20 November, 2025

Yeay..dapat Free Gift Lagi

 

Yeay..dapat Free Gift Lagi | Semalam selepas selesai perhimpunan, emcee maklumkan ada sediakan makan dan minum pagi di lobi. Mula-mula tak nak pergi sebab masa pendaftaran perhimpunan tu urusetia ada sediakan roti dan air mineral. Tapi bila geng-geng ni nak turun, nieyl heret kaki jugalah turun join dioerang sekejap. 

Dalam gambar ni geng makan-makan yang asli cuma ada 4 org dan yang lain-lain ni ahli baru geng makan tingkat 6 hehehe.. Semalam ingatkan breakfast je tau rupanya ada lunch dan minum petang juga. Vibe-vibe orang kahwin pula sebab makan bawah khemah dan buffet. Kitaorang cakap majlis kahwin wanie tapi bakal suami tak tahu bila nak muncul hehehe.. kita doakan ya semoga wanie ditemukan jodoh yang baik2..
Masa buat pendaftaran ingatkan tak dapat apa-apa, rupanya ada free gift lah..dapat NFC touch n Go.. Sorang satu, walaupun dah ada tak apalah standby untuk kereta baru eh..insyaÁllah...doakan..semoga makbul...



1 comment:

  1. Alhamdulillah, rezeki.. moga dimakbulkan apa yang diimpikan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)