Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts

30 July, 2026

Kuat Itu Tetap Senyum

by on July 30, 2026

Assalamualaikum & Selamat Pagi 🌤️
Hari khamis dah hari ini. 
Penat tu biasa. Tapi jangan lupa senyum ya 😊
Sebab kita tak tahu senyuman kita hari ni 
mungkin boleh jadi penawar untuk hati orang lain.
Jaga diri baik2. Makan cukup, rehat cukup. 
Semoga Allah permudahkan setiap urusan kita hari ni. Aamiin 🤲

Apa 1 perkara baik yang korang nak buat hari ni?
Share kat komen, kita sama2 semangat 💪

28 November, 2025

Tidak Minta Jadi Kaya

by on November 28, 2025


sumber dari denniszil.com

Assalamualaikum..
Salam Jumaat...

Semakin matang, kita sedar kita tidak perlu kaya raya.
Kita hanya mahu rezeki yang mengalir, walau sedikit tapi cukup untuk menenangkan hati.

Kerana rezeki bukan pada jumlah, tetapi pada rasa syukur dan ketenangan.
Cukuplah apa yang Allah beri pada waktunya itu sudah membahagiakan.

Happy working!


 

20 November, 2025

Kadang-Kadang Pilihan Terbaik Adalah Menerima

by on November 20, 2025


Kadang-Kadang Pilihan Terbaik Adalah MenerimaDalam hidup ni, kita selalu diajar untuk berusaha lebih, jangan putus asa dan terus kejar apa yang kita mahu. Nasihat dan ajaran itu betul tetapi ada satu perkara yang kita jarang disebut iaitu tidak semua perkara boleh diubah, dan tidak semua perkara perlu dilawan. Kadang-kadang, pilihan yang terbaik yang kita ada adalah… hanyalah menerima.

Menerima Bukan Bererti Mengalah

Ramai je orang salah faham bila dengar perkataan “terima” tu anggap kelemahan atau hilang kekuatan. Sedangkan menerima itu sebenarnya salah satu bentuk keberanian sebab kita memilih untuk berhenti menentang sesuatu yang berada di luar kawalan kita, supaya kita boleh fokus pada apa yang masih boleh diperbaiki, betul tak?

Ada Perkara Yang Kita Tak Mampu Kawal

Dalam hidup ni sebenarnya banyak yang kita boleh rancang tapi bukan semuanya akan berjalan ikut rancangan kita. Ada keputusan orang lain yang kita tak boleh ubah. Ada situasi di mana kita tak boleh dipaksa. Ada hubungan yang tak boleh diselamatkan. Ada peluang yang bukan rezeki kita. Dan di saat-saat sukar itulah, menerima adalah cara untuk melepaskan beban yang kita pikul terlalu lama.

Menerima Membuka Ruang Untuk Tenang

Bila kita memilih untuk berhenti melawan perkara yang mustahil diubah, hati kita jadi lebih ringan dan tenang. Fikiran pun lebih jelas. Kita mula rasa lega kerana kita tak lagi menolak hakikat. Penerimaan bukan akhir segalanya ia permulaan kepada hidup yang lebih damai.

Kadang-kadang pilihan terbaik adalah menerima bukan kerana kita tidak mampu mengubah apa-apa, tetapi kerana kita memilih ketenangan berbanding pertarungan yang tidak perlu.

Menerima bukan bermaksud kita berhenti berharap,menerima bermaksud kita memberi peluang kepada diri sendiri untuk bergerak ke depan dengan hati yang lebih lapang.

18 November, 2025

Tiada Perkara Yang Mudah Tanpa Usaha

by on November 18, 2025

Tiada Perkara Yang Mudah Tanpa Usaha | Kita selalu dengar orang cakap, “Ala… senang je buat benda tu.” Tapi hakikatnya, tidak ada perkara yang benar-benar mudah tanpa usaha. Apa sahaja yang kelihatan senang, cepat, atau “mudah” di mata kita, sebenarnya datang daripada proses panjang yang mungkin kita sendiri tak nampak.

Kadang-kadang kita cepat rasa putus asa bila tak berjaya pada cubaan pertama. Sedangkan kegagalan kecil itu memang normal,malah perlu kerana ia mendidik kita supaya lebih cekal. Halangan bukan isyarat untuk berhenti, tapi tanda bahawa kita sedang bergerak.

Jika sesuatu perkara kita rasa susah , itu bukan bermakna kita tidak mampu, mungkin kita cuma belum berusaha dengan cukup.

Bila kita berjaya capai sesuatu hasil melalui usaha sendiri, rasa puas itu sangat berbeza. Kita tahu kita layak, bukan sebab nasib atau bantuan semata-mata, tapi kerana kita sendiri berusaha. Kepuasan itu membina keyakinan dan membuka ruang untuk kejayaan yang lebih besar.

Kesimpulannya tiada perkara yang benar-benar mudah tanpa usaha. Apa sahaja impian besar atau kecil semua itu boleh menjadi  kenyataan kalau kita sanggup melaburkan masa, tenaga dan kesabaran. Jangan bandingkan perjalanan kita dengan orang lain. Bandingkan diri kita hari ini dengan diri kita semalam okay.


 

13 November, 2025

Smile

by on November 13, 2025

 

Smile atau senyum | Kadang-kadang, satu senyuman kecil pun boleh ubah suasana hari kita. Pagi yang terasa berat tiba-tiba jadi ringan bila seseorang menyapa dengan senyuman. Walaupun ringkas, tapi ada sesuatu pada senyum yang buat hati rasa tenang. Nieyl perasan, bila hari nieyl tak berjalan seperti yang dirancang, mood kita memang akan ke laut kan, tapi bila kita tersenyum sendiri macam isyarat kecil untuk hati, “tak apa, semua ni sementara je, lepas ni akan lebih baik..

Ada hari kita senyum sebab gembira, tapi ada juga hari kita senyum walaupun hati serabut. Dua-dua berharga. Sebab bila kita teruskan senyum walaupun penat, itu tanda kita masih memilih untuk kuat. Dan yang paling indah, bila senyuman kita buat orang lain pun mula senyum balik. Dunia terasa lebih lembut walau sekejap. Jadi petang ni nieyl  pilih untuk senyum. Bukan sebab semuanya sempurna, tapi sebab nieyl nak terus rasa hidup ini masih indah, walau dengan hal-hal kecil yang sederhana.

12 November, 2025

Stay Positive

by on November 12, 2025

 

Assalamualaikum..
Selamat pagi...
Selalu dengar perkataan ni Stay Positive...
nieyl pernah berada dalam situasi yang mana hilang rasa positive dalam fikiran..
ketika itu apa sahaja benda yang positive yang didengar..
bertukar menjadi negative..

Keadaan itu sangat bahaya tau korang..
sebab itu sekarang ni nieyl cakap dengan diri nieyl..
nieyl nak hidup dengan happy..
nieyl nak selalu stay positive...
walaupun susah selagi ada IMAN dalam diri..
INGAT ALLAH..insyaÁllah kita semua boleh..

Happy working semua...

01 August, 2016