12 June, 2020

Kotak Hiasan Dapur Dari Kedai Daiso

Kotak Hiasan Dapur Dari Kedai Daiso | Kedai-kedai yang sentiasa menjadi pilihan para isteri adalah kedai-kedai murah yang menjual kelengkapan untuk mendeko, ha selalu bila dah dapat masuk boleh habiskan berjam-jam dalam kedai. Sebelum ni nieyl dah share beberapa barang dari kedai Eco Shop, hari ini nieyl nak share satu barang yang nieyl sempat grab dari kedai Daiso. Kalau ada yang tak tahu, Daiso ini adalah kedai serbaneka dari JAPAN. Bukan sahaja di Malaysia sahaja yang ada kedai Daiso ini tau, ada beberapa negara yang kalau korang pergi boleh kunjungi juga seperti Singapore, korea, Australia , Canada dan lain-lain lagi.


Ini barang yang nieyl beli, satu bekas besar dan satu lagi bekas kecil. Yang bekas besar tu husband nieyl guna buat DIY untuk letak koleksi jam tangan dia. Dan yang kecil tu , nieyl letakkan bekas pencungkil gigi dan diletakkan di atas penapis air..


Tadaa..nieyl deko simple -simple je janji nampak kemas dan tersusum, nak cari barang pun senang kan.. ha..kalau ada yang berkenan, boleh jadi idea untuk deko tempat pencungkil gigi tu..boleh la beli di Daiso Okay ♥

5 comments:

  1. Eh eh cantik plak...seram sebenonya nak masuk Daiso, kang bermacam aje di bawa baliknya hahahaha

    ReplyDelete
  2. Kat Tanah Merah ni cuma ada DIY je. Kalau ada Daiso lagi best kan? Nak gak try brg2 dari Jepun..

    ReplyDelete
  3. Mr.DIY, Kaison, Daiso, Eco Shop semua Cik TK takut2 nak masuk.. nanti balik rumah bawak macam2...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)