Assalamualaikum... Salam aidil adha... Ada yang sambung cuti ke hari ni? nieyl dah start kerja dah hari ni tapi bos-bos nieyl masih bercuti.. nieyl kerja sebab nak simpan cuti... Untuk hujung tahun nanti..
Selamat bekerja untuk yang bekerja dan selamat bercuti untuk yang masih bercuti hari ini...
Dari Kecil Minat Memancing | Nieyl ni ramai anak-anak buah yang meningkat remaja ada, yang kecil ada dan hidup nieyl memang tak pernah sunyi dengan ragam-ragam dieorang. Masa cuti sekolah seminggu tu, anak buah nieyl yang sorang ni memang hobi dia memancing, dia ikut ayah dia suka memancing. Boleh dikatakan setiap hari dia akan pergi memancing dan kadang-kadang tu dia balik memang bawa ikan walaupun 1 ekor.
Hari tu pagi dalam pukul 10 pagi dia datang rumah nieyl, tanya ada plastik besar tak dia nak simpan ikan. Lepas tu nieyl tanyalah, besar sangat ke ikan yang dapat tu sampai nak plastik besar-besar. Sekali tu dia bawa ikan yang dia dapat tu mak ai..9kg sister..hahaha. dan 2 ekor lagi dia dapat sederhana tapi yang dalam gambar ni paling besar.
Nieyl tak tahu ikan apa ni..nieyl tahu makan je hehehe, sedap isi ikan ni manis. Anak buah nieyl sorang ni memang suka memancing, hasil-hasil ikan yang dia dapat tu weekend mak dia akan masak. Tak apalah dah dia minat memancing kan, biarlah nieyl kata daripada dia melepak bergaul dengan orang-orang yang merokok ke apa ke itu yang nieyl lebih takutkan..betul tak..
Assalamualaikum... Salam jumaat semua... Pagi-pagi lagi nieyl join boss side visit bilik sebelah nieyl ni.. boss nieyl ajak pindah bilik.. sebab bilik boss nieyl ni bersebelahan dengan toilet.. dia kata bila orang flush, dengar sampai bilik dia.. bunyi air mengalir, jadi dia nak fokus tak boleh...
Ini bermakna nieyl pun kena pindah jugalah nanti ke bilik sebelah.. Nasib baiklah nieyl tak start deko bilik lagi..hehehe.. kalau tidak, jenuh nak buka semua...
Dengar Radio Setiap Hari | Kalau dulu kan nak dengar radio waktu buat kerja agak susah sikit sebabnya nieyl workstation nieyl jenis yang open space, kalau nak dengar lagu selalunya akan pakai headphone itupun time bos tak ada ataupun tak nak orang kacau kita tengah buat kerja.
But now!heaven sikitlah..nieyl ada bilik sendiri yang tidak mengganggu orang lain, sekarang ni setiap pagi nieyl akan buka zikir dan surah-surah quran dari pukul7.30 pagi sehingga pukul10 pagi. After tu nieyl akan buka radio suria sampai petang. Jadi, sambil nieyl buat kerja tu memang layan radio, kalau dah boring dengar radio..layanlah lagu-lagu sambil buat kerja.
Tapikan nieyl rindu duduk dekat workstation open space sebab boleh take 5 sembang dengan orang. Kalau duduk dalam bilik ni kan, kena tunggu orang datang dekat kita, kita tak leh nak bergerak sangat kang boss panggil kita tak ada dekat tempat.
Ha..begitulah rutin nieyl sekarang ni sejak jadi PA ni ha..kerja still ada je ni nak kena buat, nak elakkan rasa boring hehehe..
Rezeki Makan-Makan | Sekarang ni musim Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk agensi-agensi kerajaan. Kebiasaanya kalau dekat pejabat nieyl ni mereka yang dapat APC ni dieorang akan belanja makan untuk bahagian. Untuk bahagian baru nieyl ni, semalam mereka belanja breakfast.
Menu yang ada lontong, kuih muih, nasi lemak dan air panas. Alhamdulillah, walaupun baru je join bahagian baru ni, tapi mereka pelawa nieyl juga untuk kongsi rezeki. Semalam nieyl cuma makan lontong dengan kuih je. Ada dua mangkuk longtong tu satu kawan nieyl punya, Alhamdulillah sedap lontong dia tu, cukup rasa semua patutlah dieorang kata lontong ni terpaling sedap.
Assalamualaikum.. Selamat pagi... Inilah view nieyl setiap hari berada di Pejabat.. workstation nieyl ni tak siap deco lagi.. setakat ni nieyl bawa apa je yang ada dekat simpanan nieyl dulu tu.. Banyak lagi nieyl nak buat ni , sebab kosong sangat..
Nampak tak warna kuning tu.. sakit je mata sebenarnya , tapi apakan daya.. seller tukar warna sesuka hati. nieyl order Pink, dia bagi Kuning.. sementara ni nieyl guna jela dulu.. Nanti dah ada modal lain, nieyl nak beli lain hahaha..
C erita tentang kerja | Sebelum nieyl berbicara lanjut tentang workstation baru nieyl, mungkin ada yang baru tahu, nieyla dah kembali berkhidmat untuk negara cehwahh..Alhamdulillah, awal bulan 6 nieyl selamat lapor diri di salah satu jabatan kerajaan. Masa iklan jawatan kosong dikeluarkan tu nieyl mohon jawatan Pembantu Tadbir/Kerani. Bila dapat surat tawaran kerja, jawatan yang ditawarkan kepada nieyl Pembantu Setiausaha Pejabat. Agak mengejutkan la sebabnya nieyl fikir nieyl akan kembali ke bahagian lama nieyl tu, tapi bila dah dapat surat tawaran tu, nieyl pasrah dan redha jela berpindah ke bahagian baru.
Hari isnin baru ni 10 Jun, nieyl official jadi PA kepada 3 orang boss. Ha..bukan seorang tau, dia kasi 3 orang terus. Tapi tak apa, nieyl anggap ini cabaran dan nieyl akan guna segala pengalaman nieyl jadi PA yang bertahun-tahun tu. The part yang paling best adalah 3 orang boss yang nieyl jaga ni semua kenal nieyl dah. Boss 1 adalah boss nieyl masa dekat agensi lama dan nieyl PA dia dulu..hehehe..kembali berjodoh orang kata. Boss 2 pula adalah pegawai yang sama-sama satu bahagian lama dengan nieyl, dia naik pangkat tukar bahagian dan boss 3 pula pernah duduk satu ruang dekat bahagian lama nieyl dulu.
Ya Allah tak tahu nieyl nak gambarkan perasan bersyukur nieyl, Allah sentiasa mudahkan urusan nieyl. Rezeki dapat bos-bos yang kenal dan baik-baik. Semoga nieyl sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menjalankan tugas-tugas rasmi..
Assalamualaikum... Selamat pagi..bertemu di hari Rabu.. kalau dulu setiap kali hari rabu, pejabat nieyl kena pakai baju dan tudung warna korporat.. skrg ni pengurusan semua dah bertukar, masih tak tahu lagi macam mana.. jadi hari ini tema color nieyl adalah Pink hehehe..
Pagi ni nieyl bawa breakfast pisang goreng je.. kebetulan semalam kakak dekat office nieyl tu bagi pisang.. nieyl bawa balik, pagi ni mak nieyl goreng..
Rezeki dari Boss Baru | Hari ini dekat lobi pejabat nieyl ada jualan bulanan. Lunch tadi nieyl pergilah juga cuci-cuci mata walaupun mak nieyl dah bekalkan makana untuk makan tengah hari. Nieyl beli jeli kelapa rm2 je, pusing-pusing kejap lepas tu naik makan bekal. Dah habis makan, nieyl balik ke bilik nieyl tiba-tiba ada 1 plastik buah-buahan, tak tahu siapa yang bagi. Kebetulan boss nieyl tak ada pula dalam bilik nak ditanyakan.
Nieyl pun whatsapp boss no.2 kot-kotlah dia yang letak kek kan, dia kata bukan dia. Lepas tu boss no.1 masuk bilik, dia cakap dia yang bagi..Alhamdulillah..terima kasih boss, syukur sentiasa dikelilingi orang-orang yang baik..
Belajar lain, kerja lain | Semalam masa jalan-jalan blog kak ayu , tertarik dengan perkongsian kak ayu tentang belajar lain, kerja lain ni. So, nieyl pun nak share sikit pengalaman nieyl juga. Masa nieyl SPM dulu nieyl ambil jurusan sastera masa tu subjek elaktif dia Kesusasteraan Melayu, Perdagangan, Teknologi Maklumat. Kiranya tahun 2005 tu subjek terbaru adalah IT. SPM nieyl ambil 10 subjek, subjek tambahan nieyl tassawur islam.
Lepas habis SPM tu, nieyl sambung ambil STPM pula. Dalam 5 ahli geng nieyl hanya nieyl sorang je yang ambil STPM masa tu, kawan-kawan yang lain ada yang masuk IKBN dan Universiti swasta. Tapi tak apalah, kena pakai pakaian seragam sekolah 1 tahun setengah lagi. STPM nieyl ambil aliran Perniagaan, masa tu subjek yang nieyl ambil Pengajian AM, Bahasa Melayu, Sejarah dan Perniagaan.
Lepas STPM, nieyl dapat kerja sebagai Kerani dekat sektor awam lantikan kontrak masa tu asalnya hanya 1 tahun 6 bulan, tak sangka pula lepas tu sambung-sambung sampai 10 tahun hahaha. Dalam masa 10 tahun tu dekat 1 agensi je tau, nieyl jadi kerani dan juga Setiausaha Pejabat (PA).
Kemudian, nieyl bertukar agensi lain sebab follow boss naik pangkat, jadi PA dan kemudian jadi Kerani selama 3 tahun. Lepas tu hujung 2023 tu tamat kontrak, tak disambung sebab masa tu ada perubahan agensi. Awal bulan 6 baru ni, nieyl dilantik kembali sebagai Setiausaha Pejabat dan kembali berkhidmat.
Sambil-sambil bekerja tu, nieyl buatlah bissness kecil-kecilan sebab masa STPM tu ada sedikit ilmu yang boleh diapply dalam masa sekarang ni kan. Kita jangan sia-siakan. Tapi sekarang kalau tanya nieyl bidang yang nieyl suka, nieyl suka pengurusan dan pentadbiran.
Ok, sekian cerita nieyl hehehe..dulu korang belajar apa?share la....
Assalamualaikum... Sekejap pula masa ni dah nak pukul10 pagi.. start semalam lagi nieyl dah bawa bekal pergi kerja seperti biasa.. Hari ni nasi goreng, lepas tu teringin pagi-pagi nak makan pisang goreng rangup.. korang dah breakfast ke?breakfast apa ...
Breakfast di D'Pangkin Nilai | Sepanjang tidak bekerja hari tu nieyl memang tak nak stresskan hidup, jadi memang akan keluar dengan kawan-kawan untuk jalan-jalan cari makan. seminggu sebelum lapor diri , nieyl keluar breakfast dengan syida dekat Nilai..Dah lama video kedai ni lalu lalang dekat TikTok nieyl, saja je la nak pergi try makan situ.
First yang menarik minat nieyl nak cuba tu sebab dia punya konsep dan juga suasana ala kampung yang diwujudkan. Plannya nak gerak awal, tapi biasalah bila hari cuti badan nak kemalasan lama sikit atas katil tu, jadinya nieyl gerak dengan syida dalam pukul8 pagi. Kitaorang sampai kedai tu dalam sebelum pukul9. Masa sampai tu ada barisan panjang untuk tunggu turn tapi tak lama pun kena beratur tu sebabnya orang-orang dekat sana jenis habis makan dan balik.
Masa ni nieyl tengah beratur , sambil-sambil tu boleh cuci mata melihat keindahan pokok-pokok bunga yang ditanam di sekeliling kedai. Masa beratur tu,akan ada pelayan yang akan bagi buku menu dan kertas untuk kita pilih menu yang kita nak makan terlebih dahulu, bila dah sampai turn kita nanti dieorang akan bagitahu no.meja kita. Lepas dah dapat meja tu, korang dah boleh beratur untuk buat payment dikaunter, semasa dikaunter,akan ada meja kuih muih yang korang boleh ambil siap-siap sebelum buat pembayaran.
Inilah seksyen kuih muih dekat sini. Ada macam-macam jenis kuih yang boleh dibeli, macam nieyl hari tu tak ambil banyak pun popia 2 dan kuih mona manis 1. Sebab dah order makanan yang berat-berat.
Selepas kita dah buat pembayaran dikaunter, kita duduk semula di meja kita tu. Ala, tak lama pun kalau kita sembang-sembang tu dalam 5 minit macam tu satu-satu makanan kita dieorang hantar. So, macam nieyl hari tu order soto 1, lontong darat 1, roti jala 1 set dan lempeng kelapa 1 set untuk makan 2 orang. Total makanan untuk dua orang ni dalam rm60++ cmtulah termasuk air. Banyak-banyak makanan yang nieyl try paling suka lempeng kelapa dia dan kuih popia. Soto dia tu ok je cuma untuk nieyl tak suka kalau dia letak suun terlalu banyak,sebab bila suun banyak dan dah kembang jadi tekak pun ikut kembang juga hehehe.
Kalau korang yang berhampiran nak pergi makan dekat situ, bolehlah nanti nieyl share alamat dia dekat bawah okay.
Lot 1564, Kampung Bukit Kadir, 71800 Nilai, Negeri Sembilan