Bekas Sabun Cuci Pinggan Dan Hand Wash Dari Kedai Eco | Orang perempuan tidak kira bekerja ataupun suri rumah mesti suka melihat rumah dalam keadaan yang cantik dan kemas terutamanya bahagian dapur. Nieyl personaly memang bukan jenis orang yang kreatif mendeko rumah ni tapi nieyl suka buat sesuatu untuk nampak cantik dan kemas.
Salah satu yang nieyl buat dekat rumah nieyl tu, tempat sabun cuci pinggan dan tangan. Pada asalnya nieyl hanya guna bekas kecik untuk letak sabun dan botol besar tu letak dekat situ juga supaya senang nak ambil. Itu dahulu punya cerita la, tapi bila dah masuk kedai Eco ni pandang barang itu, terbayang nak deko macam ini la, deko macam itu la. Last-last bila balik rumah kita apply dah tengok cantik ke tidak hasilnya.
Dalam bayangan nieyl, nak cari bekas lapik tu ceramic warna putih dan bekas sponge pun ceramic warna putih, malangnya di kedai eco putrajaya tak ada, jadi untuk sementara itu nieyl guna dulu pelapik makanan yang kecil ni untuk jadi lapik barang-barang cucian nieyl. InsyaÁllah kalau jumpa nanti, nieyl akan update dalam blog sebagai sharing sahaja.
Atas ini antara barang-barang yang nieyl beli di kedai eco untuk nieyl letakkan bahan cucian pinggan dan tangan. Cecair yang dalam botol berwarna hijau tu pencuci pinggan dan yang warna purple tu hand wash. Apa yang menarik pada nieyl, botol kaca tu nampak macam ala-ala hotel gitu kan..Ewah!
Tak sabar rasanya nak ke kedai eco tapi bukan masa terdekat ni la, nanti bila dah reda dan rasa selamat pergi kedai macam tu, baru pergi lah..dah lama tak cuci mata. ♥
ada sdh niat d hati nak masuk eco, tp bila tngk barisan... masyaAllah... tunda niat
ReplyDeletecantiknya niely :)berbaloi sangat kan
ReplyDeleteNampak exclusive kan
ReplyDeletecomelnya..
ReplyDeletelama xg eco.. xsabar nk terjah eco.. nk shopping byk2.. haha