28 August, 2019

Dating Dengan Kekasih Halal

Dating Dengan Kekasih Halal | Assalamualaikum semua.. Dah lama nieyl tak up gambar bersama kekasih halal nieyl ni. Nieyl dengan husband ni lebih suka habiskan masa dirumah berbanding di luar. Tapi kadang-kadang tu keluar juga la untuk cari barang sambil tu boleh la dating berdua bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri. 





Orang kata asam garam berumahtangga tidak selalunya bahagia betul tak?sedikit sebanyak pasti ada, sama juga dengan nieyl. Bukan mudah untuk bertahan selama 7 tahun pada tahun ini pelbagai dugaan demi dugaan yang diri nieyl sendiri kena tempuhi lagi-lagi berperang dengan diri sendiri. Apa-apa pun dugaan , ujian itu besar atau kecil jangan ambil mudah, cepat bertindak menyelesaikannya okay..



Setiap wanita yang bergelar isteri , pastinya kita akan ada satu perasaan atau gerak hati yang betul tentang suami kita terutamanya kalau ada something wrong or something yang lain dalam diri pasangan kita tu, jadi..kalau ada..kita kena check dan siasat.. Kita tak boleh jadi isteri zaman dahulu kala yang hadam semuanya walaupun kita tahu akan kebenaranya. Isteri kena pertahankan hak kita okay.. Jangan disangka tenang tiada buaya ya..hihihii 



Manusia tidak sempurna tapi kita boleh berusaha untuk menjadi yang lebih baik walaupun tidak sempurna kan. Yang penting ikhlas dan belajar itu lebih diberkati InsyaÁllah...korang doakan semoga rumahtangga yang nieyl bina ini akan kekal bahagia hingga ke Jannah. Dan Allah makbulkan impian dan doa nieyl untuk melihat anak-anak hadir dalam kehidupan kami suami isteri ♥




5 comments:

  1. betul tu...asam garam berumah tangga, ada pasang surut nya. Mcm situasi Ayu plak...selalu Ayu pesan..hargai ketika ada. In sya Allah..moga sentiasa bahagia hingga ke jannah..aamiin.

    ReplyDelete
  2. kalau bukan isteri pun, time bercinta pun dah tahu ada something wrong sebab bila dah kenal perangai ni dah masak benr cara dia berubah tu. Anyway, semoga bahagia berkekalan ke jannah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)