20 October, 2020

Berubah angin setelah 11 tahun

by on October 20, 2020

Berubah angin setelah 11 tahun  | Lamanya nieyl tak update entry baru, hari ini baru ada kelapangan sedikit untuk menaip entry. Sebenarnya seminggu dua ni nieyl sibuk menguruskan proses berhenti kerja, Alhamdulillah Allah nak beri rezeki lain untuk nieyl agaknya kan. Sekarang ni nieyl masuk hari kedua bekerja di pejabat baru. 

Buat masa ni kalau nak compare macam terlalu awal la, Insya'Allah kita tengoklah sebulan dua nanti macam mana. Kenapa berhenti? susah nak jawab soalan tu sebabnya benda ini semua terjadi terlalu pantas dan bila nieyl fikirkan semula, rasa tak percaya nieyl buat keputusan untuk berhenti kerja setelah 11 tahun berkhidmat di tempat yang sama.

Tapi mungkin Allah gerakkan hati nieyl dan buka pintu hati nieyl untuk terima offer dari ex boss. Walaupun hanya kontrak tapi kontrak yang tempat baru ini lebih menguntungkan nieyl dari segi tempoh yang ditawarkan. Masih sama lagi seperti sebelum ini, nieyl berkhidmat di sektor awam. 

Korang doakan nieyl dekat tempat baru ni ya..kalau tempat lama tu kira dah senior tapi tempat baru ni junior yang masih lagi merangkak nak memahami term -term yang digunakan. Makan masa jugalah nieyl nak memahami , tapi insya'Allah moga semua dipermudahkan...Amiiin..


 

14 October, 2020

PKPB bermula hari ini

by on October 14, 2020



Assalamualaikum
Hari ini dah bermula PKPB dikawasan Putrajaya, Selangor dan Wilayah Persekutuan..
Apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk mengelakkan penyebaran virus Covid 19 
terus berleluasa tetapi kita sebagai rakyat juga perlu memainkan perasaan kita juga..
Untuk perangi covid 19 ini kita perlu bersatu dengan kerajaan..
Jaga kesihatan, jaga keselamatan ahli keluarga kita..
Keluarlah apabila perlu sahaja..
Kalau kita tak jaga diri kita dan keluarga kita,
siapa lagi betul tak...

Nieyl tinggal di selangor dan bekerja di putrajaya..
Jadi, kerja seperti biasa cuma di hadkan masa bekerja..
Untuk mengelakkan kita berkumpul ramai di pejabat dalam jangka masa yang lama..

Nieyl doakan semoga usaha kita dan kerajaan membentung virus ini akan terus memberi kesan yang positif, dan minta kita dijauhi segala penyakit merbahaya ini...

PKPB SELANGOR, KL, PUTRAJAYA
Bermula 14 - 27 oktober 2020



 

13 October, 2020

Cepat Terpengaruh Dengan Media Sosial Betul

by on October 13, 2020

Cepat Terpengaruh Dengan Media Sosial Betul | Itulah bila banyak masa terluang dekat rumah, scroll facebook dan nampak ramai yang mencuba apps baru yang trending dua tiga hari ni so tangan ni pun nak juga cuba tekan-tekan, nak juga tahu bagaimana rupa diri sendiri mengikut negara.

Bila dah cuba, sendiri tengok pun tergelak besar , ini kalau suami tengok ni agak-agak dia kenal tak isteri dia ni. Ish..macam-macam apps sekarang ni, sebelum ini jadi tua sebelum usia. Tapi janganlah ambil serius sangat, ini hanya suka-suka sahaja untuk hiburan hati.. Korang dah cuba ke? Pix2Mix



 

09 October, 2020

Tips Mudah Menbaca Al-Kahfi

by on October 09, 2020


Assalamualaikum..
Salam jumaat semua...

Siapa yang membaca entry ni yang dah mula mengamalkan bacaan surah Al-kahfi,
Alhamdulillah dan nieyl share tips yang lebih mudah untuk kita terus amalkan membaca surah ini...
Ajak suami isteri dan anak-anak sekali...
Semoga kehidupan kita didunia dan akhirat diberkati..
Amiin...



 

08 October, 2020

Makcik Bawang Crispy Makin Maju

by on October 08, 2020

Makcik Bawang Crispy Makin Maju | Bismillahirrahmanirrahim, Dengan rendah dirinya nieyl nak memperkenalkan projek perniagaan kecil-kecilan yang telah diusahakan sejak bulan September yang lalu. Dimana pada asalnya, hanya menjual di kalangan rakan-rakan sahaja untuk mencari pendapatan sampingan sementara masih menunggu untuk kembali bekerja pada Oktober 2020. Nieyl telah mengeluarkan produk makanan sendiri dimana 100% homemade dan dibuat sendiri oleh nieyl. Perkenalkan MAKCIK BAWANG CRISPY , dimana untuk permulaan nieyl akan fokus untuk menjual dan mempromosikan bawang goreng crispy. Rezeki Allah itu sungguh luas, Alhamdulillah sehingga hari ini setiap hari akan ada permintaan dari pelanggan. 


Sejak nieyl mula menjual sehingga hari ini sudah hampir 100 balang bawang goreng crispy nieyl terjual. Alhamdulillah syukur, bawang goreng crispy dari makcik bawang adalah 100% homemade, tiada bahan campuran, halus, rangup, wangi dan manis original dari bawang itu sendiri dan jua nieyl jual dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.


Apa lagi yang special tentang bawang goreng crispy nieyl ini adalah nieyl sendiri sebagai owner membuat segalanya sendiri termasuk mengupas, menghiris dan mengoreng dibantu oleh mak nieyl sendiri. Disebabkan nieyl tidak mempunyai masa pada hari bekerja, jadi nieyl akan restock setiap hari ahad sahaja, itu pun stock adalah terhad. Selalunya beberapa hari sebelum restock nieyl akan open order terlebih dahulu kemudian sekiranya ada lebih, nieyl akan hantar ke kedai makan. Cuma setakat ini stock tidak mencukupi , kedai pun nieyl tak sempat nak hantar. Alhamdulillah, Alhamdulillah..


Setiap minggu nieyl akan restock 20 balang sahaja untuk menjaga kualiti bawang goreng crispy nieyl. Untuk pengetahuan korang, nieyl tidak akan jual pada pelanggan stock yang seminggu punya ya. selalunya nieyl akan jual yang fresh- fresh sahaja. Nieyl akan cuba untuk habiskan stock seminggu dalam masa 3 or 4 hari. Itu target nieyl supaya pelanggan dapat barang yang berkualiti. 

Dibawah ni ada beberapa testimoni ataupun feedback dari pelanggan-pelanggan yang dah merasa sendiri kesedapan dan kerangupan bawang goreng crispy nieyl.




InsyaÁllah akan datang masih dalam perancangan lagi, untuk menambah beberapa jenis bawang dibawah produk makcik bawang crispy. Korang doakan nieyl berjaya okay.. Kepada yang membaca entry ini sekiranya nak rasa dan beli bawang goreng crispy nieyl, coming soon nieyl akan buka untuk pos , buat masa ini nieyl tak dapat lagi untuk open kepada orang luar Putrajaya disebabkan kekangan masa dan tenaga. Apa-apa pun untuk lebih lanjut tentang produk makcik bawang crispy, korang boleh follow IG ,nanti nieyl share dekat bawah okay.. Tanda support nieyl, korang follow la ya...

Dan tidak lupa juga, nieyl nak beri sebalang Bawang Goreng Crispy secara PERCUMA. Macam mana? join giveaway nieyl sekarang KLIK SINI



 

06 October, 2020

Giveaway Makcik Bawang By www.nieylanadia.com

by on October 06, 2020

 




Syarat-syarat
  1. Like Page  www.nieylanadia.com 
  2. Follow Blog INI
  3. Add Friend Facebook  NIEYL , Follow Instagram NIEYL dan Makcik Bawang Crispy (komen mana-mana post )
  4. Buat satu entry bertajuk "Giveaway makcik bawang by www.nieylanadia.com "
  5. Copy banner dan link kan semula ke entri ini.
  6. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.

Hadiah


Sebalang Bawang Goreng Crispy by nieyl


Tarikh Tutup Giveaway

30 Oktober 2020


Happy Birthday Adam 5 thn

by on October 06, 2020
Happy Birthday Adam 5 thn | Lama rasanya tak share tentang Adam dalam blog. 23 September 2020 yang lepas genap umur Adam 5 tahun. Syukur Alhamdulillah Adam membesar dengan sihat dan penuh dengan kasih sayang. Walaupun dah ada adik, nampak matang seorang abang. Untuk tahun ini, kita celebrate secara sederhana dirumah Wan itupun Adam tak tahu yang kiteorang nak celebrate birthday dia, surprise! 

Ucapan untuk Adam :-

Dear Adam Maklong, Happy birthday !
Maklong sentiasa doakan Adam menjadi anak yang soleh didunia dan akhirat..
Sentiasa menghormati orang tua, study rajin-rajin sampai menara gading..
Bila dah besar nanti, Kalau terbaca blog ini..
remember! you are my hero, my jiwa dan always love you forever