenguk, lawat blog nieyl ya..pagi nie x sempat nak stori mori..sebab ada perhimpunan... Kepada yang berpuasa sunat hari ini..selamat berpuasa, kepada yang ada jamuan raya hari ini selamat menjamu selera..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

20 July, 2016

Rojak Mamak Uniten

by on July 20, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Rojak Mamak Uniten | Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke 3 puasa. Ada yang puasa jugak? semoga dipermudahkan puasa kita ya.. Semalam first time makan rojak mamak yang jual area uniten itu pun kawan yang belikan..boleh tahan sedap juga tau..cukup rasa,rangup...mak nieyl pun suka juga..siapa pernah rasa rojak uniten nie?

Terliur tak?hihihi..

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Nak mata yang cantik

by on July 20, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Nak mata yang cantik | Kata orang, dari mata jatuh ke hati kan, so siapa yang tak nak mata yang cantik kan,semua orang nak..Walaupun mata ku ini agak sepet faktor genetik cina lebih dalam diri ini tetap bersyukur tau.Anugerah Allah pada kita, tak perlu nak buat pembedahan nak kasi mata besar ya.. Zaman sekarang ni kalau nak dapat mata yang cantik dah tak payah nak susah² dah..pakai saja kanta lekap berwarna warni..melambak kat pasaran sekarang nie, yang rabun² pun boleh guna juga sebab ada yang mempunyai power. 

Untuk mengekalkan mata yang cantik harus lah dimulakan dari dalaman ya bukan luar je berwarna warni tapi tak berapa nak sihat. Jom tengok beberapa petua atau tips penjagaan mata yang lebih sihat..

  1. Pengambilan telur
    Kuning telur kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang baik untuk mata.

  2. Pengambilan Antioksida
    Seperti buah beri, tomato,brokolo,bayam,kacang soya dan sebagainya.
  3. Mengambil Omega 3
    Pengambilan asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan salmon dan makarel dapat membantu melambatkan kerosakan mata berbanding mereka yang tidak ambilnya.

  4. Supplement
    Makanan tambahan juga diperlukan kerana nutrisinya dapat membantu mengurangkan risiko mata rosak.
  5. Menjaga tekanan darah dan berat badan
    Pada yang mengalami tekanan darah yang tinggi dapat menghalang aliran darah ke mata dan nutrisi tidak di capai oleh retina mata. Manakala lemak dalam badan pula adalah tempat penyimpanan iutama bagi nutrisi yang larut dalam lemak dan jaringan lemak inilah yang bertindak sebagai nutrisi pelindung mata.


Nieyl masih lagi dalam proses untuk memulihkan semula penglihatan mata, target nak tinggalkan cermin mata nie,so.boleh melihat dengan jelas tanpa bantuan kanta lagi..Sambil makan makanan yang di syorkan,nieyl pun amalkan supplement sebagai makanan tambahan..Doakan ya...tq 






  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

#throwback part 6 : Balik Kampung Suami

by on July 20, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Balik Kampung Suami | Usia perkahwinan dah masuk tahun ke-4, tahun ni merupakan tahun pertama menjejakkan kaki di kampung belah mak En.Husband. Masih lagi berada di dalam peta negeri selangor ya..hihi..selangor dengan kehidupan ku ini tidak dapat di pisahkan..hahaha.. kampung nya di kuala selangor..

Total 3 kereta pergi,tapi dari tempat yang berbeza..so,nieyl ngan biras sampai dulu so, tak tahu nak buat apa, sementara tunggu adik ipar dari penang sampai..kononnya nak naik bukit melawati..eh..bukan konon lagi,memang naik pun..jalan kaki nya..mencabar sungguh la..dgn high heels,baju rayanya..panasnya..tapi seronok bila dah sampai puncak..sejuk di keliling pokok² hijau..

Lepas turun bukit, terus pergi ke rumah yang nak di raya..apa yang bestnya yang tak ada di rumah nieyl adalah tangga..sebab tu pakat² amek gambar dekat tangga tu..nampak tak,ala² kampung gitu kan..






Walaupun nieyl tinggal  atas nama kampung,tapi kampung tu dah moden dah..boleh dikatakan 90% rumah baru,rumah batu..xde dah rumah kayu² sgt dah..jadi,suasana kampung tu dah tak ada sangat..

Inilah keluarga kecil En.husband, InsyaÁllah akan datang bertambah lagi ahlinya.. semakin berkembang menjadi keluarga yang besar nanti... :)

Dah abis ke story raya?haha...

Belum lagi....ada lagi beberapa part...sabar yaaa....
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Dont Cry

by on July 20, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Selamat Pagi...
Kecekalan hati dan jiwa kena sama² kuat untuk teruskan kehidupan..
Sentiasa berusaha dan berdoa agar perjalanan di masa akan datang lebih baik..
Amin...



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

19 July, 2016

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com

by on July 19, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


MINYAK WANGI BRAVEHEART


Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.



MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia. 

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Instagram : @KerinchiDotCom
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: 019-2018 014





SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda? 28 tahun 
  2. Jantina anda? (Lelaki / Perempuan)
  3. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana saya peminat tegar perfume,tidak kira murah atau mahal (sila berikan jawapan anda)

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.







  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

#throwback Part 5 : Kena Buli

by on July 19, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kena Buli | hari ini nak share story pasal 2 budak yang selalu membuli kakak dan makcik dia nie.. bertul korang tengok la gelagat dieorang bila suruh ambik gambar..Eee..menjadi² perangai masing².. berapa kali snap asyik buat hal je..sekeh kang baru tau..

Yang baju warna pink tu adik bongsu nieyl, dia jarang² dapat balik sebab kerja badan berunifom banyak abis kan masa dekat Kem dan kursus² dia.. Balik hari tu kata nak kahwin awal tahun depan..InsyaÁllah...bila dah bongsu tu,macam² la dalam kepala kakak dia nak buat semua DIY..haha..

Yang baju purple tu anak buah nieyl,kira yang no.2 besar la..Alhamdulillah,tengah kerja keras katanya pun nak kahwin tahun depan..bagus jodoh dah sampai..excitednyaaaa..semua orang nak kahwin nie...dah besar² semuanya..

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png