21 September, 2017

20 September, 2017

19 September, 2017

Lagi Taktik Penipuan Hati-hati

by on September 19, 2017
Lagi Taktik Penipuan | Semalam nieyl terima satu whatsapp yang mencurigakan. Actually kalau kita ni beware selalu, kalau dapat whatsapp/email/sms yang berbentuk sebegini selalunya kita akan ignore kan sahaja sebab dah pastinya ini satu penipuan.  Betul tak? Semalam juga nieyl ada perasaan beberapa rakan FB nieyl pun publish whatsapp yang sama yang dieorang terima. Sangat licik cara nak menipu orang lain ya.. Kalau rasa untuk lebih yakin, korang yang pula pergi call no yang tertera di whatsapp tu, korang boleh pergi centre atau direct line di web rasmi kalau ada. So,hati-hati korang jangan sampai menjadi mangsa mereka. 

18 September, 2017

Shopping Di Jakel Mall sangat menyeronokkan!

by on September 18, 2017
Shopping Di Jakel Mall sangat menyeronokkan! | Happy monday korang, selamat bekerja ya semua, tak mo monday blues okay sebab this week kan kita kerja 4 day je..yeay!happy kan..cuti 3 hari this week. 

Last week seperti yang dirancang, nieyl dengan my sukasih sister pergi shopping di Jakel Mall KL ini kali kedua nieyl ke Jakel Mall KL, bulan lepas nieyl datang juga untuk survey kain-kain, so..last week pergi sekali lagi untuk beli. kitaorang ingat beli kain sekayu ni sekejap je rupanya lamo juga berjam-jam kitaorang dalam Jakel Mall ni tapi sangat puasa hati sebabnya layanan Jakel memang tip top la,melangkah masuk ke ke dalam tu akan ada staff yang akan menawarkan perkhidmatan untuk membantu..bagus²..


Bila dah nak habis shopping, sempat snap gambar kenangan depan Jakel ni bukan selalu dapat shopping banyak macam ni. Mesti ramai yang tertanya banyak nya shopping kan, ala korang ini bukan semuanya nieyl punya, ni semua shopping kain untuk semua adik beradik,ipar duai semua untuk majlis perkahwinan adik bongsu nieyl Insya'Allah bulan 12 nanti.


Penuh bonet kereta dengan plastik Jakel, nieyl suka sangat shopping di Jakel Mall KL ni sebab luas dan lebih banyak pilihan dan menawarkan harga yang super best la..Walaupun harga dia murah tapi kualiti dan corak kain dia sangat cantik. (dah angan-angan nak spend duit gaji bulan depan nak beli kan)

15 September, 2017

Rezeki Pemberian Orang

by on September 15, 2017
Rezeki Pemberian Orang | Syukur Alhamdulillah, nieyl sentiasa di kelilingi dengan mereka-mereka yang sentiasa murah hati dan suka bersedekah. Sebenarnya sangat banyak boleh dikatakan hampir setiap bulan pasti akan ada. Apabila di kelilingi orang-orang yang murah rezeki ini, secara tidak langsung ianya mengajar nieyl untuk turun mengamalkan amalan mulia seperti mereka. Semoga mereka-mereka ini sentiasa dimurahkan rezeki kerana amalan mereka yang ikhlas dan baik ini..Amin...


Kek Lapis Sarawak


 Nasi Dagang 


trifle pudding


Aiman Tino - Ku Hanya Sayang Padamu (Official Music Video with Lyric)

by on September 15, 2017

Mungkin Kali ini

Bukan Lagi aku
Yang Kau sakitkan

Mungkin Tiada lagi

Ku Di dunia ini
Kau Bidadari

Bila malam bila rindu

Tiap kali ku cuba
Melupakanmu

Ada saja mu

Kata Padaku
Aku Dihidupmu

Bukan Aku mau jauh

Bukan Juga ku benci

Pada Dirimu

Bukan Niatku
Lukai Kamu
Bukan Diriku

Benar

Ku Hanya sayang padamu
Bukannya Takdirku
Untuk Bersamamu


Jika

Setiap Langkah ku ini
Terhenti Disini
Untuk Selamanya
Izinkan Ku pergi

Bila Malam bila rindu

Tiap Kali ku cuba
Melupakanmu

Ada saja mu

Kata padaku
Aku dihidupmu

Bukan Aku mau jauh

Bukan juga ku benci

Pada Dirimu

Bukan Niatku
Lukai Kamu
Bukan Diriku

Benar

Ku Hanya sayang padamu
Bukannya Takdirku
Untuk Bersamamu

Jika

Setiap Langkah ku ini
Terhenti Disini
Untuk Selamanya
Izinkan Ku pergi

Izinkan Ku pergi

Izinkan Ku pergi

SUPPORT ME!! Contest

by on September 15, 2017

Jom Join Ramai-ramai...( Click banner ya)

Ulasan / Pendapat
" Template dan design blog pokucu.com simple, bersih dan kemas. Didoakan semoga blog pokucu.com terus maju dalam menyampaikan berita dan perkongsian ilmu yang berguna kepada pembacanya, Insya'Allah" 

14 September, 2017

Juice Work : Minum minuman yang lebih sihat!

by on September 14, 2017
Dengarlah suara hatimu ... dan minum minuman yang lebih sihat!

KUALA LUMPUR: Senyap dan merbahaya, ia merayap didalam anda semasa anda tidak
menyedarinya.Dan ia adalah pembunuh No. 1 di negara ini.Apa yang kami maksudkan adalah penyakit jantung, dan kira-kira 20% daripada rakyatMalaysia terdedah kepadanya. Menurut kajian Institute Jantung Negara (IJN), penyakitjantung asalah punca utama kematian dikalangan wanite dan bukan kanser payu sarasepertimana yang dianggap oleh kebanyakkan orang.

Wanita yang berusia 45 tahun ke atas mempunyai kebarangkalian yang sama seperti lelaki untuk mengalami penyakit jantung. Sebelum menopaus, badan wanita mempunyai kelebihan berbanding dengan lelaki, kerana badan mereka menghasilkan jumlah estrogen yang mencukupi untuk mengurangkan risiko serangan jantung berbanding dengan lelaki.

Akan tetapi, selepas menopaus berlaku, bilangan perlindugan daripada estrogen menurun, dan jika ia digabungkan dengan faktor risiko lain seperti diabetes dan obesiti, itulah bagaimana penyakit jantung akan berlaku. Realitinya, kami berada di negara yang mana IJN menyaksikan pesakit lelaki/wanita –
semuda 20 tahun menjalani pemberdahan pintasan untuk membersihkan arteri yang tersumbat. 

Oleh itu, sempena Hari Jantung Sedunia yang akan berlangsun pada 29 September setiap
tahun, Juice Works memperkenalkan “Heartbeat”, minuman bermusim yang si penuhi dengan semua kebaikan semulajadi untuk membantu kami melawan pembunuh senyap ini.

Jus ini diperbuat dari limau gendang, timun, oren, lobak merah dan epal, Heartbeat kini boleh didapati di setiap cawangan Juice Works dan Juice Works2Go. Apa lagi, jika anda seorang ahli VIP Juice Works, anda akan juga mendapat 10% diskaun daripada harga runcit**!


Kenapa Limau Gendang? Kerana gabungan nutrien berkuasa serat, lycopene, vitamin C, kalium dan choline di dalam limau gendang ini boleh membantu mengekalkan jantung yang sihat. Satu penyelidikan mendapati bahawan makanan yang ditambah dengan limai gendang merah segar mempengaruhi tahap lipid darah, terutama trigliserida. 

Kenapa Timun? Rendah kalori kandungan fiber dan air yang tinggi, timun juga adalah kaya dengan potassium yang membantu mengurangkan tekanan darah. Ia juga mengandungi polifenol yang dipanggil lignans, yang boleh mengurangkan risiko kanser tertentu. Bonue: Ia kaya dengan vitamin K yang penting untuk kesihatan tulang.

Mengapa Oren? Para penyelidik telah melaporkan bahawa buah ceria ini mempunyai antioksidan yang dipanggil hesperidin, yang meningkatkan fungsi saluran darah dan membantu menurunkan risiko penyakit jantung seseorang. Hesperidin adalah sebatian yang berasaskan tumbuhan yang dipanggil falvonoid, yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan sel-sel yang halus yang mengalirkan saluran darah.

Kenapa Lobak Merah? Lobak merak adalah sumber yang sangat baik untuk antioxidant alpha dan beta karoten, yang diprocess oleh tubuh badan ke retinol (vitamin A), yang baik untuk kulit, paru-paru, sistem kekebalan tubuh dan kesihatan jantung. Ia juda mengandungi
antioksidan lutein, yang penting untuk kesihatan mata.

Kenapa Epal? Kajian telah menunjukkan bahawa memakan epal setiap hari dapat membantu menurunkan kolesterol jahat yang disebut LDL dalam tubuh badan dan dua penanda lain yang berkaitan dengan plak dan peradang di dinding arteri. Ia seolah-olah epal hidup sehingga pepatah lama membantu untuk menghindari daripada doktor apabila dimakan setiap hari. Jadi, dengarlah suar hatimu dan dapatkan Heartbeat hari ini untuk menjadi lebih kuat dan sihat!
** Ia tidak boleh digabungkan dengan diskaun / penawaan / baucar yang lain
** Minuman bermusim in hanya boleh diperolehi sehingga 31 Oktober 2017.
** Sementara stok masih ada
** Juice Works Malaysia mempunyai kata putus terakhir mengenai promosi ini.

MENGENAI JUICE WORKS Malaysia

Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelangang setia untuk kraf yang mengunnakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kisok tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.

Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.

Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 29 lokasi di seluruh negara dengan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.

Tahun 70-an Version

by on September 14, 2017


Tahun 70-an Version | Aplikasi facebook ni macam-macam hal betul, tengok nieyl terjebak juga kononnya nak tengok rupa kalau di tahun 70-an kononnya la..sekali test main-main eh..eh..dah macam rupa mak si sabariah pulak dah..hihihi...Dengan spek matanya,lucu pula tengok..apa-apa pun ini suka-suka je tau...tahun 70-an i tak lahir lagi..hihihihi