20 October, 2020

Berubah angin setelah 11 tahun

Berubah angin setelah 11 tahun  | Lamanya nieyl tak update entry baru, hari ini baru ada kelapangan sedikit untuk menaip entry. Sebenarnya seminggu dua ni nieyl sibuk menguruskan proses berhenti kerja, Alhamdulillah Allah nak beri rezeki lain untuk nieyl agaknya kan. Sekarang ni nieyl masuk hari kedua bekerja di pejabat baru. 

Buat masa ni kalau nak compare macam terlalu awal la, Insya'Allah kita tengoklah sebulan dua nanti macam mana. Kenapa berhenti? susah nak jawab soalan tu sebabnya benda ini semua terjadi terlalu pantas dan bila nieyl fikirkan semula, rasa tak percaya nieyl buat keputusan untuk berhenti kerja setelah 11 tahun berkhidmat di tempat yang sama.

Tapi mungkin Allah gerakkan hati nieyl dan buka pintu hati nieyl untuk terima offer dari ex boss. Walaupun hanya kontrak tapi kontrak yang tempat baru ini lebih menguntungkan nieyl dari segi tempoh yang ditawarkan. Masih sama lagi seperti sebelum ini, nieyl berkhidmat di sektor awam. 

Korang doakan nieyl dekat tempat baru ni ya..kalau tempat lama tu kira dah senior tapi tempat baru ni junior yang masih lagi merangkak nak memahami term -term yang digunakan. Makan masa jugalah nieyl nak memahami , tapi insya'Allah moga semua dipermudahkan...Amiiin..


 

9 comments:

  1. sometimes tukar enviroment yg kita need kan ! good luck with the new job :)

    ReplyDelete
  2. Moga gembira di tempat baru dan suasana baru.

    ReplyDelete
  3. semoga mudah urusan di tempat baru, insyaallah u can do it!

    ReplyDelete
  4. tahniah nieyl semoga nieyl akan terus sukses di tempat baharu, cantik pula pemandangan hijau di luar office tu segar jer :)

    ReplyDelete
  5. wahhh tempat baru ye! semoga dipermudahkan segala urusan!

    ReplyDelete
  6. All the best Nieyl! Tempat baru, rezeki baru!

    ReplyDelete
  7. moga cepat selesa, nieyl :)
    rezeki tu dtg dlm pelbagai bentuk kan.
    selamat bekerja :)

    ReplyDelete
  8. wahhh good luck kerja di tempat baru!!! All the best!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)