25 October, 2020

Cosmoderm Tea Tree Oil Rangkaian Produk Skincare Terbaik

Cosmoderm Tea Tree Oil Rangkaian Produk Skincare Terbaik | Bila umur semakin meningkat ini nieyl sentiasa mencari rangkaian produk skincare yang boleh membantu nieyl dalam menjaga kulit wajah dan badan. Masalah yang sering dihadapi oleh nieyl dan sesetengah wanita diluar sana adalah jerawat. Betul tak? Kalau tumbuh sebiji jerawat tu murungnya tak boleh bawa berbincang. Oleh yang demikian, nieyl dah jumpa penyelesaian kepada masalah jerawat yang kadang-kadang mengganggu emosi kita apabila ia tumbuh tanpa diundangkan.


Rasanya korang pun mesti pernah dengar produk rangkaian cosmoderm sebelum-sebelum ni kan? Ok, nieyl pun nak share juga dengan korang yang nieyl sendiri pun menggunakan produk cosmoderm untuk mendapatkan kulit wajah yang bebas minyak dan juga jerawat. Ha..ramai kawan-kawan yang kata kulit nieyl ni tak ada masalah, sebab sentiasa flawless gitu, tetapi hakikat sebenarnya kulit nieyl masih lagi ada jerawat yang halus, kalau pandang dengan mata kasar tu kena tenung betul-betul baru nampak.

Rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil Range ini diformulasi untuk mengimbangkan proses penyembuhan dan ia mengandungi Vitamin E. Dimana ia berkesan untuk membantu masalah kulit berjerawat dan memberi pelindungan kulit dari kesan sinaran matahari. Ha, bestkan?

Dalam 3 hari kulit bebas jerawat


Untuk langkah pertama dengan menggunakan Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser sebagai pencuci wajah harian. Ia boleh menghilangkan minyak dan membersihkan liang pori dan mengawal kegatalan kulit sebagai merawat masalah jerawat.


Langkah yang kedua adalah gunakan Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask. Selepas kita dah cuci muka dan sapukan Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask ke seluruh muka dan biarkan selama 15-20 minit. Ia membanti menyerap lebihan minyak dan mengeringkan jerawat dan liang pori. Mask ni sangat best tau korang dia rasa berangin gituuu..



Seterusnya Tea Tree Oil Anti-Blemish Gel. Dengan berasaskan ekstrak tubuhan yang boleh membantu mengurangkan jerawat , bintik hitam dan whitehead. Untuk makluman, terdapat 2 jenis gel anti-cela iaiti Tea Tree Anti Blemish Gentle untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif dan tea tree blemish x-press yang ini tidak disarankan untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif. Ha..ingat tu okay.

Antara lain produk rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil :-


Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion - Ia membantu merawat jerawat , menghilangkan bakteria dan minyak yang berlebihan. 


Cosmoderm Tea Tree Oil, Oil Control Serum - Serum berasaskan gel bersama ekstrak buah untuk mengawal lebihan minyak dan jua membanti menghaluskan pori-pori untuk mengurangkan jerawat, blackheads dan whiteheads.


Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser - 2 in 1 primer pelembap untuk kulit berminyak dan kombinasi. Pelembap berasaskan air membantu melindungi kulit daripada sinar UVA & UVB yang boleh merosakkan sel kulit.


Cosmoderm Tea Tree Oil Shower Gel - Ia memberikan kesegaran yang luar biasa untuk bau badan dan jerawat badan. Ia memberikan pembersihan lembut pada kulit menjadikan kulit segar licin tanpa rasa melekit dan anti bakteria yang sesuai untuk semua orang.

Semua rangkaian produk Cosmoderm Tea Tree Oil ini boleh korang dapatkan di mana-mana farmasi seperti waksons, Guardian , Aeon Wellness berhampiran kediaman korang okay ataupun korang boleh je buat pembelian secara atas talian di laman we b rasmi Cosmoderm seperti di bawah:-

 www.cosmoderm.com.my 

atau  Shopee Cosmoderm Offical Store 

https://shopee.com.my/cosmoderm

 

#Cosmoderm #HealthySkinBeautySkin #Skincare #TeaTreeOil



4 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)