29 August, 2017

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai | Mak nieyl beli petang RM10,jadi pagi sabtu hari tu nieyl macam tak ada kerja nak buat sangat dekat rumah tu, nieyl pun terfikir petai ni nak masak apa, sebab dah boring masak letak bubuh petai ni, dapat idea buat sambal ikan bilis tempoyak. Dulu mak nieyl memang rajin masak, so kali ni nieyl pula nak try masak sendiri tanpa bantuan mak..hihihi..boleh ke idak ya?


Bahan-bahan
  • Bawang besar (kalau korang nak guna bawang rose merah pun boleh ya)
  • Cili Api (kalau nak pedas,letaklah lebih sikit)
  • Kunyit 2 inci
  • Serai
  • Tempoyak
  • Ikan bilis
  • Petai
  • Daun kunyit
  • Gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan bawang + Cili Api + Kunyit nieyl tumbuk je lebih sedap, kalau di kisar hancur dan berair tapi kalau kisar kering ok je.. Serai tu di titik je.


Minyak untuk menumis tu jangan banyak sangat ya..dalam 2 sudu cukup...


Masukkan serai yang dah di titik 


Masukkan tempoyak, ok tempoyak ni ikut pada korang nak letak banyak mana okay


Masukkan ikan bilis, ada sesetengah orang ikan bilis digoreng dulu tapi nieyl lebih suka mentah macam ni di masukkan dalam bahan-bahan yang di tumis tadi.


Masukkan petai, petai pun kalau korang tak nak belah dua pun tak apa..
nak letak sebiji-sebiji pun okay


Bila dah masak rata tu, letak garam dan gula secukup rasa.


last sekali jangan pula letak daun kunyit yang dah di hiris halus.
Ada sesetengah orang dia letak air,kalau nak nampak basah dan boleh jua letak daun kesum kalau nak..Tapi versi nie mcnie pun dah sedap dah..hihihi

Wah!simple je kan nak masak sambal tempoyak ikan bilis petai, so korang kalau rajin ada tempoyak dekat rumah tu boleh la try masak lepas tu makan dengan nasi panas-panas, confirm 2 kali tambah nasi nanti tau..hihihi... Selamat mencubaaa..

7 comments:

  1. Fuh tentu menambah selera bertambah2 nasi.

    ReplyDelete
  2. Version akak goreng garing ikan bilis tu dulu...lain bahan semua sama..lain tempat lain cara kan...tp ini la menu terbaik...

    ReplyDelete
  3. sedapnya kakkk.. tp busyra tak mkn tempoyak.. hehe.

    ReplyDelete
  4. Tengok pun dah meleleh air liur. Nti nak try resipi ni tp x buh petai debab sy x suka petai

    ReplyDelete
  5. Seriously kecur ailio tengok sambal tempoyak Nieyl..
    Terasa pedas tetiba, hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)