05 August, 2019

Tempat Rekreasi Di Ayer 8 Putrajaya

Tempat Rekreasi Di Ayer 8 Putrajaya | Seronok sesekali dapat spend time dengan ipar duai dan adik ipar ni sambil bawa anak-anak bermain aktiviti outdoor macam ni. Hari-hari cuti ramai parent yang ambil peluang beriadah dekat tempat ni, ada yang berjogging, berbasikal dan duduk bersantai bersama keluarga pun ada sebab tempat ni berdepan dengan tasik putrajaya. 


Sampai-sampai je kiteorang terus pergi tempat train , excited mak-mak yang nak naik train hihihi.. harga train 1 seat RM5 tapi 1 seat tu boleh duduk 2 orang jadi, mak ayah jimat lah kalau ada anak yang ramai tu boleh la duduk 1 seat 2 orang jimat sikit. Sebab banyak lagi duit nak kena keluar lepas naik train tu..hehehe..


Lepas dah puas naik train, anak-anak nak main bubble pula..beli 2 set bubble,supaya tak berebut bila main nanti. Bukan anak-anak je yang main, mak pun seronok nak main juga.. Adam dari tak pandai main bubble tu, lama-lama pandai banyak bubble dia ..


Time ni masing-masing dah masuk dalam train dah, sementara tunggu train nak bergerak tu..kita selfie kenangan dulu..


Nieyl pun terjebak juga main bubble ni seronok bila banyak bubble, teringat dulu masa kecil berejam-jam dalam bilik air main bubble buat dengan sabun guna tangan hahaha.. Kiteorang nak naik basikal tu rasanya kudrat 3 orang ni memang tak lepas, tak ada orang lelaki nanti langsung tak bergerak basikalnya..Next time ya Putri, Ellsa ,Adam.. nanti kita datang lagi...



3 comments:

  1. seronok kan dapat beriadah dekat luar ni. stress free orang kata :)

    ReplyDelete
  2. Eehhh dah habis dah ke. Macam ada sambungan je entri ni hehe

    ReplyDelete
  3. tak pernah aida ke sini lagi, nieyl.
    maybe cuti sekolah nanti, nak cover semua putrajaya lah.
    seronok nampak nyer aktiviti ni :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)