11 July, 2024

Dinner di La Padella Western & Italian Puchong

by on July 11, 2024

 

Dinner di La Padella Western &Italian Puchong | Minggu lepas nieyl balik kerja, husband cakap dia teringin nak makan western sebab dia baru baik beberapa hari tu suara dia serak dan hilang. Jadi, nieyl ni pula jenis kalau bab makan, memang onz je hihihi. Tapi bila tanya husband nak makan dekat mana?dia kata alaaa sayang cari la..ha..bab tu sis memang tak suka buat last minit carian , sebab kalau cari last minit ni dia boleh tersalah pilih kedai nanti kecewa. Tapi nieyl dah cakap dah dengan husband kalau tak sedap jangan marah..

Dengan menggunakan kuasa viral TikTok nieyl jumpa satu kedai area Puchong. Kalau dari rumah nieyl tu kalau tak jem dalam 30-35 minit sampai lah. Kira ini kali pertama nieyl pergi kedai ni, nasib baiklah ada maze ni tau, kalau harap bergerak tanpa waze memang sesat barat lah weh..

Jom tengok apa yang nieyl order malam tu. Memang menjadi kebiasaan kalau makan western kena minum ais lemon tea, nieyl jarang order air lain. Husband nieyl order air asam boi rasanya. Lupa nak snap air dia. 

Menu pertama yang sampai adalah Speghetti Beef Bolognese . Sos dia memang sedap macam sos prego yang selalu kita buat sendiri tu, cukup rasa, portion dia banyak boleh makan 2 orang. Beef dia tak kedekut langsung. Nieyl makan sampai speghetti tu habis, tapi beef dia tak habis lagi hahaha.

Yang paling husband tunggu. Set ni nama dia grilled platter. Ada kambing , ayam grill, ikan, sosej, telur dan slide chicken ..So, set ni boleh makan 2 -3 orang sebenarnya. Sebab nieyl dengan husband pun jenuh nak habis kan berdua. Review ikhlas nieyl chicken dan ikan grill dia sedap cuma kambing dia tu mungkin kena masak lembut sikit lagi sebab jenuh nak kunyah lama-lama sebab liat sikit. Sos black pepper tu untuk nieyl kurang la, tapi kalau orang lain punya tekak mungkin ok kot..Lain tekak lain la ragamnya kan...

Dari segi harga, memang berbaloi sebab untuk set Grilled tu hanya rm42 sahaja dan Speghetti beef yang sedap tu harga dia hanya rm12 sahaja. Total nieyl makan malam tu tak sampai rm60 ..Kenyang Alhamdulillah. 

Jadi kalau korang pun nak cuba makan dekat sini bawa anak-anak boleh la, tapi kalau tengok dekat Tiktok tu memang ramai orang cuma masa nieyl pergi kebetulan belum ramai lagi, nieyl sampai order terus ramai orang penuh tempat dia hehehe...Cuma kalau yang tahan dengan kesesakkan jalan dekat Puchong ni je akan sampai kedai ni hehehe...Ok next time nieyl share lagi tempat-tempat yang nieyl makan okay...


La Padella Western & Italian 
Jalan 3, Kampung Pasir Puchong,
47100 Puchong, Selangor


Pagi Khamis Yang Penuh Tenaga

by on July 11, 2024

Assalamualaikum...
Hari ni dan esok nieyl tak drive ke pejabat..
Hari ni nieyl park dekat area rumah syida..
nieyl car pool je dengan syida 2 hari ni..

Hari ni pun nieyl akan balik lewat dari biasa..
sebab bahagian lama nieyl minta nieyl tolong deco kan pentas..
untuk majlis persaraan salah seorang pegawai bahagian lama nieyl.
Nieyl berbesar hati menyumbang tenaga, idea dan masa untuk mereka..

Tapi itula, nieyl kena lari-lari la sikit..
kejap dekat aras 5 kejap dekat aras 2 hahaha...
kalau ikut calender petang ni, 3 - 3 boss nieyl ada meeting...
so, boleh la nieyl lari kejap ke aras 2 hihihi..


Pagi ni nieyl beli kopi o ais..
untuk elakkan nieyl mengantuk macam semalam...
tapi nasib baiklah kopi o ais dia ni tak manis langsung..
tawar dan pahit hahaha...terbuka besar mata nieyl skrg ni hahaha...

Happy working semuaa

 

10 July, 2024

Nasi Goreng Kambing

by on July 10, 2024

 


Assalamualaikum..
Selamat pagi..Breakfast apa hari ni?
Pagi ni nieyl rajin sikit bangun awal, 
buat breakfast sendiri..
Hari ni nieyl masak nasi goreng kambing...
Rasanya macam sikit je simpan nasi, 
bila dah goreng kan adoi..boleh makan 2 -3 orang...

Terus wasap syida, 
pesan jangan bawa sarapan ke beli..
Sebab nieyl ada bawa nasi goreng.
makan sama-sama...

Oh ya, nasi goreng nieyl ni tak ada letak apa-apa bawang pun tau..
tapi rasa diaaaa sedappp syida kata...hihihi


Alhamdulillah...
 
Happy working...

09 July, 2024

Selamat Pagi Isnin ehhh..bukan selasa

by on July 09, 2024

 


Assalamualaikum...
Selamat pagi isnin..eh..salah selasa..
macam pelik sikit pagi ni rasanya..
sebab semalam kan cuti kan...
hari ni hari selasa...

Pagi ni nieyl sibuk sikit..
weekend boss dah bagi task kena settelkan..
jadi, nieyl settelkan dlu kerja-kerja nieyl..
nanti nieyl update blog okay..
selamat bekerja...

05 July, 2024

Nasi Lemak Paru Dan Daging

by on July 05, 2024

 

Nasi Lemak Paru Dan Daging | Plan pagi ni nak buat roti bakar, dah keluarkan dah roti sekali tengok jem kaya habisss..Simpan balik roti sebab jem lain tak ada. Whatsapp Syida sebab nak ajak dia beli breakfast dekat cafe bawah pokok. Lepas tu dia kata tak apa, sebab dia belikan nasi lemak untuk nieyl skali sebab dia pun nak singgah beli nasi lemak. Nieyl pun oklah..

Lepas tu syida whatsapp nieyl, dia kata dia lambat sikit sebab dia sesat hahahaha..adoi la budak sorang ni pagi-pagi dah buat lawak, macam manalah awak boleh sesat dik oi... dia kata dia confident tak buka waze, sekali sesat sampai ke bulatan besar Putrajaya pada hal dia nak ke cyberjaya. Nasib baik sampai office, itupun dia kata buka waze. Kalau tak, ke mana je la dia sampai tu..syida..syida...





04 July, 2024

Bos rajin bagi makanan

by on July 04, 2024

 

Bos rajin bagi makanan | Minggu ni ada jual hari isnin , biasalah kalau ada jualan je Dr. Bos nieyl suka bagi nieyl makanan. Kali ni dia bagi ni buah anggur hijau, nieyl bawa balik untuk dikongsikan dengan mak ayah husband. Nieyl bawa sikit ke pejabat esoknya tu buah anggur ni kan nampak macam masam, tapi manisnyaaa...rangup dan tak ada biji. Next week kalau ada jualan lagi, nieyl nak beli la memang sedap rasa dia. 

Sorang lagi bos nieyl minggu lepas 3 hari dia pergi kursus Pra Persaraan di Langkawi. Bila dah sampai langkawi dia wasap nieyl, tanya nieyl nak coklat apa nanti dia beli. Biasanya kalau langkawi nieyl suka Kisses almond dan juga kinder bueno tak kisah white atau coklat. Ingatkan bos beli yang kecil, dia beli yang besar untuk nieyl, Alhamdulillah..semalam nieyl bagi syida sikit coklat supaya dia sentiasa manis dengan senyuman. 

Dapat bos-bos yang baik itu juga rezeki. Jadi, sentiasa ingat bahawa rezeki kita di ada di mana-mana dan tak akan sama dengan orang lain. Cuma jika ada rezeki yang lebih, jangan lupa share dengan orang lain juga okay...

Hari Khamis Mendung dan Hujan

by on July 04, 2024


Assalamualaikum..
Selamat hari khamis...
Mendung dan hujan terus...
Hari ni bertemakan batik ya...
Nasib baiklah stok baju batik ada 4 helai..
jadi, bolehlah rotate kan..

If You have the ability to love,
please love yourself first..

Happy working..



 

03 July, 2024

Supplement Yang Nieyl Makan Sekarang

by on July 03, 2024

 

Supplement Yang Nieyl Makan Sekarang | Pagi ni nieyl nak share supplement yang tengah consume. Actually, nak bagitahu supplement ni bukan ubat tau dia makanan tambahan untuk mencegah sahaja. Bila umur dah makin meningkat setiap tahun ni, mula ada kesedaran tentang tahap kesihatan diri. 

Sekarang ni setiap pagi nieyl akan amalkan minum segelas cuka epal sebelum breakfast. Nak minum cuka epal ni, first korang kena goncang dulu botol tu, bagi dia larut dulu. Kemudian ambil 1-2 sudu cuka epal dibancuh dengan 200ml air dan boleh minum. First bau dia memang tak enak di hidu hahaha, kedua rasanya pun mai ai masammmm. Memula tu nieyl pun tak terminum tapi lama-lama rasa tu dah lali kot dalam mulut, tekak so, boleh minum macam minum air jus hahaha. 

Banyak tau kebaikan cuka epal ni untuk kesihatan kita. Rugi kalau kita tak amalkan dari sekarang. 

  1. Membantu mengurangkan berat badan
  2. Mengekalkan tahap gula dalam darah
  3. Merendahkan tekanan darah tinggi
  4. Merendahkan kolestrol dan mengurangkan risiko sakit jantung
  5. Ada ciri-ciri antioksidan
lain-lain kebaikan nanti korang boleh je search cuma jangan minum berlebihkan, nanti lain pula akibatnya..minum ikut yang disarankan. Biasa nieyl ambil sehari sekali sahaja, maksimum boleh ambil 2x sehari. Boleh juga minum sebelum makan makanan berat. 

Nieyl dah amalkan dekat 2 bulan, Alhamdulillah nieyl memang nampak ketawa perubahan dia pada diri nieyl sendiri. Antaranya proses penghadaman berjalan dengan lebih lancar, nieyl banyak inchloss sampai banyak baju lama dah boleh pakai semula dan nieyl dah jarang sakit kepala dan pedih ulu hati bila lewat makan. 

Supplement yang kedua adalah Omega-3. Apa-apa brand pun boleh, macam nieyl guna brand Shaklee semestinya hihihi. Omega-3 banyak memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti mengurangkan risiko penyakit jantung, mencegah kemurungan dan mampu mencegah beberapa jenis kanser. Terdapat 3 jenis asid lemak omega-3 yang utama iaitu : Alpha-linolenic acid (ALA) Eicosapentanoic acid (EPA)

Tak rugi pun kalau korang ambil omega-3 ni. Banyak kebaikan yang boleh kita dapat dari dia. Antaranya :-

  1. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  2. Membantu perkembangan otak kanak-kanak
  3. Mengurangkan tahap kolestrol dalam darah, darah tinggi dan kencing manis
  4. Mencegah masalah mental seperti kemurungan dan  nyanyuk, 
  5. mencegah beberapa kanser
  6. Meningkatkan tahap kesubuhan 
2minggu lepas, gusi belah kiri nieyl bengkak sebab keradangan dan gigi bongsu. Memang nak makan tu agak susah sebab tak boleh kunyah belah kiri, semuanya kena belah kanan. Nieyl memag tak pergi klinik, hahaha..nieyl memang makan omega-3 ni, Alhamdulillah 4 hari keradangan gusi tu beransur surut dan hilang. Proses penghadaman nieyl pun semakin rancak ya kawan-kawan, biasanya sehari sekali je, bila makan omega-3 ni dia berupaya 3x sehari tapi bukan cirit la..dia normal. jad, nieyl tak perlu risau dah. 

Kalau ikutkan keturunan , nieyl ni berpotensi untuk dapat penyakit kencing manis dan jantung sebab mak ayah nieyl pesakit jantung dan mak nieyl juga ada kencing manis. Sebab itu jugalah salah satu sebab kenapa nieyl kena amalkan supplement ni awal. Memang betul kata orang jaga macam mana pun kalau ditakdirkan kena tu memang akan kena tapi tak salah kalau kita berusaha untuk mencegah betul tak daripada kita berserah penyakit tu datang dekat kita , lebih baik kita usaha dulu barulah berserah..

Kepada korang yang membaca ni, nieyl doakan semoga kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik,dihindari penyakit-penyakit yang merbahaya..Aminn..


Hari Rabu

by on July 03, 2024

 

Assalamualaikum...
Selamat pagi..
Bos-bos nieyl semua dah pergi mesyuarat..
baru nieyl sempat nak update blog pagi ni...
korang dah breakfast ke?
jangan lupa breakfast okay..
hari ni nieyl breakfast bihun goreng dan roti bakar..

selamat bekerja..



02 July, 2024

Singgah Makan di Food Court Alamanda

by on July 02, 2024

 

Singgah Makan di Food Court Alamanda | Hari sabtu hari tu abg nieyl ajak teman dia beli barang dekat Alamanda sebabnya wife dia tengah berpantang, jadi nieyl pun temankan jela dia beli barang-barang yang kakak ipar nieyl kirim tu. Tak tahulah kenapa dia nak beli dekat Aeon Big tu sebab bila nieyl tengok harga dia hahaha boleh tahan ya, kalau nieyl lebih baik nieyl beli dekat Speedmart ke sebab harga dia lebih murah. Tapi tak apalah bukan duit nieyl pun yang keluar hahaha, 

Tapi bestnya dan syoknya teman abg nieyl ni, nieyl boleh ambil apa je yang nieyl nak hehehe. Tapi nieyl tak adalah over sangat nak ambil, rasanya nieyl ambil dalam 3 barang. 1 cendawan tiram paket besar, cream cheese dan roti. Sebab nieyl teringin nak makan roti dengan cream cheese tu tapi malam tu husband yang makan hehehe..dia suka pula, nieyl tak sempat lagi nak rasa..senan sedap makan dengan roti bakar kata orang. Nantilah kalau ada masa nanti nieyl try, nanti nieyl review sodap ke idak..

Sebelum balik tu singgah Food Court order bolognese pizza dan Kuey Teow Goreng.  Nieyl makan pizza dengan Raisya dan abg nieyl makan Kuey Teow dia kata biasa je sebab lapar, habis la sepinggan.. Pizza nieyl tu sedap, cheese tarik..panas-panas makan sedap. 


Sekarang ni nieyl tengah sibuk uruskan hal-hal family day nieyl insyaÁllah bulan 9 nanti. Dah tertangguh sebab covid aritu kan..jadi, tahun ni insyaÁllah kalau diizinkan..Nanti nieyl update sikit-sikit dalam group. 

Hello Tuesday

by on July 02, 2024


Assalamualaikum...
Hari Selasa dah kita hari ini..
Betul lah kata orang bila kita sibuk..
memang takkan rasa hari isnin adalah hari yang panjang hehehe..
tahu-tahu hari ni dah selasa.

Happy working!