22 August, 2017

Syampu Hijab Dari Natural Elixirs

Syampu Hijab Dari Natural Elixirs | Hai korang semua,tengah buat apa tu?nieyl nak tanya sebilangan besar follower blog nieyl ni berhijab kan. Korang ada masalah rambut tak bila berhijab? contohnya rambut berminyak, kulit kepala gatal, berkelemumur dan gugur..Nieyl rasa rata-rata mesti ada satu ataupun dua masalah yang nieyl sebut tadi. Sebabnya nieyl sendiri pun jujur cakap memang ada masalah rambut gugur dan kelemumur.


So, bila berpeluang mencuba shampoo hijab dari Natural Elixirs ni agak teruja sebenarnya sebab sebelum ni dah pun pernah try brand lain yang khas untuk berhijab tapi masih tidak berkesan. Jadi tanpa tunggu lama, nieyl pun try shampu hijab dari Natural Elixirs selama 4 hari berturut-turut untuk melihat sendiri hasilnya. 

Selalu kalau syampu, dia berwarna kan tapi syampu dari Natural Elixirs ini tiada sebarang warna dan sangat organik dan berbau wangi. Wangian dia pula sangat nyaman sangat berbeza dengan syampu yang berada dipasaran sekarang. So, korang kena try..

Syampu hijab ini mengandungi bahan-bahan organik yang terbaik, Nettle Oil,Chamomile Extract dan Oit Tea Tree untuk menguatkan, melindungi dan mencegah kerosakan rambut dan keguguran. Rambut memerlukan pendedahan udara yang cukup dan sinaran matahari supaya ianya sihat dan kuat. Bagi mereka yang bekerja seperti nieyl yang akan sentiasa berhijab selama 8 jam, selama itulah rambut dan kulit kepala tidak bernafas dan akan membawa kepada sebum yang berlebihan dari peluh. Mengakibatkan kulit kepala tidak sihat, kelemumur dan keguguran rambut yang berterusan.


Uniknya Syampu Hijab natural Elixirs
  • Membersihkan dan melembapkan rambut dan kulit kepala
  • Mengatur pengelupasan kulit kepala semula jadi dan menyegarkan semula
  • Mengimbangi pengeluaran sebum dan mengurangkan minyak yang berlebihan
  • Antioksidan melindungi rambut dari kerosakan dan penuaan pramatang
  • Meningkatkan dan memulihkan akar rambut untuk rambut yang berkilat dan sihat
  • Menghalang rambut gugur dan menghilangkan kelemumur.

Sebagai pengguna baru, syampu hijab ini sangat berkesan terhadap masalah yang nieyl hadapi,setelah beberapa hari mencuba,Alhamdulillah..kini masalah keguguran rambut dan kelemumur dah berkurangan dan harap akan terus hilang dan terus sihat dari akar rambut.


Facebook Natural Elixirs Sdn Bhd
  http://www.facebook.com/natural.elixirssdnbhd

Twitter Natural Elixirs Sdn Bhd
  https://twitter.com/NaturalElixirs


Pinterest 
Natural Elixirs Sdn Bhd

Instagram 
Natural Elixirs Sdn Bhd naturalelixirssdn

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)