17 October, 2016

Hasil Sayur Tanaman Mini Kebun

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Hasil Sayur Tanaman Mini Kebun | Korang ada rasa tak kebuntuan nak masak sayur apa?Selalunya kalau memasak kena lengkap ada ikan/ayam dan sayur. So,biasalah kalau kita pergi kedai akan nampak sayur yang hijau seperti kangkung,bawam, sawi, kacang panjang pusing² sayur tu je kan. Boring kan. 

Beruntung kalau sesiapa yang duduk kampung atau bandar yang ada kawasan untuk bercucuk tanam nie, macam abg nieyl ni dia suka bercucuk tanam..sekarang nie dia tanam kailan dan pokok ubi.. Last week bila dah tak tahu nak beli sayur apa...kita pergi la dekat kebun sayur dia..hihihi... kita ambik kailan dengan pucuk ubi.


Pucuk ubi ini tak banyak pun abg tanam, untuk bagi semua rasa kena ambil ikut turn tau..hahaha..2 minggu sekali 1 rumah..so,this week nieyl dah ambil dulu dah. Nieyl rebus pastu buat masak tumis ikan bilis dengan cili api..peh!fav nieyl tu dari kecil lagi tu selain mak nieyl selalu celur pucuk ubi tu pastu cicah dengan sambal sardin..peh!sedapnyaaa...rindu masakan mak...


Orang kata kalau tangan nya sejuk, InsyaÁllah tanam apa pun lah akan hidup dengan subur dan segar. Abg nieyl tanam kailan nie gemuk² tau.. Yang nie pun nieyl tumis bersama udang..ada rasa manis² udang tu sikit, kailan yang di tanam nie dia rasa pahit² sikit tapi sedap rangup je makan dia. Lagipun kailan senang hidup..

Ha..sesiapa yang ada kawasan yang boleh bercucuk tanam tu,rajin² lah tanam pokok² sayur yang mudah hidup..sesak² ada juga sayur yang boleh di ambil dan di masak untuk dimakan sekeluarga kan.. :) jimat dah RM2 -5 duit beli sayur tau.. :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. Tangan akak panas..cili api ngan serai je tumbuh...sayur lain semua tak jadi..huwaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Rajin haaa..ibu ni jenis suka tanam buah...rambutan, betuk, pisang...sayur dia kurang sikit

    ReplyDelete
  3. Aaaaa tak makan sayur tapi pelik kalau masak lemak pucuk ubi makan pulak bertambah..kekekee..

    Btw..untung dapat tanam sendiri. Jimat sikit pun tetap jimat.

    ReplyDelete
  4. Betul Nieyl kalau rajin bertanam tak banyak sikit pasti akan dpt hasilnya
    Tengoklah boleh agih lagi bagi kat adik dia kan.
    Bukan dpt hasil makan sendiri aje dpt pahala bersedekah lagi.

    ReplyDelete
  5. Seronok berbudi pada tanah ni :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)