02 August, 2024

Ya..saya yang salah...

by on August 02, 2024

 


Nak luah sini juga sebab tengah sedih atas kesilapan diri sendiri..
nieyl ada buat pembelian yang memang dalam kontrak tu kena buat auto debit..
selalunya nieyl akan bayar awal sebelum auto debit tu..
dan balance bagi duit dalam acc nieyl akan transfer ke acc lain...

Nak dijadikan cerita, pagi semalam nieyl dah buat payment..
dan malam tadi nieyl dapat sms kata auto debit succesful..
nieyl terkejut,dan baru teringan duit dalam acc bank nieyl tu nieyl tak tranfer ke acc lain...
Allahuakbar...terduduk nieyl...

sebab nilai dia banyakkkkkk.....
dahlah gaji nieyl lambat lagiiiiii....

nieyl tengah berusaha tanya company tu boleh tak refund balik tak yang nieyl transfer pagi semalam tu..
kiranya nieyl bayar terbayar advance adoi laa...
kalau tak boleh, memang menangis lah nieyl menunggu ke hari gaji ni...

ok itu je nak share...



Salam Jumaat

by on August 02, 2024


Assalamualaikum..
salah jumaat semua...
Ada perkara yang terjadi malam tadi..
buat nieyl rasa down sangat...
I know this is my fault..tapi mmg buat nieyl down..
nanti nieyl story...

Skrg nak pergi breakfast sat..
ambil mood bekerja...

Happy working semua

 

01 August, 2024

Day 1 - Heritage Walk & Food Street

by on August 01, 2024

 

Day 1 - Heritage Walk & Food Street | Harga makan lunch nieyl tu memang terasa mahal pun tapi tak apalah first and last lah makan situ hehehe, Selepas lunch, nieyl singgah Mall untuk solat dulu dan sempat tukar dari dress ke seluar. Nieyl memang pakai outfit mix and match kalau rasa tak selesa ke apa kan. Destinasi seterusnya adalah Heritage Walk, area sini memang nieyl nak pergi untuk pusing-pusing tengok kedai-kedai sepanjang jalan dan ber OOTD je..

nieyl share sikit OOTD nieyl area heritage Walk ni, kalau yang mana suka ber OOTD macam nieyl dan tak kisah berpanas, korang boleh pergi sini.. nieyl dekat sini tak lama dalam 1 jam lebih kurang. Betul-betul berjalan kaki menikmati pemandangan lukisan dinding dan juga banyak cafe-cafe best yang ada dekat situ tapi disebabkan baru lepas lunch so, nieyl memang tak ada singgah cafe pun. 

Salah satu lot kedai yang dipenuhi dengan pokok-pokok hijau yang menjala sekali pandang tu macam kedai yang dah lama ditinggalkan tapi itulah konsep kedai tu nak nampak ala-ala dalam hutan kehijauan.

Kedai kopi pun nieyl suka tengok sebab cat dia warna putih, sepanjang pagar tu semua pokok hijau, kalau dari seberang tu memang nampak cantik .

Inilah buddies Travel nieyl sekarang. Yang lemah lembut tu syida dan yang hijau tu afika. Umur kiteorang bertiga ni tak sama. Yang paling adik adalah afika dan yang paling senior nieyl dan syida tengah-tengah..Disebebkan kita bertiga jadi kena lebih kreatif kalau nak ambil gambar bertiga dalam 1 frame. Kalau gambar atas ni, handphone diletakkan di celah-celah pokok...asalkan dalam shoot yang cantik tu ok la kan buat kenangan.

Ok next entry...







Day 1 - Loaf Adam Cafe

by on August 01, 2024

Day 1 -  Loaf Adam Cafe | Dah penat-penat berOOTD dekat Heritage Walk tu, kitaorang terus pergi ke Loaf Adam, ok cafe ni actually pilihan afika..dia kata teringin nak pergi cafe ni walaupun duduk sana dia belum pernah lagi jejakkan kaki ke cafe baru ni. Jadi, nieyl ok jela sebab memang dalam plan nieyl nak cari cafe untuk lepas minum. Sampai-sampai je muka dah kecewa dah, sebab table full.. muka dah masam dah ni, hahaha..masa tengah beratur nak tapau tu tiba-tiba table depan nieyl tu baru bangun, tak pusing kiri kanan dah, syida terus duduk hahaha.. muka terus ada senyumm...

Sekarang ni suka sangat ambil gambar tutup muka hahaha..ngada-ngada kan..style la sikit asyik OOTD ambil gambar nampak muka je kan..sesekali macam ni apa salahnya hahaha...

Konsep travel kitaorang memang banyak benda yang kitaorang sharing. So, macam pastries ni memang kita beli 2 ketul sahaja sebab besar ya kawan-kawan lagipun kiteorang lebih kepada baru nak mencuba rasa pastries dekat cafe ni. Pistachio Croissant dan Streaky beef sweet Onion. Nieyl paling suka Pistachio Croissant dia, terpaling sedappp... dan bukan nak over claim tau tapi memang rasa dia berbeza dengan yang kita makan..


Bila tengah makan-makan, nieyl terpandang dekat kaunter staf baru keluarkan Cromboloni matcha yang memang si afika teringin sangat nak rasa. Dia dah pandang-pandang juga tapi bila tengok orang beratur sampai ke luar kedai dia macam berbelah bahagi, tapi nieyl cakap kalau nak, beratur jela hahaha,so dia pun beratur untuk mendapatkan 1 Cromboloni dia tu. Finally dapatlah dia makan, tapi nieyl buat rasa je la sebab nieyl kurang sikit kalau bab manis-manis.

Macam nilah suasana cafe ni sentiasa penuh dengan orang, actually kan ada je yang tengah tunggu turn nak masuk dalam cafe ni, tapi ada juga yang take away juga. Sebab mana ada orang duduk makan dekat cafe 10-15 minit hahaha, paling tidak pun 1 jam or 1 jam setengah hihihi..


ini antara pastries dia yang ada dekat cafe tu, ada macam-macam bentuk, macam-macam flovour tau.
Kalau ada rezeki, nak datang cafe ni lagi sebab masih teringat-ingat kesedapan Pistachio Croissant dia tu..alahaii...

Loaf Adam
30 2,2, Jalan garuda
Larkin Jaya
80350 Johor Bahru, Johor

Happy Thursday

by on August 01, 2024

 


Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Semalam lepas lunch, nieyl kena migraine..
memang sakit sangat kepala...
tepat jam 4.30 je terus nieyl balik..
tak boleh nak tahan, balik mandi, terus tidur...
tapi smlm bangun tidur pun tak hilang, terus nieyl makan panadol..
Alhamdulillah...pagi ni dah ok..dah boleh pergi kerja dah...

Hari ni nieyl apply balik sejam awal sebab ada urusan dekat Ampang petang ni...

Happy working semua...


31 July, 2024

Day 1 - Lunch di Selera Padi Emas

by on July 31, 2024

 

Day 1 -  Lunch di Selera Padi Emas | Hari pertama sampai JB pukul11.20 tengah hari. Lepas tu nieyl dengan syida tunggu afika pick up dekat airport, sebab afika dari Batu Pahat. Afika sampai lebih kurang dekat pukul12 lebih macam tu, terus je kita pergi kedai makan untuk makan lunch. Untuk makan lunch ni, afika bawa kitaorang pergi makan dekat kedai yang biasa mak ayah dia makan. So, disebabkan breakfast hanya makan roti je, lepas tu plan sekali sahaja makan nasi untuk hari pertama. Jadi, nieyl makan extra sikitlah hahaha.. 

nieyl ambil ikan bawal 3 rasa, sayur taugeh campur, udang 2 ekor, air teh o ais dan harga makan dan minum nieyl tengah hari tu adalah RM18.50, untuk nieyl agak keras juga ya harga dia hahaha..tapi xpelaa, mungkin rezeki makcik tu hari tu janji makanan dia sedap, cukup rasa dan banyak pilihan.


Good Morning

by on July 31, 2024


Assalamualaikum....
Selamat Pagi Rabu...
Hari ni nieyl tak bawa bekal, 
tadi sebelum pergi kerja, singgah kedai abg nieyl beli nasi lemak ngan karipap sardin..
sebab lunch hari ni ada majlis lambaian kasih Pengarah bahagian baru nieyl ni..
Hari ni bertema kan warna hijau..jenuh mengali cari baju warna hijau...
nieyl ditugaskan untuk jadi usher VIP nanti...

Selamat bekerja semua ♥

 

30 July, 2024

Stay di Chariton Hotel, Johor Bahru

by on July 30, 2024

 

Stay di Chariton Hotel, Johor Bahru | Ok jom nieyl sambung, selepas dah selesai beli tiket flight tu.. Masa untuk mencari hotel-hote yang dekat dan juga under bajet. Ha siapa tahu berapa bajet nieyl untuk hotel??Sama juga bajet untuk hotel nieyl adalah bawah RM100 untuk 3 Hari 2 Malam. Untuk hotel ni memang nieyl nak cari yang selesa dan bersih. Banyak juga yang nieyl survey, banyak yang menepati bajet cumanya banyak yang sold out. Tapi tak apa lah, nieyl teruskan juga mencari sampai nieyl puas hati dengan harga dan keadaan hotel yang nieyl nak stay. hahaha.. cerewet betul nieyl ni kan..

Last sekali nieyl jumpa satu hotel yang murah dan menepati bajet nieyl. Terus je nieyl minta syida tolong bookingkan melalui agoda.com. So, jom nieyl share macam mana bilik hotel yang nieyl stay untuk 3 Hari 2 Malam di JB. Nama hotel dia Chariton Hotel, kalau dari airport tu dalam 25-30 min .

Ini toilet dan bilik mandi..
Tv , jug dan Jug Cattle..

Untuk katil ni Alhamdulillah dapat single bed..
sebab kalau dalam booking tu sama ada single bed ataupun Queen bed + single bed..

Untuk hotel 3 Hari 2 malam total amount nieyl dapat adalah RM242.46 . Jadi nieyl bahagi 3 orang , jadi seorang bayar RM80.82 ..Alhamdulillah, sepanjang berada di hotel ni, kiteorang selesa dan puas hati. Dan jarak ke tempat-tempat yang kiteorang nak pergi pun tak adalah ambil masa berjam-jam dari hotel. Semuanya dekat-dekat sahaja. So, kalau sesiapa nak pergi JB tu, tak tahu nak duduk hotel mana, mungkin boleh try hotel yang nieyl share ni okay...





Dapat Harga Tiket Flight Murah

by on July 30, 2024


Dapat Harga Tiket Flight Murah | Bila kita nak pergi travel dalam atau luar negara perkara pertama yang kita selalu akan buat adalah survey harga tiket flight betul tak?Sama juga dengan nieyl masa nak pergi JB tu, ada orang kata alaa JB je pun itupun nak naik flight.. So what? Ikutlah kepada kemampuan dan kelaratan orang. Macam nieyl dengan syida ni tak biasa nak drive jauh-jauh dan lagipun kitaorang nak jimat tenaga drive berjam-jam mengadap jem semua tu. 

Berminggu juga nieyl dengan syida survey tiket nak dapat harga yang lebih murah. Bajet kitaorang adalah bawah RM100 pergi dan balik. Tapi nak dijadikan cerita, memang rezeki kitaorang dapat harga jackpot murah gila, terus je grab tak nak tunggu lagi dah,sebab rasanya harga yang kitaorang dapat tu adalah yang terendah dah tu. 

Cumanya nieyl tak ambil untuk pilih seat, nieyl dengan syida redha je dapat seat yang air asia bagi bila check in tu. Kalau ikutkan dalam resit tu total amount yang kitaorang kena bayar adalah RM171.44 untuk pergi dan balik. So, kalau bahagi 2 ..jatuh seorang RM85.60. masih dalam bajet nieyl, good jobs nieyl!

Nieyl memang tak ambil untuk pilih seat,sebab perjalanan ke JB mengambil masa lebih kurang 30-40 min sahaja. Jadi, takyahlah membazir nak pilih melainkan kalau pergi suami isteri ke, ada anak-anak ke itu mungkin kena beli lah kot seat . So, seat nieyl dengan syida sebelah-sebelah dipisahkan dengan lorong jalan tengah. Kira oklah masih lagi boleh senyum-senyum pandang sebelah hehehe..

Ini saja je lah nak share, pengalaman naik flight hari tu..Actually seat yang nieyl dapat adalah 31D, so.. dua seat sebelah nieyl tu 2 adik beradik berbangsa cina. Kakak nieyl heboh nak duduk tepi tingkap dan adik lelaki pula badan gempal sikit duduk sebelah nieyl. Sepanjang dalam flight tu, budak lelaki ni duduk memang tak nak mengalah betul, dahlah seat airasia untuk domestik ni sempit dan kecil, so..budak ni memang letak tangan dia lebih dari kawasan nieyl lah. Sebab dia sibuk main game dekat ipad dia tu, kejap-kejap senggul tangan nieyl. Aduhai..tak tenang dibuatnya..lepas tu duduk pula jenis terkangkang, dah nieyl tersepit terpaksalah mengalah menngiring badan ke sebelah syida tu.. Bayangkan 40 min nieyl kena mengiring, turun je flight..peh!urat belakang nieyl sakit gila weh.. nak tegangkan badan tu terasa sakit gila..

Sudahnya hati nak berjalan tapi badan urat ni sakit gila tegang dia, sampaikan nieyl kena cari kerusi urut hahaha..adoilah lawak!Itu masa dalam flight, masa nak ambil beg dekat atas tu pun sama budak yang sama , memang jenis tak menyabar la..main langgar je..aduhai rasa nak tarikkkk je telinga dia hahaha..

Itulah cerita nieyl nak share pengalaman dalam flight...korang ada tak pengalaman mcnie?ataupun lagi teruk...












Happy Tuesday

by on July 30, 2024

Assalamualaikum...
selamat pagi selasa..
semalam takdan nak menaip entry lagi..
biasalah kan hari pertama naik cuti..
settelkan kerja-kerja tertunggak hari jumaat dulu...

So, hari ni ada kelapangan sikit..
nanti nieyl cuba sharing tentang percutian singkat nieyl dekat JB tu..
Yang mana follow nieyl dekat Instagram atau TikTok mungkin dah tahu sikit-sikit..
kemana nieyl pergi sepanjang dekat sana tu...
Nanti lebih detail nieyl share dekat blog ok..

breakfast nieyl pagi ni..
mak nieyl kalau sediakan bekal. memang suka penuh..
padahal nieyl makan tak banyak..
jadi, nieyl akan bahagi 2..
nanti pukul10 kang makan sikit lagi..

Korang breakfast apa hari ni?



 

29 July, 2024

Holiday is Over

by on July 29, 2024

 

Assalamualaikum
Selamat pagi isnin
3 hari bercuti memang rasa bagaikan sehari je tau..
overkan..sebab dah lama x pergi Me Time dengan kawan-kawan sebenarnya...
apa-apa pun minggu ni mmg tak boleh move on lagi..
banyak sangat gambar nak spam nanti..
nieyl pun ada buat 2 video trend TikTok sekarang...hehehe..
tapi nanti korang follow la nieyl dkt TikTok Okay...
Gambar-gambar nieyl share dekat Instagram nieyl...


TikTok nieyl : Click SINI
Instagram nieyl : Click SINI

Dalam blog pun nanti nieyl update okayy...
Selamat bekerja...

26 July, 2024

Today is The Dayyyy

by on July 26, 2024


Setelah sebulan buat perancangan, akhirnya hari ini sudah tiba....
InsyaÁllah pukul10.20 nieyl akan fly ke JB untuk jumpa Afika dan jalan-jalan dekat sana..
selama 2 hari, korang doakan nieyl selamat pergi dan balik okay..
Nanti nieyl share tempat-tempat yang nieyl pergi okay...

Jumpa Hari Isnin nanti okay...
InsyaÁllah...