21 August, 2017

Ayam Goreng Pandan

Ayam Goreng Pandan | Selamat pagi semua, selamat bekerja di hari isnin dan mulakan pagi ini dengan senyuman yang ikhlas. Pagi nie nieyl nak share salah satu masakan yang nieyl sempat masak weekend lepas. Sebenarnya banyak lagi menu-menu lain yang nieyl masak cuma semuanya nieyl dah pernah share dalam blog ni. 

Niat di hati dah lama sebenarnya nak try buat ayam goreng pandan ni, cuma semangat tu baru ada weekend hari tu. Resepi pada asalnya nieyl tengok bahan-bahan dalam google, tapi bahan yg di gunakan ada yang nieyl tak ada di rumah so, nieyl pun masak ikut apa yang nieyl tahu dan guna semua bahan yang ada di dapur. 


Bahan-bahan
  • Isi ayam
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 sudu besar madu
  • Garam atau secukup rasa
Nieyl perapkan isi ayam bersama bahan-bahan yang nieyl tulis dekat atas tu, dalam simpan dalam peti sejuk sekejap. Sambil tu nieyl pergi ambil daun pandan dekat tepi rumah. Ok kalau boleh cari daun pandan yang lebar sikit lah supaya boleh letak isi ayam besar sikit. So, macam nieyl ni daun pandan tak berapa nak lebar sangat, so tak boleh nak letak isi ayam yang besar-besar. 



Ok, ini selepas semua isi ayam dah di masukkan dalam karung daun pandan. Nieyl tak buat banyak time ni sebab first time nak buat kan, so nak cuba sahaja lah..Kalau sedap boleh la buat lagi lain kali. Dan nieyl nak pesan kalau korang goreng nanti api dapur tu yang besar sangat, kira sederhana macam tu,supaya ayam kita tak masak dengan hangus dan keras. Time goreng tu nanti, satu rumah korang akan bau daun pandan,sampaikan orang yang dekat luar rumah pun akan tertanya-tanya apa yang wangi sangat tu..hihihih...


Tadaa..inilah dia ayam goreng pandan yang dah siap di goreng dan boleh di makan bersama. Lupa nak cakap bahan perapan tu terpulang pada korang nak letak apa ya,dia tak kisah pun tapi ada juga orang letak perisa pandan juga dalam perapan tu. Mungkin nak bagi ayam tu rasa pandan.Oklah selamat mencuba..♥


5 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)