01 August, 2019

Boba Pearl Homemade

Boba Pearl Homemade | Bila dapat cuti lama-lama dekat rumah ni, ada sahaja benda yang nak dibuat. Walaupun itu pertama kali nak buat. Selalu sangat tengok instagram, youtube ternampak cara nak buat boba pearl sendiri. Tengok bahan-bahan pun semuanya ada di rumah, tak perlu nak pergi kedai beli. Guna sahaja bahan yang sedia ada di rumah tu.. Jom nieyl share resepi nya.

Bahan-bahanya:
  •  1 cawan tepung ubi 
  •  1/2 cawan air panas (untuk uli doh)
  •  Pewarna hitam (pewarna biru+merah+hijau. Ada dijual pewarna hitam di bakery) 
  • *sukatan agak-agak Secubit garam halus 
  •  4 cawan air 
  •  1 cawan gula perang
*kebetulan dekat rumah nieyl tu tak ada pewarna hitam, jadi guna sahaja pewarna hijau uolls..

Cara-cara buatnya :
  • Tepung ubi dicampur sedikit garam, Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli sampai doh tidak melekat dekat tangan. Masukkan pewarna yang korang suka dan uli lagi.
  • Bentukkan doh bulat-bulat kecil macam pearl. Buat la kecik-kecil baru la comel. Masa bentukkan bulat - bulat tu jangan lupa letakkan dalam pinggann/ mangkuk yang tepung ubi untuk elak doh melekat diantara satu sama lain.
  • Masukkan air , gula perang ke dalam periuk, masak sehingga mendidih dan boleh letak daun pandan juga nak bagi wangi
  • Masukkan doh yang di bulat-bulatkan tadi tu ke dalam air gula yang dimasak tu, gunakan api yang kecil , masak selama 30-45 minit sampai likat air gula tu..
  • Selepas likat, korang kaut pearl tadi, rendam kan dalam air sejuk yang berisi ais dalam 10-20 saat, kemudian tos kan..Ok dah siap!



Ini boba pearl hijau versi nieyl yang dah siap dan boleh dihidangkan bersama apa sahaja air yang korang nak buat. Rasa pearl tu sangat kenyal sama macam pearl dekat tealive atau chattime. Selamat Mencuba semua :) 


3 comments:

  1. senang je kan nak buat pearl ni.. cantik warna hijau nieyl buat tu.. sekali tengok macam manik2 pulak.. haha

    ReplyDelete
  2. Senang je nak buatnya ye. Tapi kalau ciktie nak ge5el tu macam ambil masa je hehe

    ReplyDelete
  3. hmmmm...
    aida lom lagi try air ni, nieyl.
    sedap sgt ekk?
    teringin. tapi lom lagi ada time nak mencari kat melaka ni.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)