18 November, 2025

Tiada Perkara Yang Mudah Tanpa Usaha

Tiada Perkara Yang Mudah Tanpa Usaha | Kita selalu dengar orang cakap, “Ala… senang je buat benda tu.” Tapi hakikatnya, tidak ada perkara yang benar-benar mudah tanpa usaha. Apa sahaja yang kelihatan senang, cepat, atau “mudah” di mata kita, sebenarnya datang daripada proses panjang yang mungkin kita sendiri tak nampak.

Kadang-kadang kita cepat rasa putus asa bila tak berjaya pada cubaan pertama. Sedangkan kegagalan kecil itu memang normal,malah perlu kerana ia mendidik kita supaya lebih cekal. Halangan bukan isyarat untuk berhenti, tapi tanda bahawa kita sedang bergerak.

Jika sesuatu perkara kita rasa susah , itu bukan bermakna kita tidak mampu, mungkin kita cuma belum berusaha dengan cukup.

Bila kita berjaya capai sesuatu hasil melalui usaha sendiri, rasa puas itu sangat berbeza. Kita tahu kita layak, bukan sebab nasib atau bantuan semata-mata, tapi kerana kita sendiri berusaha. Kepuasan itu membina keyakinan dan membuka ruang untuk kejayaan yang lebih besar.

Kesimpulannya tiada perkara yang benar-benar mudah tanpa usaha. Apa sahaja impian besar atau kecil semua itu boleh menjadi  kenyataan kalau kita sanggup melaburkan masa, tenaga dan kesabaran. Jangan bandingkan perjalanan kita dengan orang lain. Bandingkan diri kita hari ini dengan diri kita semalam okay.


 

3 comments:

  1. Betul. Saya setuju. Tiada benda mudah kat dunia ni. Semua perlukan usaha kalau nak berjaya. Saya pon tengah berusaha nak naikkan kedai. Susah jugak rupanya bukak kedai. Jadi salah satu usaha saya tu nak buat giveaway biar orang aware website dan kedai saya. Kalau sudi join lah ye :)

    https://www.littlemilyyshop.com/2025/11/giveaway-kembali-aktif-little-milyy.html

    ReplyDelete
  2. yess...takde perkara yang mudah... linda selalu trigger kalau orang cakap "akak takpelah, anak2 dah besar"... yes, anak aku memang lahir2 terus besar.. hahaha... nasib la ye.. hakak kalau dah annoying sangat, memang akan jawab kasar...

    ReplyDelete
  3. betul sgt..bila nak something kena la usaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)