25 August, 2017

Blogger Salwa Saleh Datang Office

Blogger Salwa Saleh Datang Office | Last week nieyl pergi ke seminar keusahawanan ict dan kesihatan wanita. Antara salah seorang penceramah dalam seminar tu adalah Puan Salwa Saleh, seorang blogger dan usahawan digital trainer. Mungkin ada yang pernah kenal atau follow blog beliau,kepada yang mungkin belum kenal korang boleh follow dan baca tips dan info dalam blog beliau salwasaleh.com . 


Sepanjang slot Puan Salwa Saleh ni memang orang kata kita takkan sempat nak tertidur atau mengantuk sebab penyampaian dia sangat best, intipati yang disampaikan memang membuka mata dan minda kita bagaimana hendak menjadi usahawan wanita yang berjaya. Banyak contoh-contoh marketing yang mungkin kita tak nampak dalam sesebuah produk atau jenama.


Seminar ini khas untuk kaum wanita, jadi satu dewan ni memang full house,sampai tak cukup tempat duduk. Selain diberi pencerahan tentang marketing menjadi usahawan, slot kedua pula tentang kesihatan wanita.Dari datang haid sehinggalah menopause,dan di tunjukkan juga penyakit-penyakit yang sering di hadapi oleh kaum wanita termasuk kanser ovari,kanser sivik dan sebagainya. Yang paling nieyl tak mampu tengok,bila doktor penceramah menunjukkan video-video ketika membuat pelbagai pembedahan, memang menakutkan..so,sepanjang tayangan nieyl memang tak mampu angkat kepala..Nieyl just dengar sahaja apa yang doktor sampai kan.


Slot yang terakhir adalah demo memasak pizza,ha..ini antara yang di tunggukan. Sesi memasak pizza, sebenarnya kita nampak je pizza tu macam susah je nak buat,tapi bila dah tahu cara-caranya korang mesti excited juga nak buat sendiri dekat rumah. Even nieyl sendiri pun tak sabar nak tunggu gaji..hahaha..nak buat pizza sendiri.


Kalau tengok bahan-bahan dia tak susah mana pun cuma mahal sikit la, mcam prego sos, cheeses dan bahan-bahan yang nak di hiaskan dia atas pizza tu.. Bila tengok gambar-gambar pizza yang dieorang buat rasa tertelan air liur tu...hihihi..nanti kalau nieyl dah berjaya buat,nieyl share dengan korang pula ya..


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)