08 October, 2020

Makcik Bawang Crispy Makin Maju

Makcik Bawang Crispy Makin Maju | Bismillahirrahmanirrahim, Dengan rendah dirinya nieyl nak memperkenalkan projek perniagaan kecil-kecilan yang telah diusahakan sejak bulan September yang lalu. Dimana pada asalnya, hanya menjual di kalangan rakan-rakan sahaja untuk mencari pendapatan sampingan sementara masih menunggu untuk kembali bekerja pada Oktober 2020. Nieyl telah mengeluarkan produk makanan sendiri dimana 100% homemade dan dibuat sendiri oleh nieyl. Perkenalkan MAKCIK BAWANG CRISPY , dimana untuk permulaan nieyl akan fokus untuk menjual dan mempromosikan bawang goreng crispy. Rezeki Allah itu sungguh luas, Alhamdulillah sehingga hari ini setiap hari akan ada permintaan dari pelanggan. 


Sejak nieyl mula menjual sehingga hari ini sudah hampir 100 balang bawang goreng crispy nieyl terjual. Alhamdulillah syukur, bawang goreng crispy dari makcik bawang adalah 100% homemade, tiada bahan campuran, halus, rangup, wangi dan manis original dari bawang itu sendiri dan jua nieyl jual dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.


Apa lagi yang special tentang bawang goreng crispy nieyl ini adalah nieyl sendiri sebagai owner membuat segalanya sendiri termasuk mengupas, menghiris dan mengoreng dibantu oleh mak nieyl sendiri. Disebabkan nieyl tidak mempunyai masa pada hari bekerja, jadi nieyl akan restock setiap hari ahad sahaja, itu pun stock adalah terhad. Selalunya beberapa hari sebelum restock nieyl akan open order terlebih dahulu kemudian sekiranya ada lebih, nieyl akan hantar ke kedai makan. Cuma setakat ini stock tidak mencukupi , kedai pun nieyl tak sempat nak hantar. Alhamdulillah, Alhamdulillah..


Setiap minggu nieyl akan restock 20 balang sahaja untuk menjaga kualiti bawang goreng crispy nieyl. Untuk pengetahuan korang, nieyl tidak akan jual pada pelanggan stock yang seminggu punya ya. selalunya nieyl akan jual yang fresh- fresh sahaja. Nieyl akan cuba untuk habiskan stock seminggu dalam masa 3 or 4 hari. Itu target nieyl supaya pelanggan dapat barang yang berkualiti. 

Dibawah ni ada beberapa testimoni ataupun feedback dari pelanggan-pelanggan yang dah merasa sendiri kesedapan dan kerangupan bawang goreng crispy nieyl.




InsyaÁllah akan datang masih dalam perancangan lagi, untuk menambah beberapa jenis bawang dibawah produk makcik bawang crispy. Korang doakan nieyl berjaya okay.. Kepada yang membaca entry ini sekiranya nak rasa dan beli bawang goreng crispy nieyl, coming soon nieyl akan buka untuk pos , buat masa ini nieyl tak dapat lagi untuk open kepada orang luar Putrajaya disebabkan kekangan masa dan tenaga. Apa-apa pun untuk lebih lanjut tentang produk makcik bawang crispy, korang boleh follow IG ,nanti nieyl share dekat bawah okay.. Tanda support nieyl, korang follow la ya...

Dan tidak lupa juga, nieyl nak beri sebalang Bawang Goreng Crispy secara PERCUMA. Macam mana? join giveaway nieyl sekarang KLIK SINI



 

8 comments:

  1. waahhh sedapnya nampakkk ni..suka klu makan bihun sup ada bawang crispy ni

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah semoga nieyl akan terus sukses, aamiin , nampak pun crispy sangat niely :)

    ReplyDelete
  3. lps ni jual la on9. luaskan pasaran ke pantai timur juga. pasti ramai yg nak...

    ReplyDelete
  4. semoga lebih sukses lagi lepas ni

    ReplyDelete
  5. Wahhh semoga lebih maju lagi yer selepas ni. Nak cuba jugalah boleh hehe

    ReplyDelete
  6. tentu sedap. homemade pula tu mama doakan semoga terus berjaya

    ReplyDelete
  7. Homemade punya ni mesti lagi best rasa dia

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)