02 August, 2017

Campur-Campur Kitchen Cyberjaya

Campur-Campur Kitchen Cyberjaya | Last week nieyl keluar lunch dengan faz and kak mona. Actually, tak plan pun nak makan apa sebenarnya. Si kak mona nak makan domino tapi dekat D'pulze tak ada domino last-last stop dekat depan kedai campur-campur kitchen ni so masuklah try nampak menu-menu macam menarik. 

Ok, campur-campur kitchen ni makanan dia berasal dari 3 buah negara yang berlainan iaitu Indonesia, Chinese dan Thailand. So,kalau dah jemu nak makan nasi campur hari-hari tu boleh try makanan dekat sini okay.


Sementara menunggu pesanan nieyl sampai, restoran ini ada sediakan salad free untuk pelanggan yang makan dekat sini. Yang ini semuanya self service ya, so kalau korang yang suka makan salad boleh lah makan banyak. Macam nieyl hari tu ambil sikit je sebab lepas tu nak makan nasi takut nanti kenyang pula.Tapi salad dia sangat segar tau..sedap sangat jangan lupa campur dengan sos dan mayonis sekali.


Untuk kali yang pertama jejakkan kaki di restoran ni, nieyl try order nasi ayam penyet. Meriah sangat kalau tengok dekat dalam gambar yang nieyl share ni. Ada telur, sambal merah, ayam masak sos, ayam penyet,sambal belacan,ulam dan nasi semangkuk. Harga RM14.90


Kononnya nak try la Tea in  Hong Kong, ha...memang King Kong dapatnya. Sekali dia beli air dalam bekas cup yang besar, yang boleh minum 2 3 orang tau. Dah tentu ar nieyl takkan mampu habiskan seorang diri,kena bawa balik minum di hari weekend..hahaha.. Harga RM 4.90, So total makan lunch RM19.80 ini kalau hari gaji boleh la..hihihi..lepas hari gaji,coutinue bawa bekal ya...hihihi



Campur Campur Kitchen Lot UG 18, 
Upper Ground Floor,
DPulze Shopping Centre, 
Persiaran Multimedia,63000 Cyberjaya

2 comments:

  1. ingat makan campur2 rupanya kedai tu nama campur2 hehe..
    salam singgah

    ReplyDelete
  2. Pergh! siap ada salad percuma pula...best lah!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)