03 June, 2020

Pasu Comel Dari Kedai Eco Untuk Deko Rumah

Pasu Comel Dari Kedai Eco Untuk Deko Rumah | Salah satu kedai yang bila masuk kosong, bila keluar berisi, apa lagi kedai eco lah mana lagi kan. Cuma nieyl dah lama tak pergi kedai eco tu sejak PKP bulan 3 tu. Pernah satu hari tu, masa tu nak dekat raya juga lah nieyl terlalu depan kedai eco putrajaya presint 8 tu mak ai..panjangnya orang beratur nak masuk dalam kedai tu..ish..ish..ish.. sabar jelah kan..


Berbalik pada pasu comel ini, beli dah lama dah hari ini baru nak share dalam blog, apa yang terjadi dengan pasu ni sekarang. Dalam satu beg tu ada 3 pcs pasu yang kecil dan comel macam nieyl hahaha, warna hitam, coklat cerah dan putih harga dia RM2.10


Luar rumah tu memang banyak mak nieyl taman pokok gantung-gantung hijau. Jadinya, nieyl pun potong-potong dan tanam semula dalam pasu comel tu untuk diletakkan di bilik mandi, dapur dan juga meja lepak luar rumah. Moga ianya membesar dengan elok dan cantiklah nanti. ♥



7 comments:

  1. sy pon dh lame xmasuk eco.. rindu tp tu la.. nak masuk beratur pjg.. huhhuuuu

    comel sgt pasu tu!

    ReplyDelete
  2. memang comel pasu-pasu tu..pokok tu memang sesuai tanam sebagai hiasan..

    ReplyDelete
  3. wuuu... cantik.. ada juga pokok nie d rumah.. cuma tiada pasunya..

    ReplyDelete
  4. Klo masul kedai eco dr nak beli 1 brg, jadi penuh 1 plastik

    ReplyDelete
  5. comelnya... kami naik... untungnya area rumah ada kedai eco. kami sini takde eco. ada kedai RM2 yang lain

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)