18 June, 2020

Hokkaido Baked Cheese Tart Memikat Selera


Hokkaido Baked Cheese Tart Memikat Selera | Sekarang ini musim durian merata-rata ada tempat yang menjual durian. Jujur cakap untuk musim selepas PKPB ni nieyl masih belum singgah lagi kedai durian dan merasai durian. Walaupun setiap hari balik kerja nampak banyak kereta dekat simpan rumah nieyl berhenti nak beli durian. Wow!sabar betul nieyl ni kan..hahaha tetapi ada satu benda yang nieyl tak boleh sabar oulls...Apakah itu?


Cheese tart flavour Durian D24 dari Hokkaido. Nampak seperti tart biasa-biasa saja kan, cubalah rasa memang AAA. Cerita dia last week ada officer nieyl bagi cheese tart hokkaido satu durian dan original flavour. Tapi disebabkan nieyl memang hantu durian, dah tentu yang durian tu menjadi kegilaan nieyl. So, bila balik tu nieyl share dengan husband sorang half. Masalahnya half tak cukup, sampai whatsapp dengan member, tanya Hokkaido dekat Alamanda masih buka lagi tak,rupanya dah lama tutup. Sedih tak dapat repeat beli. 


Keesokkan harinya, husband ajak pergi IOI Mall Putrajaya untuk survey wood langsir dekat Home Pro. Laju je nieyl minta duit dekat husband, nak beli cheese tart. Excited sangat sebabnya nieyl bukan beli 1 atau 2 cheese tart tau, nieyl terus borong 6 cheese tart flavour durian yeayyyyy... Puasa makan uolls..


Base tart ini pun sedap, walaupun kita simpan frozen dia masih sedap macam dekat kedai. Size tart ni pun besar, isi durian yang dicampur dengan cheese tu pun sedap. Berbaloi beli 5 percuma 1, tapi tak boleh selalu beli, berlubang poket belum gaji lagi..kekeke.. ♥


7 comments:

  1. Waduh sedapnya uittt...belum ada masuk Mall lagi nak beli, dah bukak ek...harus terjah ni gamaknyaaa

    ReplyDelete
  2. Adudu fiza ni tak suka durian tapi suka sangat dengan cheese. Mengidam pulak tengok hokkaido cheese tart ni.

    ReplyDelete
  3. wahhhhh.. sedap ni :)

    Senarai pemenang segmen dah keluar :)

    https://ejulz.blogspot.com/2020/06/pemenang-segmen-ucapan-buat-frontliners.html

    ReplyDelete
  4. Akak pun suka...lama x makan..dulu ada outlet kat NuSentral..selalu beli..ni dah takde rasanya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)