Showing posts with label Deretan Bunga Sakura Sepanjang Jalan Di UMS Jadi Tumpuan. Show all posts
Showing posts with label Deretan Bunga Sakura Sepanjang Jalan Di UMS Jadi Tumpuan. Show all posts

21 April, 2016

Bunga Sakura Sepanjang Jalan Di UMS Jadi Tumpuan

by on April 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Wah..cantiknya bertaburan bunga sakura..
macam kat overseaaaa..hihihi..

  Deretan bunga sakura yang tumbuh lebat di beberapa laluan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menarik perhatian ramai. Musim panas yang melanda negara menggalakkan lagi proses pendebungaan Sakura. 

Kawasan UMS ketika ini kelihatan seperti berada di negara yang mempunyai empat musim. Sakura atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea (Tabebuia Pentaphylla) boleh dilihat tumbuh dengan subur di universiti awam berkenaan selain beberapa lokasi sekitar bandar raya ini. 

 Pengarah Pusat Pengurusan Eko Campus UMS Profesor Madya Dr Justin Sentian berkata, kehadiran landskap unik itu menjadikan kawasan universiti bertukar wajah seakan musim bunga sakura di Jepun. Ini bukanlah kali pertama bunga Sakura tumbuh lebat di UMS kerana ia juga pernah berlaku pada tahun lalu ketika musim panas.

sumber : hmetro

     Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png