Koleksi Kereta Mcdonalds Menjadi Hobi Suami | Kebiasaannya yang minat kereta mainan ni anak-anak tapi terbalik pula dengan nieyl, suami yang suka kumpul mainan kereta dari Mcdonalds. Kereta sahaja yang dia suka, selain dari itu dia takkan beli. Even masa bulan puasa kebetulan dua minggu tu memang keluar kereta, jadi dia sanggup pergi mcd siang hari untuk dapatkan kereta mainan tu. Mak nieyl pun kadang-kadang tengok menantu dia, gelek kepala je hahaha
Ini antara koleksi kereta mainan dari Mcd yang dia berjaya kumpulkan dari tahun lepas sehingga tahun ni. Semua koleksi ni dia pamerkan atas rak atas Tv je buat sementara waktu ni, sebab plan nak beli almari kaca Ikea untuk letakkan kereta-kereta dia tu. Anak-anak buah nieyl kalau datang ke rumah benda pertama yang dia tengok, tu mainan kereta tu..Nak main boleh, tapi tak boleh bawa keluar dari rumah nieyl hahaha..itu syarat dia sebab husband nieyl ni jenis yang sayang barang yang dia suka. Kalau hilang satu je pun ,dia akan soal siasat nieyl..adeh..sabar je la..Nasib baik belum ada anak lagi, kalau ada anak berebut dengan anak nanti.
Masa snap gambar ni, husband tengah turunkan semua kereta dia nak di lap dan di cuci sebelum di simpan atas rak tu semula. Setiap bulan dia akan tanya, cuba tengok mainan apa akan keluar dekat mcd nanti. Kalau kereta, dia akan spend duit ke situ dulu..Tapi nieyl tak kisah pun, sebab benda ni yang dia suka kan, kalau dia benda lain yang kos lebih tinggi, itu tak bagus..pembaziran pula kan.. Ada anak-anak suka mainan mcd tak?Bolehlah geng dengan husband nieyl ni..
Ini koleksi yang terkini edisi fast & furious. Sukalah dia sebab berjaya dapatkan 4 koleksi. Untuk next kereta tak pasti lagi bila akan ada lagi. So, kita tunggu lah harapnya dapatlah beli almari tu cepat. ♥
Kak ayu memang suka toys mc'd ni..comei2...dr muda kumpul utk adik, pastu utk anak. kadang2 utk sendiri... he he he..tapi x de la kumpul elok2 mcm ni..memang utk main.
ReplyDeletecomel jer. kaella sampai sekarang masih simpan koleksi kereta avenger. banyak susun dalam keta hii
ReplyDeletehai kak nieyl lama x blogwalking sini..adik saya pun minat kumpul kete cmnie
ReplyDelete