22 May, 2017

Nafsu sebelum puasa

by on May 22, 2017
 Nafsu sebelum puasa | ish-ish..macam budak-budak baru nak start puasa.Teringin memanjang macamlah lepas-lepas ni tak dapat makan. Sebenarnya sejak hari jumaat lepas lagi cakap dengan en.husband, anak tekak ni nak makan cendol durian yang dekat go lokal cafe . Hari sabtu tengah hari tu nieyl terus pergi sendiri..hahaha..nasib baik tak ramai orang time tu, so..boleh makan dengan tenang menikmati cendol durian yang sangat sedap. 

Kenapa di Go Lokal Cafe??

Sebab cendol durian di sini sangat sedap,kena dengan selera lepas tu durian yang diberi itu adalah isi durian yang betul bukan pati durian sahaja,so..walaupun harga dia RM6.50, masih gigih nak makan dekat situ. Dan cara nieyl makan cendol durian ni pula pelik, nieyl akan habiskan dulu cendol tu last sekali baru makan durian dia..hahahaha...

.

Lepas dah pekena tekak dengan cendol dalam cuaca panas terik, start enjin kereta terus menuju ke satu lagi restoran berhampiran untuk mengisi perut makan tuey teow celop di Restoran Medina di Ayer8 Putrajaya. Kalau tanya berapa kali nieyl datang restoran ni untuk makan kuey teow celop ini,jawapan dia tidak terkira sebab dah banyak kali sangat..hahaha..Kalau datang restoran ni nieyl tak akan order menu lain selain dari kuey teow celop..tapi kalau korang tak suke kuey teow, korang boleh ganti kan dengan mee atau bihun celop..lepas tu jangan lupa order juga Green Tea peh!super delicious tau..




19 May, 2017

Bintang Kuch Kuch Hota Hai Meninggal Dunia

by on May 19, 2017
Bintang Kuch Kuch Hota Hai Meninggal Dunia | Rasanya semua orang Malaysia layan filem Kuch kuch hota hai kan. Kalau tengok mesti kenal dengan watak ibu kepada kajol iaitu aktres Reema Lagoo berumur 58 telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Aktres yang terkenal dengan watak keibuan itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.15 pagi rabu,waktu tempatan di sebuah Hospital di Mumbai.


Kalau dunia Bollywood, Reema terkenal dengan watak ibu yang penyayang dan telah membintangi berpuluh filem yang terkenal antarannya Hum Aapke Hain Koun, Maine Pyaar kiya dan kuch kuch hota hai. 


Salam takziah buat mereka sekeluarga.

Ayam Bakar Madu

by on May 19, 2017
Lazada Ramadhan Raya Contest Blogger Minggu Pertama

Mencuba nasib,mudah-mudahan ada rezeki raya..
Apakah hidangan Iftar kegemaran anda?
Ayam Bakar Madu

Berkongsi resipi hidangan

 Bahan-bahan
Bawang Putih dalam 5-7 biji (tumbuk / blend )
Halia dalam 2-3 Inci (tumbuk / (blend)
Serbuk lada hitam ( 1 sudu kecil )
Madu ( 4 sudu besar)
Sos Tiram ( 3 sudu besar)
Kicap Manis ( 2 - 3 sudu besar)
Ayam 3 ketul

Cara-caranya
Senang aje gaulkan semua bahan2 dgn ayam..
lepas tu kena perap lebih kurang 2 jam..
Lepas tu korang boleh panggang..
klu gune oven dalam 30-40 mint, suhu dlm 200 darjah
mcm nieyl nie pakai pemanggang ajaib aje..

Apakah jenis produk yang anda boleh mencari di platform Lazada untuk membantu anda menyediakan hidangan?
Sudah pastinya pemanggang happy call..
Kerja masak memasak bukan sahaja menjadi lebih mudah malah cepat jimat masa..
Di Lazada bukan sahaja jenama Happy Call ada pelbagai jenama pemanggang ajaib yang 
berada di pasaran just klik Lazada.com.my segalanya ada di situ..


Kepada semua blogger yang ingin bersama-sama menyertai contest lazada sempena ramadhan yang bakal tiba tidak lama sahaja lagi..korang boleh klik banner di bawah ini untuk maklumat lanjut okay...
wish me luck...

Untuk pengetahuan semua sempena Marbahan Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya Sale Lazada yang akan bermula pada 19 Mei sehingga 30 Jun 2017, Lazada menawarkan pelbagai tawaran dengan 90% diskaun...jom ramai-ramai membeli belah di Lazada.com.my sekarang.

Adam in the house

by on May 19, 2017
Adam in the house | Petang semalam tengah sibuk masak makan malam tiba-tiba dengar orang bagi salam itu dah pastilah en.husband baru balik sekali nampak si Adam pun ada juga. Malam tadi Adam duduk dengan maklong paklong sebab mak wan pergi mengaji lepas tu Wan pergi surau. Daddy adam ada work nak kena buat. Seperti biasa perkara pertama yang Adam buat bila sampai dekat rumah maklong paklong,dia tunjuk TV..hihihi..

Itu tandanya dia minta buka TV kartun atau didi and friends ke apa sahaja la janji kartun.  Biasanya maklong paklong akan buka Youtube dekat TV bagi Adam tengok didi and friends sambil tu dia boleh belajar. No ultraman, No Shin Chan..


Dekat rumah tu memang ada satu meja yang nieyl buat letak laptop kalau lepak dekat ruang tamu, adam dia tarik meja tu letak depan TV, sambil tunjuk-tunjuk 123 ABC..pandai adam nak belajar ya..


Time ni maklong pegang bakul kain nak pergi sidai kain, Adam follow je dari belakang dia pergi bilik ambil semua hanger baju,kononnya nak tolong juga lah gayanyaaa...bagus adam, kecil-kecil ringan tulang nak tolong walaupun pada gaya je yaaa...hihihi...

Terima kasih adam ceriakan malam maklong paklong walaupun sekejap..love u sayang ♥

Giveaway CASH RM1000+ Mei 2017 by Emas Putih

18 May, 2017

Majlis Akikah Eryka Ellsa

by on May 18, 2017
Majlis Akikah dan cukur jambul Eryka Ellsa | Akikah bermaksud penyembelihan binatang ternakan Al-An'am) sempena kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T manakalah cukur jambul adalah adat unik masyarakat Melayu bagi menyambut kehadiran cahaya mata baru dalam keluarga. Sambil para hadirin berselawat dan berzanji, bayi didukung oleh bapa atau datuknya kemudian hadirin bergilir-gilir menggunting sedikit rambut bayi.

Tanggal 30 April 2017 yang lepas, berlangsung majlis akikah dan cukur jambul anak buah baru nieyl yang diberi nama Eryka Ellsa di kediaman keluarga mertua nieyl. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dengan bantuan jiran-jiran mertua yang ibarat satu family gotong royong, bantu membantu jadi semua kerja jadi ringan. Masing-masing ada tugasan, jadi kerja tu jadi sangat mudah dan cepat siap.


Cantik tak pelamin untuk ellsa?sweet je kan..decoration pun simple tapi menarik,gabungan warna pink grey memang menepati konsep yang mummy daddy ellsa nak. 


Alahai...seronoknya ellsa tidur dalam buai,tapi sekejap je bila dah start marhaban mood Ellsa dah berubah, mungkin panas sebab pada majlis tu cuaca dekat luar memang sangat panas terik, even nieyl sendiri pun tak tahan,berpeluh-peluh juga..


Ellsa dah taknak duduk dalam buai,rimas agaknya sebab panas dia tak selesa. Ini group marhaban mak mertua nieyl dekat taman tu, seragam je pakaian dieorang..Sangat aktif group ni, Alhamdulillah..


Tiba masa untuk acara cukur jambul.Cuma rambut Ellsa sikit je sebab beberapa hari Ellsa lahir hari tu, dah cukur dulu. Nasib baik time buat majlis cukur jambul hari tu adalah rambut ciput-ciput..hihihi..jadi lah buat syarat je..


Ini wan Ellsa a.k.a mak mertuaku..hihihi..amboi,seronok ya Ellsa orang gunting rambut awak,awak lena sungguh ya..baiknya diaaa...


Alhamdulillah selepas Adam, kini Ellsa pula maklong dapat cukur jambul dia..Sebab kalau belah keluarga nieyl kami tak pernah pun buat majlis cukur jambul ni, so..nieyl dengan Husband dah niat kalau kami ada rezeki,ada anak sendiri nanti kami nak buat juga majlis begini juga.






2 bulan sebelum majlis akikah dan cukur jambul Ellsa nie, kiteorang berempat dah plan nak buat apa, nak tema apa, masing-masing bagi idea. Yang mana terer design, dia akan buat design, yang mana pandai membaking tu,kita buat baking..Macam nieyl dengan mummy Ellsa tugas kitaorang membaking daripadi sampai ke petang. Acue pula tugas dia jadi runner pergi ambil kek anniversary nieyl ngan mummy Ellsa... Mummy adam bahagian design dengan decoration.


Kebanyakkan makanan di candy buffet tu kiteorang buat sendiri, antaranya apam polkadot, brownies dan cupcake. Simple-simple je buat pun suka-suka sebab budak-budak suka kan. Selain tu kita ada biskut ikan, mashmellow dan coklat fountain. 


Inilah dia rupa cupcake nya..cantik tak?nak tahu x..cupcake tu dah siap kteorang bakar siang hari, lepas tu masing-masing dah penat,rest pastu malam siapkan decoration untuk backdrop itupun siap dalam pukul12 malam, kononnya nak deco cupcake esok hari nya. Last-last terus sambung deco sampai 2 pagi..orang lain semua dah tidur..hihihi..kitaorang deco tergelak-gelak macam orang gilo pukul2 pagi...hahaha..





Inilah dia abang adam dan adik Ellsa, dieorang dah jadi adik beradik dah..Tak leh kawin dah..Sebab mummy adam dah susu kan Ellsa dan abg adam dah minum susu dengan mummy Ellsa..


Inilah keluarga kecil belah en.husband,ketiadaan ayah sangat terasa ketika ini namun Allah gantikan dengan kehadiran 2 insan yang istimewa dalam hidup kami sekeluarga. Semakin hari semakin besar keluarga kami..Semoga kita terus berusaha menjadi keluarga yang bahagia sampai ke Jannah Ameen...Insya'Allah...

Rawat jika cirit-birit

by on May 18, 2017

Rawat jika cirit-birit | Rasanya sesiapa sahaja pernah alami masalah cirit-birit bila tersalah makanan ataupun gastrik. Serius memang badan akan menjadi sangat lemah bila diserang cirit-birit ni, kalau nak di bilang berapa kali pergi ke tandas tu memang tidak terbilang. Nieyl pernah alami bila terkena gastrik sampai cirit - birit yang sangat teruk sampai lembik badan sebab kekurangan air dalam badan. 

Cirit- birit atau lebih dikenali diarrhea merupakan satu keadaan di mana berlakunya kekerapan membuang najis lembut dan berair dalam tempoh yang singkat dan akan menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan badan menjadi lemah.

Kebiasaannya berlaku cirit-birit disebabkan pemakanan dan pengambilan makanan yang tidak sihat, selain cirit-birit, pesakit mungkin akan mengalami muntah-muntah, hilang selera makan dan tubuh menjadi lemah.

Andai kata ianya berlaku pada korang, atau kenalan atau ahli keluarga kita, try rawat dengan mengamalkan cara ini. :-


  • Banyakkan minum air - Ketika cirit -birit berlaku badan kita akan kehilangan banyak air, jadi disarankan minum air dengan banyak bagi menggantikan cairan yang hilang dalam najis yang di sebabkan dehidrasi.Kalau boleh selang 15minit hingga 20 minit sekali.


  • Makan halia- Halia sangat berkesan bagi merawat cirit -birit, tidak kisah sama ada makan mentah, kering ataupun jus. Dengan cara mengambil sedikit halia bersama sedikit garam bukit secara berulang dalam jarak yang ditetapkan. 


  • Elak produk tenusu dan gula - Doktor selalu nasihatkan,jika cirit-birit elakkan makanan yang bertenusu  kerana ianya akan memburukkan lagi masalah cirit-birit. Untuk itu ambil makanan yang kurang pedas dan mudah dicerna.


  • Pisang - Pisang kaya dengan magnesium dan zat besi, jadi cirit - birit dapat dikurangkan shingga sembuh jika korang makan pisang setiap hari.

  • Pil Chi-kit Teck Aun - biasa kalau kita cirit-birit je orang akan suruh makan pil ni,tapi ni ramai yang kata mujarab tapi jujur nieyl cakap la ya...nieyl memang tak suka makan pil ni, tak boleh nak telan..biasanya nieyl terus pergi klinik untuk dapatkan rawatan. 
ha..kalau penyakit cirit-birit makin teruk please pergi ke klinik dan berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan,jangan biarkan tanpa berbuat apa-apa ya...take care korang ♥




Masak Simple itu lagi sedap

by on May 18, 2017
Masak Simple itu lagi sedap |  Untuk sebulan dua ni, nieyl memang sampai rumah lewat petang kadang-kadang lagi 10 min nak pukul 7. Balik kerja terus pergi bagi untuk pick up kakak pula balik kerja so, sampai rumah memang kena masak untuk makan malam. Disebabkan nak cepat kejar masa nieyl akan masak sesimple yang boleh janji  perut kenyang cukup. Sekali makan semua lauk habis dan tak payah nak simpan-simpan..bagus kan tidak membazir..hihihi

 Ikan kembung singgang
Sayur Kangkung tumis
Telur Dadar



17 May, 2017

Neutrogena®’s fashion Show meraikan kegembiraan kulit yang sihat

by on May 17, 2017

Kini muncul fesyen yang boleh dipakai untuk semua musim! Memperkenalkan Neutrogena® Happy Skin 24/7 koleksi fesyen, terdiri daripada 30 rekaan yang berlangsung di Mercedes-Benz STYLO Asia Fashion Festival (MBSTYLOAFF) 2017.

Pereka fesyen tempatan yang terlibat adalah Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee, Happy koleksi Skin 24/7 menggambarkan mood gembira dengan yang sihat dan cantik.


Menurut Julia Teo, Pengarah Pemasaran Bersekutu Johnson & Johnson , yang memasarkan Neutrogena® di Malaysia,kulit yang sihat dan cantik adalah satu kegembiraan pada wanita di seluruh dunia. "Sebagai No.1 jenama dermatologi yang disarankan kami percaya kecantikan bermula dengan kulit yang sihat - dan memberi tenaga positif dalam kehidupan seharian mereka. Bayangkan anda melihat cermin setiap pagi untuk melihat kulit yang sihat dan berseri, secara semulajadi mood anda akan menjadi sangat baik dan bersemangat.Itulah sebabnya kempen terbaru kami menyokong Happy Skin 24/7 dengan Neutrogena®, "katanya.

Teo berkata: "Menerusi fesyen show kami di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival, kami berharap dapat mempamerkan kegembiraan apabila mempunyai kulit yang sihat dan cantik, hasil daripada menggunakan Neutrogena® penjagaan kulit, dan berkongsi dengan wanita Malaysia -  cara ini adalah yang terbaik untuk tampil dengan koleksi fesyen, yang diilhamkan oleh konsep Happy Skin "!

Tambah Teo lagi, "Tidak dapat dinafikan bahawa wanita dan fesyen seperti isi dengan kuku. Melalui koleksi fesyen kami, kami ingin memberitahu setiap wanita Malaysia bahawa mereka boleh menggunakan Neutrogena® untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik ".

"Happy Kulit adalah sesuai untuk semua musim - ia bukan terhad pada satu musim sahaja.Oleh itu, kita berharap menerusi koleksi pereka fesyen kami, ianya menunjukkan bahawa anda boleh kelihatan cantik  dengan Neutrogena®, dan kekal bahagia sepanjang masa!



Kami berkolaborasi dengan Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee - dua pereka fesyen yang mendapat inspirasi dari perkara-perkara yang menarik minat mereka dalam mewujudkan corak yang menarik dan warna! Terima kasih kepada kreativiti dan kerja keras mereka, kita akan dapat melihat konsep kegembiraan Neutrogena® Happy Skin 24/7 konsep untuk hidup malam ini, "sambung Teo.

Personaliti Kittie Yiyi’s dapat dilihat keunikan dalam setiap rekaannya, dimana kebanyakkannya ranggi,riang tapi amat bergaya. Moto yang dipegang oleh graduan Raffles Design Institute KL ini adalah  “Whatever you decide to wear, make sure it makes you happy!”

Koleksi Kittie ini diilhamkan oleh gadis pantai.  Datang dari kawasan pantai yang jauh, dia meneroka ke bandar dengan pakaian yang selesa dan cantik. kebahagiaan terpancar di wajahnya - dan ia menunjukkan dengan cara dia berpakaian. Koleksi pakaian yang kembang, bercorak menonjolkan lagi keyakinan diri sendiri dengan ciri potongan yang lut sinar.

Hazzer Wan Lee, pengarah kreatif HWL oleh Hazzer Wan Lee Fesyen Atelier Kuala Lumpur, ada kelulusan ijazah dalam Fashion and Apparel Design  dari Herriot-Watt University, Scotland.



Koleksi fesyen Hazzer pula  diilhamkan oleh percikan air - dimana ianya merupakan set rangkaian Neutrogena® Deep Clean dan langkah pertama untuk Happy Skin 24/7! garisan cecair yang megalir serta lapisan beralunan digabungkan bagi menyerlahkan tenaga dan keindahan air dalam tona biru,hijau,oran dan merah jambu. Dengan menggunakan lapisan teknik bahan yang berbeza seperti denim, organdy, kulit PU, sutera kapas dan kain kesan 3D yang unik yang meniru pergerakan air.

Jangan lupa saksikan fesyen show Neutrogena® Happy Skin 24/7 di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017 online! Butiran di Facebook dan Instagram Neutrogena® Malaysia:https://www.facebook.com/myneutrogena/

Pernah Tengok Aiskrim Hitam Tak?

by on May 17, 2017
Pernah Tengok Aiskrim Hitam Tak? | Serius??biasanya kita pernah tengok ubat gigi yang digabungkan dengan arang, tak pun pencuci muka tapi kali ini sangat berbeza dan luar biasa Aiskrim Arang..peh!serius hitam legam kot..


See..hitam kan?agak² korang takut tak nak makan..hihihi..Aiskrim ni ada di jual di sebuah kedai di Los Angeles, Califonia iaitu Litter Damage Ice Cream Shop dan aiskrim yang hitam legam ini di kenali sebagai Goth Ice Cream.


Warna hitam adalah unik bagi aiskrim sebab biasanya kita akan makan aiskrim yang berwarna warni tapi tidak lah warna hitam seperti ini..Agak² dekat Malaysia nak buat  tak??nak rasa juga... 

Hari tu saya nampak awak,dekat TV3 la

by on May 17, 2017
Hari tu saya nampak awak,dekat TV3 la | Semalam masa nak turun pergi lunch, ada seorang pegawai dekat office tanya..eh..hari tu saya nampak awak,dekat tv3 sempena hari ibu kan? eh..nampak ke? sebab biasanya orang kalau tengok berita tak tunggu sampai habis yang part hujung² biasa jarang orang tengok termasuklah nieyl ni..hihihi..

Masa siaran berita tu hari sabtu 13hb Mei 2017, time tu nieyl sendiri pun tak tengok tv sebab tengah holiday di luar kawasan. Biras yang whatsapp antara video dengan gambar. So,dapat juga tengok.