05 June, 2017

Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

by on June 05, 2017

SILA KLIK BANNER DI ATAS JIKA MAHU MENANG DUIT RAYA!

Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga semua ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t. Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati sekalian dengan secara rasminya melancarkan Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan duit raya dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

RM20 X 11 pemenang
RM10 X 13 pemenang
Selendang Rindu X 2 pemenang
Stokin Tangan dan Stokin Silvy X 2 pemenang
Pre-loved Novel X 2 pemenang
Topup RM5 untuk peserta terpantas dan terakhir!

Kesemuanya 32 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog dan Google+ penganjur dan penaja-penaja berikut:

* Abam Kie
* Ceritera Ibu
* Shafyqah Azahar
* Dearies Couple
* Jiakreatifelt
* Lovely Sunshine
* Saghah Cheeky Lady
* Sedetik Seketika
* Lea Azleeya
* Queen Bee
* irrayyan.com
* Kasihku Amani
* Hazrina Halim
* Mia Liana

2. Follow instagram berikut. (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)

* Najiah Shaharain
* Abam Kie
* Mardhiyyah Rosli
* Shafyqah Azahar
* Afdilah Ceritera Ibu
* irrayyandotcom
* mialiana

3. Like Facebook berikut.

* Ina Azzahra
* Ayuni Dibble
* Handsock Murah dan Cantik
* Mialiana.com


4. Buat entri bertajuk Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

5. Salin dan tampal kod HTML yang disediakan

6. Terbitkan

7. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri SINI sahaja

8. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini. Selamat maju jaya dan selamat menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini!

Jom klik di SINI jika nak join Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals.

Tingkat Amalan Ramadhan selain Zakat

by on June 05, 2017
Tingkat Amalan Ramadhan selain Zakat | Bila tiba bulan Ramadhan setiap tahun,pastinya kita diwajibkan berpuasa ke atas seluruh umat islam di muka bumi. Ini menunjukkan betapa Allah memberi kita peluang melipatgandakan pahala dan ganjaran yang berganda. Selain kita berpuasa di bulan Ramadhan, umat islam yang berkemampunan turut diwajibkan untuk membayar zakat fitrah. 


Bila sebut sahaja zakat fitrah semua orang tahu, tapi tahukah korang bahawa zakat fitrah itu adalah zakat badan atau diri bukannya zakat harta? Jumlah yang wajib zakat adalah ramai kerana hampir semua umat islam wajib mengeluarkan zakat fitrah.

Selain menunaikan zakat fitrah, ada 2 amalan yang boleh dilakukan lagi pada bulan Ramadhan iaitu :

  • Zakat Harta - Jadikan bulan Ramadhan ini sebagai kiraan haul zakat harta. Sudah pasti korang akan ingat bila waktu untuk membayar zakat harga. Zakat harta terdiri daripada hasil pertanian, binatang ternakan,perniagaan,wang simpanan,emas dan perak. Boleh dibayar di Institusi atau pejabat zakat ataupun pusat-pusat pungutan zakan setempat dan melalui amil-amil yang bertauliah yang di lantik.
  • Sedekah -Sedekat adalah perkara sunat yang mulia untuk menggembirakan orang lain. kalau bulan bulan puasa pun amalan ini di teruskan. Apabila kita bersedekah, hendaklah didahulukan orang yang terdekat seperti adik -beradik dan jiran tertangga sebelum menghulurkan bantuan kepada orang lain. Bersedekah tidak semestinya dengan wang ringgit sahaja,sedekah juga wujud dalam amalan-amalan sunat seperti bertasbih,bertakbir,bertahmid dan bertahlil.

01 June, 2017

Untung Jadi Anak Buah saya

by on June 01, 2017
Untung Jadi Anak Buah saya | Itulah orang kata bila belum ada rezeki ni, segalanya untuk orang sekeliling...siapa lagi yang lebih bertuah kalau bukan anak-anak buah nieyl. Kalau belah nieyl ramai yang dah besar-besar, so..kalau belah en.husband masih kecil-kecil, baru nak membesar. Adam baru 1 tahun 9 bulan dan Ellsa pula baru 4 bulan lebih. So,kalau pergi mana-mana terutamanya kalau pergi holiday mesti akan beli something untuk dieorang. 

Kalau nak beli makanan, tak berapa pandai sangat pula Ellsa nak makan, so kita bagi adil nieyl belikan dieorang baju. Kalau nak tahu, masa pergi shopping dekat Melaka Outlet hari tu..plan nak belikan baju dieorang yang sama tapi merata masuk kedai baju kanak-kanak tak ada..2x masuk kedai yang sama..hihihi...

Last-last dapat juga lah baju seorang sehelai..walaupun tak sama x apa lah..next time beli lagi ya...Ha..cepat siapa yang nak kasi anak dia jadi anak angkat nieyl..meh register..hihihih


Cara Minum Air Ketika Bulan Puasa

by on June 01, 2017
Cara Minum Air Ketika Bulan Puasa |  Kalau korang jenis yang suka minum air kosong seperti nieyl ni yang kalau boleh sehari 3.5 liter ni, kalau bulan puasa macam mana korang aturkan masa untuk minum air kosong sehari supaya badan kita cukup air seharian. Biasanya minum 8 gelas sehari kan. 

Yang pastinya tengah hari kita dah skip la nak minum air sebab bulan puasa, ke ada yang terminum di waktu tengah hari selepas dengar azan zohor??hihihi...jangan macam-macam korang.. 


Pastikan korang minum air yang cukup seharian ya..Caranya seperti :-
  • 1 gelas selepas berbuka
  • 1 gelas selepas makan nasi
  • 1 gelas selepas solat fardhu isyak
  • 1gelas selepas solat tarawih
  • 1 gelas selepas makan malam (kuih muih)
  • 1 gelas sebelum tidur
  • 1 gelas sebelum sahur
  • 1 gelas selepas sahur

Ha..dapat tak?jadi jangan kata tak sempat,tak boleh..sebab yang nak sihat badan kita, kalau bukan diri kita sendiri yang mendidik,siapa lagi kan.

Oh ya..nak pesan dengan korang semua, kalau boleh lah elak minum air manis dengan kerap ianya bagi mengelakkan kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa. dan elak juga minum air yang banyak ketika berbuka, minum untuk hilangkan dahaga sahaja okay...

Selamat berpuasa semua!♥

31 May, 2017

Shell Out Fanatics Putrajaya

by on May 31, 2017
Shell Out Fanatics Putrajaya | Sebelum Ramadhan tiba, terima whatsapp group dari adik ipar yang bertanyakan tempat makan Sheel Out sebab Mother In Law nak pergi makan sebelum puasa. Terus search area Putrajaya sebab sebelum ini pernah nampak post keknil  tentang tempat Shell Out Baru dekat Ayer 8 Putrajaya. Terus Whatsapp KekNil, tanya tentang Restoran Shell Out tu. KekNil pun rekemen kedai tu..So, terus booked untuk jam 8 malam untuk 8 orang.

 gambar from blog http://www.anilwanina.com
 gambar from blog http://www.anilwanina.com

Shellout Seafood Fanatic terletak di kawasan baru iaitu Ayer8 Putrajaya. Ayer8 adalah tempat baru dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya yang nyaman sangat kalau pergi waktu malam sangat sesuai selepas makan boleh bersantai bersama keluarga sampai naik kereta hiasan kayuhan basikal di kawasan bawah.


Nieyl suka sangat dengan family en.husband sebab selalu buat makan-makan, bukan sahaja di luar kadang-kadang dekat rumah pun buat juga asalkan semua ahli keluarga ada bersama. Dengan cara ini hubungan kekeluargaan boleh di eratkan lagi. Moga ianya berterusan sampai anak cucu nanti yaa..


Kalau korang tengok dekat papan menu yang nieyl share di atas tu, terdapat beberapa set menu yang boleh dipilih dan agak mudah kerana dia dah tulis siap-siap berapa pax yang sesuai untuk setiap set. Boleh dikatakan agak murah juga 1pax-2 pax hanya RM39 sahaja.So,andaikana korang bawa anak seorang, korang masih boleh memilih set 1-2 pax dan add-on nasi sahaja..Jimat..


Malam tu nieyl dengan family pilih set Pulau Pangkor, add-on ikan siakap dan Mussel, air pula ambil minuman Jumbo special iaitu sirap selasih dan fresh oren. Total semua dalam RM228.00 sahaja. Kedai ni sangat ramai pengunjung,so..if korang nak try..korang booked dulu okay but make sure bila dah booked jangan datang lambat sebab dia hanya valid 15-20 minit sahaja dari masa yang di booked (ikut pengalaman).



Alamat : C1-G-6, 
Kompleks Perniagaan 8C1 (Ayer@8) 
Jalan P8G1 Presint 8 62100 Putrajaya

Viral : Masker Baru Dari Korea

by on May 31, 2017

Masker Baru Dari Korea | Siapa dekat sini yang rajin pakai masker di rumah?kalau ya..kita geng! Tapi nieyl bukan nak cerita tentang masker yang nieyl pakai, cuma sambil search someting ternampak satu artikel berkaitan dengan masker yang dikatakan tengah viral so..jom kita tengok apa yang viralkan sangat tu.

Korang pun tahu, korea selatan merupakan negara yang majoriti penduduknya begitu mengambil berat tentang kecantikan dan rawatan kulit. Dan baru-baru ini ada satu produk baru keluaran korea yang sememangnya lain dari yang lain.

Ianya dipanggil "Bubble Mask" , dimana fungsi dia tetap sama seperti masker yang lain cuma yang lebih menarik perhatian tu muka si pemakai masker tu. Sebaik sahaja dipakai di muka, terus buih-buihnya menjadi menebal dan menghasilkan gelembung-gelembung dimuka. Jika dibiarkan lagi lama terkena udara, masker ini akan menjadikan muka si pemakai tu kelihatan sangat lucu..

Agak² dekat Malaysia bila nak sampai?nak try juga..hihihi


30 May, 2017

Rezeki Sebelum Ramadhan

by on May 30, 2017
Rezeki Sebelum Ramadhan | Bila tinggal beberapa hari menjelang Ramadhan pastinya ramai yang ambil kesempatan buat jamuan makan. Di opis nieyl sendiri pun ramai yang buat jamuan, sampai naik kembung perut penuh dengan makanan dari sarapan pagi sehinggalah lunch. Alhamdulillah..

Selain itu juga ada kakak dekat opis tu, bagi nieyl try air jagung yang sangat sedap jujur kata. Nama dia Air Jagung Malaya . Sampai malam tadi sebelum tidur teringat-ringat air jagung tu tau, nasib baiklah ada lagi dalam peti sejuk tu..dapat lah minum sebelum tidur...

Dan ada satu lagi yang comel lagi sweet sampai rasa sayang sangat nak makan sebab ianya sangat comel tau...Alhamdulillah, rezeki dapat juga rasa cheese tart bee ni, selalu nampak dia post dekat instagram je...jumaat lepas dapat juga rasa...tq kepada kedua-dua pemberi..semoga rezeki kalian berdua bertambah-tambah...Amin...

29 May, 2017

Amalan Harian Di Bulan Ramadhan

by on May 29, 2017
Amalan Harian Di Bulan Ramadhan | Amalan harian tetap sama seperti biasa walaupun bukan di Bulan Ramadhan. Cuma di bulan Ramadhan kita lebih melatih diri untuk menjadi lebih baik di bulan-bulan akan datang. Jangan ditinggalkan amalan di Bulan Ramadhan pergi begitu sahaja malah kita teruskannya sepanjang tahun dan selama-lama InsyaÁllah...


  1. Bangun dengan doa
  2. Solat sunat (Taubat,Tahajjud,Hajat,Witir )
  3. Makan sahur
  4. Baca Al-Quran
  5. Ke sekolah/pejabat

*moga setiap hari amalan kita bertambah baik..Amin...

Pengalaman Pertama Berpuasa

by on May 29, 2017
Pengalaman Pertama Berpuasa | Salam Ramadhan semua. Tajuk pengalaman pertama berpuasa tu sebenarnya adalah pengalaman pertama tidak bersahur di hari pertama berpuasa. Sedih sangat sebab sedar-sedar je dah pukul6 pagi..aduhai...kesian en.husband..tapi Alhamdulillah..Allah beri kekuatan sehingga waktu berbuka puasa. 


Sejak kejadian 1 Ramadhan tu, nieyl minta tolong kakak nieyl kejutkan dalam pukul4 pagi cmtu, walaupun kunci jam kadang-kadang boleh terbabas juga..hihihi..untuk lebih selamat, pesan dekat kakak yang duduk sebelah rumah nieyl ni..hahaha..tak pun dia akan call nieyl..

So,nieyl tak ada menu sahur nak di share kan dan menu berbuka pun x de ya sebab berbuka di rumah MIL nieyl :)

26 May, 2017

Selamat Berpuasa

by on May 26, 2017

Selamat Berpuasa | Yang dinanti bakal tiba beberapa jam sahaja lagi, kepada semua rakan-rakan blogger yang mengenali atau tidak, pembaca semua selamat menyambut bulan ramadhan dan semoga sepanjang menjalani ibadah puasa diberikan kekuatan fizikal,mental dan diberi kesihatan yang baik bagi mengerjakan rukun islam yang ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan..

Kepada mereka yang pulang ke kampung untuk sambut first ramadhan bersama family tercinta, berhati-hati ketika drive. Biar lambat asalkan selamat...

Bersantai bersama di Melaka Mall

by on May 26, 2017
Bersantai bersama di Melaka Mall | Antara tempat yang sering dikunjungi pelancong dan warga Melaka adalah Melaka Mall Food Truck. Ini adalah kali pertama nieyl singgah sini itupun sebab adik ipar yang bekerja di Melaka ni yang ajak bersantai selepas makan capati. 

Kawasan dia tidak besar mana pun tapi berbentuk bulatan, dimana di kelilingi oleh beberapa food truck yang menjual pelbagai makanan. Meja dan kerusi adalah terhad so, kena pandai-pandai bawa diri dan tunggu meja kosong ya...

Sambil kita menikmati makanan yang kita beli tu, kita akan dihiburkan oleh kumpulan Buskers dan ada juga pengujung yang turut sama menyanyi bersama buskers. So, memang sesuai untuk family bawa anak-anak makan sambil berhibur.

 gambar dari google



Malam tu pun nieyl makanan yang simple dan mudah je sebab baru lepas makan capati kan, sambil makan tu layan juga lagu-lagu yang buskers tu menyanyi walaupun kadang-kadang kelaut..hahahaha..

25 May, 2017

Capati Tehel Memang Sedap

by on May 25, 2017
Capati Tehel Memang Sedap | Bila dah banyak kalori terbakar masa berjalan kaki ke padang pasir klebang, perut pun dah terasa lapar sangat.Terus pergi cari tempat makan yang adik ipar nieyl suggest. Kedai yang dikenali sebagai Warung Capati Tehel, berada di kawasan pedalaman sedikit dan berada selepas corner jalan. So,kalau nak pergi kedai ni sepanjang perjalanan tu kena slow-slow sebab takut terlepas simpang belah kanan. 

Apa yang diberitahu, warung ini sering kali menjadi salah satu tempat persinggahan pelancong dari luar Melaka,sebelum mereka pergi ke pusat bandar melaka. So, macam nieyl memang dari pusat bandar gigih en.husband drive yang agak jauh sedikit semata-mata nak pergi rasa capati yang dikatakan terkenal di Melaka ini. 

 gambar dari google

Masa nieyl pergi tu dah malam dalam pukul8.30 macam tu la, ada beberapa meja penuh juga ,kata adik ipar warung ini sentiasa dibanjiri dengan pelanggan yang tidak putus-putus,jadi kena bersabar menanti makanan yang di order. Namun begitu, kalau dah namanya rezeki, Alhamdulillah..time nieyl hari tu,tidak perlu tunggu lama pun mungkin time tu tidak berapa ramai orang. So,boleh makan dengan selesa dan tenangnya.


Malam tu nieyl order 8 keping capati dan 3 kuah kari kambing. Capati yang disediakan di Tehel ini sangat lain dari yang lain kerana keenakan kari kambing dia tu sangat super,tidak ada langsung bau kambing,so..bila kita makan tu rasa macam sekeping tak cukup.ha..that why nieyl dengar orang order dekat sini seorang mampu habiskan 10-15 keping..

Lagipun capati yang dibuat tu pun sangat lembut dan kuahnya pula segala rasa cukup tidak ada kurang pun.Pemilik warung ini berasal dari Pakistan that why capati dia sangat berbeza dari capati yang biasa kita makan. Menurutnya lagi, dia mampu menjual capati sehingga 10 kilogram tepung setiap hari dan setiap bulan mampu menjana pendapatan sekitar RM4000. wow!

Ok kalau korang pergi Melaka, nieyl memang rekemen 100% korang pergi cuba sendiri keenakan capati bersama kuah kambing atau kuah kari ayam dia..memang akan datang lagi,InsyaÁllah..

Warung capati Tehel ini beroperasi setiap hari kecuali Jumaat bermula pukul 5.30 Petang sehingga 11 Malam.

Lokasinya di Batu 9,Jalan Tehel,Benban, 77200,Jasin,Melaka