13 September, 2017

Ya Allah...Mak Jatuh..

by on September 13, 2017
Ya Allah...Mak Jatuh.. | Malam tadi terkejut dapat whatsapp dari adik ipar yang kata mak mertua jatuh dekat dapur sebab tikar licin. Ya Allah berderau rasa hati ni, cepat-cepat nieyl whatsapp tanya keadaan mak. Lega bila nak reply mak kata tak ada apa-apa,jatuh sikit je. Nak kena bakar tikar tu, buat mak kita jatuh..hihihi..

Semoga Allah sentiasa melindungi,merahmati mak mertua nieyl dan berikan dia kesihatan yang baik dan umur yang panjang..Amin...


Petua : Kulit bahagian leher kering

by on September 13, 2017
Petua : Kulit bahagian leher kering | Khas untuk kaum wanita ni tau, terutama mereka yang berhijab seperti nieyl ni. Wanita dengan kecantikan tidak boleh terpisah, tapi jangan sesekali kita wanita abaikan kebersihatan dan kecantikan kulit di bahagian-bahagian yang terlindung seperti bahagian leher dan belakang badan. So, kita tak nak nanti orang kata muka cantik tapi kulit leher kusam kering,takmo..takmo ok..


Bahan :

1 Biji Limau nipis (perah jusnya)
1 sudu garam
Kapas
Air hangat

Caranya

Campurkan jus limau nipis dengan garam, ambil kapas celup dalam jus bersama garam dan gosok di bahagian leher yang kering tu,biarkan dalam 15-20 minit dan bilas dengan air hangat sehingga bersih.


Selamat Mencuba!

Breakfast pasta

by on September 13, 2017
Breakfast pasta | Siapa suka makan pasta?kita geng!  semua jenis pasta nieyl telan batu dengan kayu je belum makan lagi..hahaha..sekarang ni kalau pergi mana-mana cafe dah tak macam dulu-dulu dah. kalau dulu,sarapan pagi je kita dah boleh tahu apa menu yang akan di jual, nasi lemak wajib, bihun goreng, mee goreng, kueh tiew, meggi. Tapi sekarang ni pagi-pagi dah ada pelbagai pasta untuk sarapan pagi.Ada roti bakar, cuma belum ada lagi orang jual susu + bijirin-bijiran sihat tu je..hihihi..

Nieyl kalau tak sempat bawa sarapan pagi dari rumah, sampai office singgah cafe sekejap untuk beli pasta. Oh ya..harga pasta macam gambar bawah ni rm4..(penuh² nieyl ambil) hihihi..


06 September, 2017

Perpisahan again

by on September 06, 2017
Perpisahan again | Dari unit yang besar, saban tahun pasti ada yang meninggalkan jabatan setelah sekian lama berkhidmat. Dari pada 7 orang, kini hanya tinggal 3 orang sahaja. Kali ni kakak nieyl sorang ni sambung buat study LHP,Alhamdulillah..rezeki berkat usahanya.

Seperti biasalah, setiap kali perpisahan akan buat small reunion makan-makan di luar bersama kakak-kakak yang dah keluar dari jabatan. Alhamdulillah, semuanya memberikan kerjasama yang baik dan sangat mudah, sporting..walaupun dah bertahun-tahun tidak bekerja satu bumbung pertalian ukhwah itu terus terjalin ibarat family..



Hadiah untuk kak lin kali ni, kitaorang share belikan telekung siti khatijah dan juga ceramic tiles untuk kenangan..Tinggal 3 orang sahaja lagi meniti waktu, untuk berpisahh juga..sedihnyaaa...

05 September, 2017

30 August, 2017

Koleksi Keychain Pemberi Orang

by on August 30, 2017
Koleksi Keychain Pemberi Orang | Sebelum-sebelum ni nieyl pernah share dengan korang kan hobi kami suami isteri mengumpul FM. Nieyl pula ada hobi baru iaitu kumpul kaychain dari Oversea dan dalam negara kebanyakkannya memang pemberi kenalan nieyl. Jarang nieyl beli keychain untuk koleksi. Yang paling latest adalah Legoland,comel je dia dekat situ kan..


29 August, 2017

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai

by on August 29, 2017
Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai | Mak nieyl beli petang RM10,jadi pagi sabtu hari tu nieyl macam tak ada kerja nak buat sangat dekat rumah tu, nieyl pun terfikir petai ni nak masak apa, sebab dah boring masak letak bubuh petai ni, dapat idea buat sambal ikan bilis tempoyak. Dulu mak nieyl memang rajin masak, so kali ni nieyl pula nak try masak sendiri tanpa bantuan mak..hihihi..boleh ke idak ya?


Bahan-bahan
  • Bawang besar (kalau korang nak guna bawang rose merah pun boleh ya)
  • Cili Api (kalau nak pedas,letaklah lebih sikit)
  • Kunyit 2 inci
  • Serai
  • Tempoyak
  • Ikan bilis
  • Petai
  • Daun kunyit
  • Gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan bawang + Cili Api + Kunyit nieyl tumbuk je lebih sedap, kalau di kisar hancur dan berair tapi kalau kisar kering ok je.. Serai tu di titik je.


Minyak untuk menumis tu jangan banyak sangat ya..dalam 2 sudu cukup...


Masukkan serai yang dah di titik 


Masukkan tempoyak, ok tempoyak ni ikut pada korang nak letak banyak mana okay


Masukkan ikan bilis, ada sesetengah orang ikan bilis digoreng dulu tapi nieyl lebih suka mentah macam ni di masukkan dalam bahan-bahan yang di tumis tadi.


Masukkan petai, petai pun kalau korang tak nak belah dua pun tak apa..
nak letak sebiji-sebiji pun okay


Bila dah masak rata tu, letak garam dan gula secukup rasa.


last sekali jangan pula letak daun kunyit yang dah di hiris halus.
Ada sesetengah orang dia letak air,kalau nak nampak basah dan boleh jua letak daun kesum kalau nak..Tapi versi nie mcnie pun dah sedap dah..hihihi

Wah!simple je kan nak masak sambal tempoyak ikan bilis petai, so korang kalau rajin ada tempoyak dekat rumah tu boleh la try masak lepas tu makan dengan nasi panas-panas, confirm 2 kali tambah nasi nanti tau..hihihi... Selamat mencubaaa..

Birthday Party Tsaqif & Qisya

by on August 29, 2017

Birthday Party Tsaqif & Qisya | Ahad baru ni memenuhi jemputan birthday party anak-anak angkat nieyl. Tsaqif dan Qisya nieyl pernah story juga pasal dieorang dalam blog ni. Rasa macam baru semalam je tsaqif dengan qisya lahir rupanya seorang dah 3 tahun dan seorang lagi dah 1 tahun usianya. Tahun ni mummy dan ayah Tsaqif Qisya pilih buat birthday party di Mcdonald Presint 2 Putrajaya. 








Mummy dan ayah Tsaqif & Qisya

Sebelum potong kek, princess mama tidur dulu yaaa..

Anak mama sorang ni,manja sangat..kuat merajuk ni..

Mama doakan semoga Tsaqif dan Qisya menjadi anak yang soleh dan solehah didunia dan akhirat. Bila dah besar nanti belajar rajin-rajin hingga ke menara gading dan jangan lupa berbakti pada mummy dan ayah okay...mama love u syg..

25 August, 2017

Lazada Merdeka Blogger Contest

by on August 25, 2017

Lazada Merdeka Blogger Contest | Yeay..sempena bulan kemerdekaan ini Lazada menganjurkan satu peraduan untuk blogger Merdeka!Merdeka!Sale. Lazada merupakan salah satu website shopping online yang menjadi pilihan utama di Malaysia. Kalau kita buka website lazada pelbagai barangan di jual, pelbagai jenama di jual dengan harga yang murah dan sentiasa memberi potongan harga yang best untuk pelanggannya.

Sempena meraikan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-60 Lazada kini menawarkan diskaun sehingga 80% untuk kesemua barangan yang ada promosi.Wah!teruja kan..apa lagi jangan lupa terjah website Lazada ya..

Contest untuk blogger ini sedang berlangsung bermula 21 Ogos sehingga 31 Ogos 2017. Hadiah yang di tawarkan pun manarik..jom join ramai-ramai..


Prizes
1st Prize: 1 x RM600
2nd Prize: 2 x RM300
3rd Prize: 3 x RM200

A. Apa yang anda suka menjadi rakyat Malaysia/What do you love about being Malaysian?

Dilahirkan sebagai rakyat Malaysia adalah sangat bersyukur ini kerana Malaysia merupakan negara yang bebas dari jajahan dan negara yang aman. Selain itu Malaysia mempunyai pelbagai bangsa, perayaan dan kepercayaan agama namun masih lagi bersatu dalam membentuk negara menjadi negara yang aman dan merdeka. 


B. Pilih Jenama Tempatan Kegemaran Anda/Choose your favorite local brand ?

Jenama tempatan yang masih setia di guna ialah Pensonic. Pensonic Group ditubuhkan pada tahun 1965 sebagai Keat Radio dan Electrical Co di Balik Pulau, Pulau Pinang. Dari asalnya yang sebagai peruncit kecil dan bengkel untuk peralatan rumah elektrik, Keat Radio dan Electrical Co berkembang di bawah pimpinan pengasasnya, Dato 'Seri Chew Weng Khak.

Pada tahun 1974, cawangan pertama ditubuhkan dan dua tahun kemudian, ia menceburkan diri ke dalam import, eksport dan pengedaran peralatan rumah elektrik. Keat Radio Co. Sdn. Bhd. Telah diperbadankan menjadi sebuah syarikat berhad swasta pada tahun 1977. Akhirnya pada tahun 1982, Pensonic Sales and Service Sdn. Bhd. Telah wujud dengan beberapa cawangan di seluruh Malaysia.

Pada tahun 1982, Kumpulan Pensonic mula mengimport dan memasang kumpulan audio dan visual pertama di bawah jenama Pensonic. Pensonic didaftarkan sebagai tanda dagangan di Malaysia pada tahun 1984 dan kini telah didaftarkan di lebih daripada 20 buah negara, dengan itu meletakkan asas untuk pengembangan global. Pada tahun 1988, Kumpulan Pensonic memulakan pembuatan dan pemasaran Peralatan Elektrik di bawah jenama Pensonic. Setakat ini, jenama yang dimiliki dan ditanam di Malaysia ini memasuki sejarah sebagai peralatan rumah elektrik pertama di negara ini "Made in Malaysia"





C. Pilih 2 produk daripada jenama yang disukai/Select two product from that brand that you love.



Pensonic Chef 's Like Air Fryer PDF-2201

Sangat sesuai untuk kaum wanita yang bekerja yang kekangan masa untuk menyediakan makanan untuk keluarga dan anak-anak. Dengan memiliki aspek-aspek keselamatan, anak-anak juga boleh menyediakan makanan yang sihat sendiri tanpa perlu bimbang. Apa yang penting adalah penjimatan yang berlipat kali ganda dan mampu menjaga kesihatan seisi keluarga.





Pensonic PB5001 Food Processor


Pelbagai fungsi yang boleh di lakukan seperti pengisar, pengisar, pencincang dan pemproses makanan. Bilah keluli tahan karatnya memotong makanan dengan  tajam dan tepat pada tekstur yang kita inginkan. Dapat menyediakan  makanan yang besar dan enak untuk seluruh keluarga.

Wish me luck!

Blogger Salwa Saleh Datang Office

by on August 25, 2017
Blogger Salwa Saleh Datang Office | Last week nieyl pergi ke seminar keusahawanan ict dan kesihatan wanita. Antara salah seorang penceramah dalam seminar tu adalah Puan Salwa Saleh, seorang blogger dan usahawan digital trainer. Mungkin ada yang pernah kenal atau follow blog beliau,kepada yang mungkin belum kenal korang boleh follow dan baca tips dan info dalam blog beliau salwasaleh.com . 


Sepanjang slot Puan Salwa Saleh ni memang orang kata kita takkan sempat nak tertidur atau mengantuk sebab penyampaian dia sangat best, intipati yang disampaikan memang membuka mata dan minda kita bagaimana hendak menjadi usahawan wanita yang berjaya. Banyak contoh-contoh marketing yang mungkin kita tak nampak dalam sesebuah produk atau jenama.


Seminar ini khas untuk kaum wanita, jadi satu dewan ni memang full house,sampai tak cukup tempat duduk. Selain diberi pencerahan tentang marketing menjadi usahawan, slot kedua pula tentang kesihatan wanita.Dari datang haid sehinggalah menopause,dan di tunjukkan juga penyakit-penyakit yang sering di hadapi oleh kaum wanita termasuk kanser ovari,kanser sivik dan sebagainya. Yang paling nieyl tak mampu tengok,bila doktor penceramah menunjukkan video-video ketika membuat pelbagai pembedahan, memang menakutkan..so,sepanjang tayangan nieyl memang tak mampu angkat kepala..Nieyl just dengar sahaja apa yang doktor sampai kan.


Slot yang terakhir adalah demo memasak pizza,ha..ini antara yang di tunggukan. Sesi memasak pizza, sebenarnya kita nampak je pizza tu macam susah je nak buat,tapi bila dah tahu cara-caranya korang mesti excited juga nak buat sendiri dekat rumah. Even nieyl sendiri pun tak sabar nak tunggu gaji..hahaha..nak buat pizza sendiri.


Kalau tengok bahan-bahan dia tak susah mana pun cuma mahal sikit la, mcam prego sos, cheeses dan bahan-bahan yang nak di hiaskan dia atas pizza tu.. Bila tengok gambar-gambar pizza yang dieorang buat rasa tertelan air liur tu...hihihi..nanti kalau nieyl dah berjaya buat,nieyl share dengan korang pula ya..


24 August, 2017

Jom Follow Sosial Media Nieyl

by on August 24, 2017







Like Page | SEINDAHCERITA  


Add Friend | Nieyla Nadia


Instagram Follow on Instagram

23 August, 2017

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

by on August 23, 2017
Assalamualaikum
Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017

JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.