Menu Diet : Day 1
by
Nieyla Nadia
on
March 12, 2018
Hai korang, seperti yang dijanjikan baru berkesempatan nak share dekat blog tentang diet challenge nieyl . Firstly nieyl diet sebab baru ada kesedaran tentang kesihatan , lagi-lagi bila dah masuk usia 30-an ni dan yang paling peting sekali adalah diet atas nasihat doktor untuk mendapatkan zuriat, ini salah satu usaha nieyl. Doakan yang baik-baik ok..
Untuk hari pertama ni untuk breakfast nieyl buat sandwich roti iaitu roti wholemeal , omelette , salad dan chia seed.
Untuk lunch pulak, nieyl bangun seawal 5.30 pagi untuk grill ayam dan stim sayur-sayur, kalau korang nampak nasi tu, ok memang nieyl diet makan nasi tapi hanya suku itu sahaja nasi yang nieyl makan sehari dan ada buah sikit. Ayam tu nieyl hanya ambil bahagian dada sahaja, so..memang kenyang .
Dinner pula nieyl buat semuanya grill, ikan keli, tempe, sayur seperti biasa nieyl stim, kalau boleh untuk dinner tu makan sebelum jam 7.00 malam. Dan lagi satu, untuk diet yang lebih baik dan teratur kita digalakkan makan sebanyak 6x sehari. Tapi bukan la makan yang jenis berat-berat ni, itu bukan diet namanya tu.
6x Makan Sehari
Breakfast - 7.00 pagi
Snack - 10.00 pagi
Lunch - 1.00 tengah hari
Snack -3 Petang
Dinner - 7.00 malam
Supper - 10.00 malam
Breakfast - 7.00 pagi
Snack - 10.00 pagi
Lunch - 1.00 tengah hari
Snack -3 Petang
Dinner - 7.00 malam
Supper - 10.00 malam
Oklah nanti nieyl share lagi menu hari kedua okay, kalau nak tahu menu-menu lain boleh follow Instagram nieyl @nieylanadia





















