Destinasi Bersejarah Kellie's Castle
by
Nieyla Nadia
on
October 01, 2025
Destinasi Bersejarah Kellie's Castle | Kalau kita tanya en. google tempat yang menarik di Perak ataupun Ipoh antara yang popular adalah Kellie's Castle. Yang ini Afika yang request nak ke sini, jadi kami follow je. Kepada yang tidak tahu, Kellie’s Castle dibina pada awal abad ke-20 oleh seorang peladang Scotland bernama William Kellie Smith. Beliau mahu menghadiahkan istana indah ini kepada isterinya, Agnes, dan menjadikannya simbol cinta serta kemewahan. Malangnya, pembinaan istana ini terhenti selepas William meninggal dunia akibat penyakit radang paru-paru di Portugal pada tahun 1926. Sejak itu, Kellie’s Castle terbengkalai dan tidak pernah siap sepenuhnya.
Walaupun tidak siap, bangunan ini cukup memukau dengan gabungan seni bina Moorish, Indo-Saracenic dan Roman. Dari jauh, kita akan nampak menara tinggi serta lorong-lorong misteri yang membuatkan ramai teruja untuk menjelajah. Ada yang kata, lorong rahsia dan terowong bawah tanah di istana ini masih belum habis diterokai.
Masa pergi tu nieyl tak adalah nak masuk semua lorong, sebab masih ada rasa seram-seram juga lagi-lagi ada lorong menuju ke bilik bawah tanah yang menyimpan arah zaman tu. Nieyl masuk kawasan-kawasan yang terang sahaja.
Antara tarikan Kellie's Castle ini adalah port gambar yang Instagrammable. rata-rata pengunjung yang datang situ memang untuk ambil gambar sahaja. Keliling castle ni sangat cantik dengan kehijauan rumput dan pokok-pokok yang sentiasa dijaga.
Kalau korang nak singgah dekat sini pastikan korang datang pagi atau petang sebab kalau pergi tengah hari sungguh panas ya.. Masa nieyl pergi ni pun wow..terasa panas dia ye dan kalau boleh pakai kasut yang lebih sesuai sebab dalam ni banyak anak tangga yang kita kena naik dan camera atau handphone jangan lupa bawa okay boleh berOOTD. Dalam bangunan ni banyak port yang cantik untuk berOOTD.
Bagi nieyl, Kellie’s Castle ni bukan sekadar tempat sejarah, tapi juga lokasi yang buat kita rasa teruja nak tahu lebih banyak cerita di sebaliknya. Kalau korang plan trip ke Ipoh, pastikan masukkan Killie's Castle dalam itinerari okay..