Jom ketahui fungsi lain garam dalam hidup seharian kita | Masalah kesihatan yang sering kali berlaku dan kerap kali berlaku pada kita adalah demam, batuk dan selsema kan. Tapi masih belum ada lagi ubat yang boleh membunuh virus yang menyebabkan penyakit ni betul tak. Biasanya kalau kita pergi ke klinik atau hospital doktor akan beri kita ubat demam, antibiotik dan ubat-ubat lain yang berkait dengan batuk dan selsema.
Tahu tak korang,garam yang biasa kita buat masak tu boleh digunakan untuk menyembuhkan selsema dengan lebih cepat. Nieyl terbaca jurnal iaitu Nature dimana, seorang pesakit disuruh untuk berkumur air garam yang pekat dan juga menitiskan air garam ke dalam hidung , dan hasilnya sangat memberangsangkan.
- Demam selsema dapat dikurangkan hingga kepada 2 hari sahaja
- mengurangkan penggunaan ubat farmasi
- mengurangkan jangkitan orang terdekat
- Dapat mengelakkan penyalahgunaan antibiotik
Ini kerana sel tubuh kita akan menggunakan klorida dari garam untuk menghasilkan hypoclorus acid iaitu cecair peluntur yang berfungsi sebagai pemusnah virus. Untuk yang ada masalah selsema tu hanya titiskan air garam di hidung. Air garam berfungsi sebagai agen mencairkan mukus pekat yang menyumbat saluran pernafasan dan membunuh virus.
Jika keadaan masih lagi tidak berubah, korang dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor ya. Amaran keras anak kecik dibawah usia 3 bulan tidak sesuai menggunakan kaedah ini okay...Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua😉
sumber : Nature dan KKM Putrajaya
Wak kalau sakit tekak pun selalunya kumur pakai air garam
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDeleteNice sharing..dalam badan kita ni pun memang perlu garam..x boleh takde langsung...
ReplyDeleteilmu & info baru yang berguna. nice sharing sis ;-)
ReplyDelete