Rezaki Dapat Derma Darah Lagi | Bila kita dapat buat sesuatu perkara yang kita suka, kita akan rasa satu kepuasan dalam diri kita. Sama juga kalau dalam berkongsi rezeki, ada orang dia akan didik diri dia untuk derma setiap hari jumaat ataupun membantu sesiapa sahaja yang dia terjumpa sepanjang perjalanan dia. Jadi, setiap manusia ni akan ada satu perkara yang kita suka ataupun kita didik diri kita sendiri.
Untuk diri nieyl sendiri mungkin tak berapa kemampunan untuk membantu dari segi kewangan,tapi nieyl cari sesuatu benda ataupun perkara yang nieyl boleh lakukan untuk membantu orang lain. Alhamdulillah dah banyak tahun juga nieyl dermakan darah nieyl setiap tahun 3x ke tabung darah negara untuk membantu menyelamatkan nyawa sesiapa sahaja yang memerlukan.
ala..kau derma darah je pun, itupun kau nak bangga bukan derma duit pun
Mungkin pada orang lain, dia mampu untuk buat lebih dari apa yang nieyl buat. Tapi tak apa, ianya bukan untuk kita bangga dengan apa yang kita buat. Kita buat dengan niat, sekurang-kurangnya darah kita ini mampu memberi harapan hidup kepada mereka yang memerlukan. Walaupun, kita tak tahu siapa yang guna darah kita, mungkin sedara mara kita ataupun kawan-kawan kita kan.
Derma darah ni dia ada 3 saringan sebelum kita boleh derma darah. Nieyl pun bukan selalunya bertuah dapat derma darah ni, ada masanya tekanan darah tinggi sikit pun, kita tak boleh nak derma. Kalau kita ada makan ubat pun kita tak boleh derma, tak cukup tidur pun kita tak boleh derma darah jadi, apa-apa pun bergantung pada rezeki juga kalau masa tu tahap kesihatan kita cemerlang, dapatlah derma darah.
Ada sekali tu, nieyl tak dapat derma darah rasanya sangat kecewa tapi nak buat macam mana kesilapan dari diri sendiri juga malam tu nieyl makan shellout terlebih, tekanan darah tinggi.. hehehe, selepas kejadian tu, nieyl sangat berhati-hati kalau tahu nak derma darah, cuma elakkan makan makanan yang boleh naikan tekanan darah.
Kebiasaanya untuk kaunter pertama, kita akan check jenis darah kita. Walaupun kita dah tahu jenis darah kita, tapi kita still kena check juga jenis darah dan kandungan gula dalam darah. Manakala kaunter kedua pula doktor akan interview kita beberapa soalan yang sensitif dan juga ambil tekanan darah kita, dekat kaunter inilah yang akan menentukan kita layak ataupun tak untuk derma darah hari itu. Kaunter ketiga, semakan sekali lagi borang permohonan derma darah dan nurse akan tagging kod untuk siri nombor derma darah kita supaya nanti tabung darah boleh check siapa punya darah jika ada masalah.
Untuk kali ini, nieyl layak derma 450ml darah, ha..nieyl sempat snap gambar darah nieyl yang didermakan. Seramnya tengok darah banyak macam tu kan, nak termuntah pun ada sebabnya nieyl tak boleh tengok darah banyak macam tu, rasa loya..sebab tulah tak layak jadi nurse ke doktor hehehe..
Insya'Allah jika ada rezeki lagi.. bulan 9 nanti nieyl boleh derma sekali lagi kalau kesihatan mengizinkan.. Ha...siapa yang belum ataupun tak pernah derma darah, jomlah beranikan diri untuk derma, untuk kali pertama je rasa macam takut-takut, nanti dah cuba..Insya'Allah jatuh cinta..♥
Alhamdulillah :)
ReplyDeletesama la kita kak nieyl, boleh bantu orang dengan cara ni je. Pekat jugak eh darah kak nieyl
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSumbangan yang sangat mulia
sakit tak?
ReplyDelete