03 October, 2017

Birthday Adam Yang Ke-2 tahun Meriah

by on October 03, 2017
Birthday Adam Yang Ke-2 tahun Meriah | Meriah bila dalam family hadir dengan anak-anak yang meningkat besar ni kan..Nieyl hanya menumpang kasih sahaja dengan anak-anak buah nieyl ni..InsyaÁllah doakan ya..Oklah nieyl nak share aktiviti last week, sebab dah lama rasanya tak share aktiviti family dalam blog ni.

Sabtu petang last week, buat majlis birthday Adam secara private buat simple dan santai bersama family tercinta. Tahun ni adam dah 2 tahun insyaÁllah tak lama lagi Adam nak dapat adik. Bertambah lagi family Mertua nieyl.Alhamdulillah.. Majlis secara piknik ni kitaorang buat di Tasik Empangan Putrajaya,depan PICC..

Menu-menu di sponsor :-
  • Nasi Lemak (MIL)
  • Ayam Goreng KFC (Nieyl)
  • Koktail ( Mummy Ellsa)
  • Pulut Kuning (Mummy Adam)
  • Kek (acue)


 Kek Didi and Friends Adam

 Adam tengah konfius nak tiup lili ke tak

 Mummy tolong adam potongkan kek

petang-petang biasalah lapar,jadi ambil makan tak pandang dah kiri ke kanan

 Adam bersama basikal baru hadiah dr acue dgn wan..

Adik ellsa tahun depan ya kita sambut birthday dia

Adam main basikal dengan daddy dan paklong...suka dia dapat basikal baru ya..
tak kasi orang tumpang...

 bersama mummy ellsa dan ellsa,sorry mummy..ellsa block mummy...
MIL nieyl bersama acik husband dan mak nieyl 
Ellsa terpaksa pasrah kena bawa lari dengan nieyl,bawa ellsa jenjalan area empangan.

 The balloon Girl

Alhamdulillah walaupun kecil-kecilan kualiti masa itu adalah sangat penting dalam sesebuah keluarga. Family Ellsa duduk nun Kedah sana,jarang-jarang dapat berkumpul bersama. Family adam pula walaupun duduk dekat jarang juga dapat jumpa sebab masing-masing kerja tak sama masa,jadi bila ada event² macam ni seronok berkumpul sama-sama. Semoga ikatan adik beradik,ipar duai terus berpanjangan begini..Amin...

02 October, 2017

Kisah si dompet yang sentiasa menjadi perhatian

by on October 02, 2017
Kisah si dompet yang sentiasa menjadi perhatian | Bila tengah-tengah stress,baca group whatsapp kadang-kadang boleh buat kita tergelak sorang-sorang. Walaupun hanya berbalas dengan menggunakan gambar, rasa lucu pula..
Realitinya setiap hari kita akan buka dompet kita kan, bila tiba hari bergaji penuh rasanya sampai rasa nak tutup dompet tu pun susah,gembira,suka,happy bila buka dompet tu  tapi bila dah di hujung-hujung bulan tu,buka dompet  rasa nak menangis tengok dompet tu kan..


Sometime bila tengok gambar ni rasa macam eh orang yang buat nie mesti cuba menghiburkan hati dia kan sebab dompet yang penuh semakin hari semakin nipis..hihihi..tapi kalau boleh charge begitu,duit boleh penuh..nak charge je tak nak cabut-cabut boleh?hihihi

29 September, 2017

VITAMIN C SERUM By Annona Beauty

by on September 29, 2017

Hai korang, hari ini nieyl nak share ngan korang salah satu produk kecantikan yang nieyl sendiri guna dan ianya sangat berkesan untuk semua jenis kulit. Selain nieyl amalkan vitamin c untuk dalaman, nieyl juga ambil serum vitamin c untuk kekalkan kulit nieyl lembab dan tidak cepat rosak kalau kita pakai make up hari -hari. 

Harganya sangat murah dan berbaloi untuk dapatkan serum c yang best ini.

Untuk Trial 5ml
1 Botol RM39
3 Botol RM100

Untuk Normal Pack
1 Botal RM90
2 Botal RM150 Free vitmin c mosturizer cream (ada spf 30)
2 Botal RM150 Free 1 DERMAROLLER

Jangan segan,jangan malu untuk whatsapp nieyl okay..

APA YANG ISTIMEWA SANGAT VITAMIN C SERUM ANNONA NI?
==================
# kekuatan 10x vitamin C - pertama di pasaran
# mudah digunakan - hanya titis dan sapu pada kulit
# mampu milik - 1 botol tahan lebih sebulan
# boleh bawa solat
# tiada campuran alkohol - guna tanpa was was
# tiada pewarna tiruan & pewangi tambahan. Sesuai untuk kulit sensitif
# diluluskan KKM (NOT161004544K)
# dikilangkan di kilang berstatus GMP
# jenama Annona yang dipercayai ramai - 4 tahun dalam pasaran
.

INSYA ALLAH
VITAMIN C SERUM SESUAI UNTUK MASALAH :
===================
✔ Liang pori terbuka
✔ Parut pada kulit
✔ Jeragat
✔ Kulit rosak akibat salah guna kosmetik
✔ Tona kulit tak sekata
✔ Kulit kusam
✔ Penuaan kulit pramatang
.
Serius berminat?
.
.
Whatsapp sekarang,www.wasap.my/6017-3583792
.

Pergi Pasar Malam Hanya Kerana Yong Tau Foo

by on September 29, 2017
Pergi Pasar Malam Hanya Kerana Yong Tau Foo | Kalau dekat tempat nieyl tinggal ini ada 2 hari pasar malam,iaitu hari selasa dan hari khamis tapak yang berlainan. Yang paling hampir dengan rumah adalah hari khamis. Walaupun dekat dengan rumah, nieyl rasa dah lama sangat nieyl tak pergi ke pasar malam,makan bulan juga lah sebabnya kalau pergi pasar malam nieyl tak tahu nak beli apa.

Pernah je pergi pasar malam beria sangat nak pergi,last-last entah apa-apa entah yang dibeli sampai habis beringit-ringit tapi tak makan. Malam tadi tak tahu kenapa tiba-tiba en.husband bisik dengan telinga dia nak pergi pasar malam..tahu la malam jumaat sayang tak perlu nak berbisik sangat ya..  

Nieyl order Yong Tau Foo je dekat husband sebab dah lama nieyl tak makan, memang kalau pergi pasar malam je menu yang akan nieyl beli adalah Yong Tau Foo..Tapi yong tau foo pun kena tengok juga sebab nieyl suka yang goreng-goreng je,kalau yang hotdog,ketam semua tu nieyl jarang ambil dan wajib kena ada kuey tiew tu..sedapnyaaa...


28 September, 2017

27 September, 2017

Abadikan Kenangan Bersama Printcious Dengan Mudah

by on September 27, 2017
Abadikan Kenangan Bersama Printcious Dengan Mudah  | Nieyl seorang yang sangat suka barangan yang berkonsepkan DIY. Dan dah menjadi satu trend nieyl sekarang ni abadikan setiap kenangan dengan barangan DIY . Kalau lihat rekod order nieyl bersama dengan Printcious rasanya sudah hampir 5x nieyl tempah barangan DIY seperti mug, mouse pad dan ceramic tiles . 



Printcious menawarkan pelbagai pilihan yang banyak yang kita pun rambang mata nak pilih yang mana satu. Antaranya ada T-shirt , Mug, Ceramic Ties, Cushions, Mouse pad, phone cases dan lain-lain lagi. Tapi yang paling best sekali adalah korang boleh print apa sahaja yang korang suka atas hadiah yang korang pilih tadi . Menarik bukan? haa ..bertetapan lah dengan tagline Printcious iaitu " Precious Gifts Form Your Heart" . Jadi hadiah tu boleh di simpan buat kenang-kenangan sampai bila-bila.

Sebab Printcious menjadi pilihan nieyl
Mesti korang tertanya kenapa nieyl sampai 5x tempah barangan di Printcious ni kan, kadang-kadang nieyl bukan sahaja buat DIY untuk diri sendiri, ada juga nieyl buat untuk hadiahkan kawan-kawan nieyl. Antara sebabnya :-

*Yang penting boleh customs sendiri dengan mudah
*Arahan, langkah-langkah untuk design sesuatu barang itu mudah.
*Harga sangat murah dan sentiasa ada diskaun.
*Design ready made yang cantik-cantik
*Penghantaran yang cepat dalam masa 1-3 hari sahaja.


Barangan yang ada di Printcious untuk hadiah
  • T-shirts 
  • Mugs 
  • Cushion
  • Ceramic tiles
  • Mousepads 
  • Canvas Photo 
  • Fridge Magnet
  • Phone Cases
  • Caps
  • dan banyak lagi
Apa yang best lagi tentang printciuos ni adalah hadiah dan DIY barang design korang boleh buat sendiri tau kalau korang mahir tapi kalau korang tak mahir pun tak apa sebabnya di website Printcious ni dieorang dah sediakan banyak design-design yang ready made so, korang boleh pilih ikut yang mana korang suka dan arahan untuk design pun sangat mudah..Korang mesti pandai punya.

Dan korang boleh gunakan gambar-gambar korang sendiri kalau korang tak nak guna gambar yang sedia ada di website pun. ha..boleh jadikan hadiah ataupun hiasa di dalam rumah korang lepas ini.

Kalau sebelum-sebelum ini nieyl baca tempah ceramic tiles untuk hiasan rumah, kali ini nieyl rasa nak tempah T-shirt pula untuk kenang-kenangan bersama Printcious. Design untuk baju T-shirt tu pun nieyl dah pilih dah, nieyl nak letak header blog nieyl sendiri..mesti cantik kan..

Mak request Ceramic Tiles untuk hadiah

Birthday mak nieyl next week, jadi nieyl memang plan nak buatkan satu ceramic tiles mak dan ayah sebagai kenang kenangan. Mesti mak suka kan,sebab pernah sekali tu mak kata nak buat juga untuk letak dalam bilik. ee..tak sabarnya nak buatkan untuk mak sebagai hari jadi dia.

Cara-Cara untuk membuat tempahan di Printcious

Ok nieyl nak share dengan korang, cara-cara korang nak buat tempahan di Printcious but first of all korang wajib kena daftar dulu okay..


Pergi ke www.printcious.com  dan create account,boleh guna email ataupun login via facebook terpulang pada korang okay. Macam nieyl memang dah biasa guna email.


Nieyl klik shop dan pilih T-shirt sebab nieyl nak buat T-shirt so,kalau korang nak buat barangan lain korang just klik barang apa yang korang nak okay. Dan nieyl akan pilih design sendiri,korang pun boleh pilih T-shirt yang ready-made. 


Kemudian pilih warna baju dan size baju yang kita nak dan jangan lupa isi kotak quantity nak berapa helai. Korang jangan risau,printcious tiada limit walaupun sehelai atau satu barang pun dieorang akan terima tempahan korang okay. Kemudian klik customize.


Lepas tu korang boleh download gambar yang korang nak letak di barangan korang, macam nieyl pilih T-shirt dan nieyl pilih header blog untuk letak di T-shirt tu,so..dia akan jadi seperti di atas ni. 

kalau korang rasa nak buat barangan lain, korang boleh klik coutinue shopping..kalau tak ada boleh klik checkout untuk ke bahagian payment dan shipping.


Akhir sekali, isikan alamat untuk diposkan barang yang kita dah tempah tadi tu. Sangat mudah kan, jadi bila-bila masa sahaja korang boleh buat sendiri. Segalanya di hujung jari kita tak perlu lagi kita nak pergi ke kedai,upah orang kedai sebab dengan printcious korang boleh design sendiri apa yang korang suka.



Fenomena Baby Shark Dance

by on September 27, 2017
Fenomena Baby Shark Dance | Baru-baru ni time nieyl pergi shopping dengan kakak-kakak nieyl bersama anak buah, biasa la nak anak-anak duduk diam di buka baby shark dance ni,bukan main suka dieorang. Itulah kali pertama nieyl tengok dan dengar lagu baby shark ni..


Lagu baby shark kini menjadi fenomena baru dikalangan masyarakat dunia,lagu yang bertemakan tentang keluarga ikan yu berjaya menarik semua peringkat umur. Kalau korang tengok video ni mesti rasa macam ala..cute nya dan sangat comel lagipun muzik dia budak-budak senang ikut. Cucu nieyl yang setahun lebih tu pun kalau buka baby shark ni amboi..dia goyang dan goyang tangan ni..

skrg ni dah pun banyak parodi yang dieorang buat,korang taip jela dengan youtube tu tak kurang juga ada artis-artis malaysia juga yang buat parodi baby shark ni...lawak..hihihi

26 September, 2017

Movie Review | Kingsman The Golden Circle

by on September 26, 2017

Movie Review | Kingsman The Golden Circle | Lama rasanya tak pergi tengok movie sebabnya adalah en.husband bukan kaki wayang..Weekend lepas nieyl berkesempatan pergi tengok kingsman anak-anak buah nieyl yg 18thn ke atas. Kalau nak tonton Kingsman 2 ni wajib pergi tonton dulu Kingsman yang pertama kalau tidak susah korang nak faham jalan ceritanya. Filem yang bercorak komedi dan aksi ini mula ditayangkan pada 21 September 2017 yang lalu yang telah mendapat sambutan yang hangat dikalangan penonton.

"Kingsman: The Secret Service" memperkenalkan dunia kepada Kingsman - sebuah agensi perisikan antarabangsa yang beroperasi di peringkat kebijaksanaan tertinggi, yang matlamat utama adalah untuk menjaga dunia selamat. Dalam "Kingsman: The Golden Circle," pahlawan kita menghadapi cabaran baru. Apabila ibu pejabat mereka dimusnahkan dan dunia dijadikan tebusan, perjalanan mereka membawa mereka kepada penemuan sebuah organisasi mata-mata bersekutu di AS yang dipanggil Negarawan, sejak hari kedua mereka ditubuhkan. Dalam pengembaraan baru yang menguji kekuatan ejen mereka dan kecerdasannya, kedua-dua kumpulan organisasi rahsia elit bersama-sama mengalahkan musuh biasa yang kejam, untuk menyelamatkan dunia, sesuatu yang menjadi kebiasaan untuk Eggsy.

Review Nieyl

Seperti yang nieyl jangkakan filem ini tidak menghampakan peminat Kingsman. Filem ni memang best dan penuh dengan gelak tawa dan aksi-aksi yang menarik. Lagi -lagi watak Eggsy yang hensem lagi cool ini berjaya membuatkan penonton tak sabar-sabar nak tunggu next scene. Jadi amat berbaloi untuk pergi menonton kepada yang belum menonton.

Star
✰✰✰✰✰

Insan yang akan ada setiap masa dengan kita

by on September 26, 2017


Hai korang..hari ni nieyl nak sembang tentang insan yang sentiasa akan ada dengan nieyl tidak kira dalam apa jua keadaan pun. Ini mak nieyl yang tersayang, kulit putih dan mata sepet nieyl mewarisi daripada mak. Semua orang cakap mak nieyl muda lagi, actually umur mak nieyl dah pun mencecah 65 tahun pada tahun ni. Alhamdulillah, Allah masih berikan mak kekuatan dan kecergasan untuk menjalani kehidupan dan menjalankan kewajiban sebagai hamba Allah swt..

Sekarang ni mak dan ayah nieyl tinggal serumah dengan nieyl.Mak sepenuh masa dengan nieyl cuma ayah nieyl seminggu 2x je dapat jumpa sebab ayah nieyl ada 3 isteri,so..pandai-pandailah korang fikir lagi 5 hari tu ke mana ya..hihihi.. Mak nieyl seorang yang pandai masak sampai buka kedai makan tau tapi mak dah serahkan kedai makan tu dengan abg sulung,so mak nieyl just masak sahaja. Alhamdulillah rata-rata pelanggan yang datang makan di kedai mak nieyl, semua akan datang lagi dan lagi. Kata pelanggan masakan mak sedap macam masakan kampung halaman dieorang.

Korang nak tahu, kalau nieyl minat ngan tudung brand mumuscave, mak nieyl ni pula suka brand neelofa hijab..hahaha..nieyl sensdiri pun tak beli neelofa hijab tauu..hihi..Tak apa asalkan mak bahagia. Selalu nya kalau nak pakai tudung, mesti mak nak orang pakaikan biasa mak akan cari anak buah nieyl,tak pun nieyl itupun kena tunggu nieyl bersiap dulu la...

Kalau nak pergi kenduri atau keluar jalan-jalan, nieyl memang make up lebih sikit selalunya akan ambil masa lebih dari 30 min untuk make up, jadi mungkin buat mak rimas kot sebab kena tunggu nieyl siap make up, sampaikan mak pun nak make up juga..hahaha..

last sekali tentang mak nieyl ni, mak akan bising kalau nampak nieyl asyik mengunyah je.. Tapi yang peliknya bila mak dah siap masak (weekend) , bila nieyl tak nak makan dia pujuk suruh nieyl makan...sampai en.husband pun gelak tengok gelagat mak nieyl.. hihihi.. Walaupun dah kahwin bersuami, mak nieyl tetap ambil berat tentang makan pakai nieyl..sayang makkkk ♥

Minggu depan birthday mak nieyl...
tengah survey tempat makan best nak bawa mak..

kepada yang masih mempunyai mak, sama-sama kita perbaiki diri kita untuk lebih menyayangi ibu kita sampai bila-bila, kepada yg tiada ibu lagi, salam takziah dan banyakkan berdoa semoga arwah ibu-ibu kita sentiasa tenang disana dan di tempatkan bersama orang-orang beriman..Al fatihah


25 September, 2017

Murad | Mengekalkan Kemudaan Kulit Anda

by on September 25, 2017
Kuala Lumpur, Malaysia:Jika anda berasa wajah anda kasar dan ketat, maka anda mungkin mempunyai kulit yang kering. Ini bermakna kulit anda kekurangan air. Apabila kulit dehidrasi, ia akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengimbangi kelembapan kulit. Ini akan menyebabkan jerawat, kerengsaan dan tompok kering di wajah. Keaadaan in akan menjejaskan kesihatan dan keyakinan kita.

Dehidrasi adalah satu masalah besar – Kulit kami di Asia selalunya akan terjejas lebih teruk daripada yang lain kerana kelembapan cuaca di sekeliling kita. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa 40-72 peratus pengguna kerap mempunyai kulit kering di wajah mereka*. Walaupun meminum air adalah sangat penting untuk mengembalikan kelembapan dan kemudaan kulit, ia mungkin bukan penyelesaian yang mencukupi untuk memerangi dehidrasi kulit.

Kulit yang sihat adalah satu sebab kami akan berasa lebih baik. Salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan anda adalah untuk memberikan kulit anda lebih cerah dan kelihatan lebih licin Produk baru Murad dicipta untuk mengembalikan kulit kami sihat, bersinar dan berseri dari dalaman ke luar

Produk ini dilengkapi dengan 2 langkah sistem yang unik dimana ia melembutkan kulit dan memberikan faedah anti-penuaan dengan memberikan dos penghidratan yang mengagumkan sehingga 400% untuk mengurangkan garis halus dan kedutan.

Retexturizing Swabboleh melembutkan kulit dan menghidratkan kulit yang kering. Ia mempunyai Lactic Acid,Glycolic, and Hyaluronic Acids yang menyokong pergerakkan sel untuk menyerikan kulit dan membersihkan sepihan kulit untuk mengungkap kulit yang licin, cerah dan bercahaya. Saiz Swab ini direka khas untuk kulit anda yang halus dimana ia membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.

Apabila menandatangani dehidrasi kulit dan kulit kusam, bungkusan Murad Moisture Infusion Mask dipenuhi asid hyaluronik yang akan mengembali and menyuburkan kulit, ia berfungsi sebagai penghidratan segera yang sehingga 400% untuk kulit anda. Dengan penggunaan yang berpanjangan, kulit muka yang kering dan mengungkap tidak akan berlaku lagi.

Dan mengandungi 4 rawatan mudah termasuk:Retexturizing Swab – Swab besar ini adalah tunas kapas bertutup yang telah tepu dalam campuran berasaskan AHA campuran Latuc dan Glycolic Acid, yang berfungsi untuk melembapkan lapisan permukaan kulit dengan perlahan, melarukan sel-sel mati dan membersihkan liang-liang kulit yang tersumbat untuk memberikan tekstur yang lebih halus.

Moisture Infusion Mask - Topeng lembaran memberkalkan asid hyaluronik untuk memberikan rangsangan segera kepada tahap kelembapan sehingga 400% dan membantu mengurangkan kesan garis kedut. Kulit akan berasa lebih cantik dan bersinar apabila kesan kedutan berkurangan.

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKANNYA
Gunakannya sekali seminggu.

Langkah 1- Retexturizing Swab: Sapu swab di muka yang bersih. Jangan bilas.
Langkah 2 - Moisture Infusion Mask: Letakkan topeng lembaran di muka selama 15-20 minit. Keluarkan topeng lembaran dan jangan bilas. Kemudian sapukan pelembap kepada muka.

Diasaskan lebih dari 28 tahun yang lalu, Murad adalah jenama doktor pertama yang diiktiraf di Amerika Syarikat. Jenama ini tetap benar dengan prinsip saintifik pengasasnya, dermatologi terkenal di dunia; Howard Murad, M.D. Melalui lebih daripada 50 tahun pengalaman penyelidikan Dr. Murad telah membuktikan bahawa kecantikan dan kesihatan adalah saling berkaitan dan terbaik dicapai melalui pendekatan inkusif yang meningkatkan setiap sel di dalam badan. Murad Hydro-Glow Aqua Peel boleh didapati di kedai Murad diseluruh Malaysia.Ia juga boleh didapati di laman http://www.murad.com.my/www.murad.com.my
bermula pada pertengahan bulan September. Nikmati diskaun 10% pada produk Hydro-Glow Aqua Peel apabila anda membeli di laman dengan kod GLOW https://www.murad.com.my/unlock-secret-to-youthful-skin" & https://www.murad.com.my/unlock-secret-to-youthful-skin sah sehingga 31st Mac 2018.


MENGENAI MURAD, INC.
Ditubuhkan pada tahun 1989, Murad adalah jenama penjagaan kulit klinikal perintis yang didedikasikan untuk mengalakkan orang ramai untuk hidup dengan lebih bahagia, sihat dan hidup yang lebih penuh. Disokong oleh 19 paten yang unik dan warisan yang mempunyai lebih daripada 30 tahun penyelidikan dan ujian klinikal, falsafah unik Murad, yang dikenali sebagain Connected Beauty, adalah pendekatan seluruh badan manusia untuk kesihatan dan kecantikan yang memberi inspirasi kepada orang untuk menyuburkan kulit mereka, membangkitkan badan mereka melalui aktiviti fizikal, “Eat” air dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber air, dan pemikiran “Be Kind To Their Mind”.

Untuk maklumat lanjut mengenai Murad, log masuk www.murad.com.my atau Facebook Murad di Murad.Malaysia.

Belajar buat karipap kesukaan En.Husband

by on September 25, 2017
Belajar buat karipap kesukaan En.Husband | Bila dah cuti lama-lama duduk rumah tak tahu nak buat apa..terhasil lah idea nak buat karipap..sebelum kahwin dulu pernahlah sekali dua belajar buat karipap dengan mak. Lepas kahwin ni rasanya ini kali pertama nieyl buat karipap untuk suami tercinta. 

Karipap antara kuih yang paling fav en.suami , dia kata arwah ayah dia buat karipap sedap so nieyl pun cuba sedaya upaya untuk buat yg sedap-sedap tapi en.suami kata sedap cuma kena belajar dengan MIL cara arwah ayah mertua buat...hihihi..




Inilah rupa karipap nieyl yang comel tu, kelim tu nieyl first time buat sendiri tanpa bantuan mak.. Ok x?boleh la kan walaupun x berapa nak kemas sangat,mungkin kalau hari-hari buat terer la...


Bahan-bahan

(inti)
Ubi kentang/ keledek
Serbuk kari ayam
Cili Kering (kisar)
Udang kering
Daun kari
Bawang Besar (tumbuk)
Bawang Putih(tumbuk)
Air

Cara-caranya
  • Tumis bawang besar,bawang putih,daun kari,cili kering,udang kering,serbuk kari ayam sampai kering sikit
  • Kemudian masukkan ubi kentang/keledek dan air
  • Kacau sehingga masak dan sejukkan

(Kulit)

Tepung gandum
Air Garam
Minyak Panas

Cara-caranya
  • Tuang minyak panas ke dalam tepung, dan gaulkan (jgn pakai tangan,pakai senduk kayu ke)
  • Lepas tu masukkan air garam dan uli pakai tangan sampai jadi doh..