04 June, 2020

Resepi Sambal Kerang Dengan Kulit Dan Sedap

Resepi Sambal Kerang Dengan Kulit Dan Sedap | Assalamualaikum semua..Ada yang masih wfh lagi ke?nieyl setiap hari kena pergi pejabat, minggu ni agak happy sebab dapat kembali bekerja selepas 5 bulan tak bekerja. Rutin nieyl bila dah bermula kerja setiap hari balik kerja akan memasak untuk makan malam bersama mak dan husband nieyl. Tidak kira pukul berapa pun nieyl sampai rumah, nieyl akan terus menuju ke dapur untuk memasak sepantas yang mungkin. Nampak penat kan, tapi seronok dan rasa puas bila kita berjaya laksanakan tugasan sebagai pekerja, isteri dan anak. 

Ok hari ini nieyl nak share dengan semua cara nieyl masak kerang sambal bersama kulit-kulitnya sekali dan yang paling penting rasa dia sangat sedap dan mudah untuk korang yang first time nak buat ni..


Bahan-bahan
  • Kerang 1kg (dicuci sebersih-bersihnya dan toskan)
  • Cili kisar 
  • Serai (diketuk)
  • Halia (dikisar)
  • bawang putih (dikisar)
  • Bawang merah (dikisar)
  • Sos cili kimballs
  • Gula
  • Garam
Cara-caranya
  1. Tumis bahan yang dikisar dan serai sehingga naik bau
  2. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak
  3. Masukkan sos kimballs, garam dan gula secukupnya
  4. Last sekali masukkan kerang dan sedikit air 
  5. kacau sehingga masak , nak tahu dah masak belum..kalau ada kerang yang terbuka tu dah masak la ya..

Selama mencuba...


5 comments:

  1. satu menu yg baharu sbb biasanya abe kie makan sambal tumis kerang tanpa kulit..

    ReplyDelete
  2. Akak pun suka masak kerng sekali ngan kulitnya kalau buat goreng berlada cuma akak guna cili api..blom pernah masak maam ni lagi .nanti bleh la cuba

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)