Showing posts with label Business Nieyl. Show all posts
Showing posts with label Business Nieyl. Show all posts

22 January, 2024

Tak boleh duduk diam

by on January 22, 2024

Tak boleh duduk diam | Kalau orang lain dapat cuti macam nieyl, mesti bestkan boleh rest, tengok Kdrama ke netflix ke kan. Tapi nieyl memang tak boleh duduk diam lah, ada je benda yang nieyl nak buat. Baru-baru ni nieyl saje je bagi pegawai nieyl yang beli karipap kuantiti yang banyak  Peria Crispy, nak dijadikan cerita dia pergi jadikan Peria Crispy tu tester dekat opis dan terus order 26 bekas Alhamdulillah. So, Jumaat lepas nieyl hantar semua order. Nieyl jual Peria Crispy ni Rm12 je..
Siapa yang tak suka makan peria sebab pahit kan, tapi Peria Crispy ni langsung tak pahit. Dan nieyl sendiri pun suka makan dengan nasi memang layan krup krupp kruppp.. Korang doakan semoga nieyl terus dimurahkan rezeki ya..♥



 

08 October, 2020

Makcik Bawang Crispy Makin Maju

by on October 08, 2020

Makcik Bawang Crispy Makin Maju | Bismillahirrahmanirrahim, Dengan rendah dirinya nieyl nak memperkenalkan projek perniagaan kecil-kecilan yang telah diusahakan sejak bulan September yang lalu. Dimana pada asalnya, hanya menjual di kalangan rakan-rakan sahaja untuk mencari pendapatan sampingan sementara masih menunggu untuk kembali bekerja pada Oktober 2020. Nieyl telah mengeluarkan produk makanan sendiri dimana 100% homemade dan dibuat sendiri oleh nieyl. Perkenalkan MAKCIK BAWANG CRISPY , dimana untuk permulaan nieyl akan fokus untuk menjual dan mempromosikan bawang goreng crispy. Rezeki Allah itu sungguh luas, Alhamdulillah sehingga hari ini setiap hari akan ada permintaan dari pelanggan. 


Sejak nieyl mula menjual sehingga hari ini sudah hampir 100 balang bawang goreng crispy nieyl terjual. Alhamdulillah syukur, bawang goreng crispy dari makcik bawang adalah 100% homemade, tiada bahan campuran, halus, rangup, wangi dan manis original dari bawang itu sendiri dan jua nieyl jual dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.


Apa lagi yang special tentang bawang goreng crispy nieyl ini adalah nieyl sendiri sebagai owner membuat segalanya sendiri termasuk mengupas, menghiris dan mengoreng dibantu oleh mak nieyl sendiri. Disebabkan nieyl tidak mempunyai masa pada hari bekerja, jadi nieyl akan restock setiap hari ahad sahaja, itu pun stock adalah terhad. Selalunya beberapa hari sebelum restock nieyl akan open order terlebih dahulu kemudian sekiranya ada lebih, nieyl akan hantar ke kedai makan. Cuma setakat ini stock tidak mencukupi , kedai pun nieyl tak sempat nak hantar. Alhamdulillah, Alhamdulillah..


Setiap minggu nieyl akan restock 20 balang sahaja untuk menjaga kualiti bawang goreng crispy nieyl. Untuk pengetahuan korang, nieyl tidak akan jual pada pelanggan stock yang seminggu punya ya. selalunya nieyl akan jual yang fresh- fresh sahaja. Nieyl akan cuba untuk habiskan stock seminggu dalam masa 3 or 4 hari. Itu target nieyl supaya pelanggan dapat barang yang berkualiti. 

Dibawah ni ada beberapa testimoni ataupun feedback dari pelanggan-pelanggan yang dah merasa sendiri kesedapan dan kerangupan bawang goreng crispy nieyl.




InsyaÁllah akan datang masih dalam perancangan lagi, untuk menambah beberapa jenis bawang dibawah produk makcik bawang crispy. Korang doakan nieyl berjaya okay.. Kepada yang membaca entry ini sekiranya nak rasa dan beli bawang goreng crispy nieyl, coming soon nieyl akan buka untuk pos , buat masa ini nieyl tak dapat lagi untuk open kepada orang luar Putrajaya disebabkan kekangan masa dan tenaga. Apa-apa pun untuk lebih lanjut tentang produk makcik bawang crispy, korang boleh follow IG ,nanti nieyl share dekat bawah okay.. Tanda support nieyl, korang follow la ya...

Dan tidak lupa juga, nieyl nak beri sebalang Bawang Goreng Crispy secara PERCUMA. Macam mana? join giveaway nieyl sekarang KLIK SINI