02 August, 2019

Sakit Mata Boleh Berjangkit Dengan Pandangan?

Sakit Mata Boleh Berjangkit Dengan Pandangan? | Ayat ini selalu kita dengar kan, jangan pandang mata orang yang tengah sakit mata ataupun kena pakai cermin mata hitam kalau sakit mata nanti berjangkit..Betul tak? Tapi sejauh mana agaknya kebenaran tu ? jom nieyl kongsikan dengan korang, sebab nieyl sendiri pun baru je tahu..


Pernah dengar tak penyakit konjunktivitis? Kalau bahasa mudahnya sakit mata. Biasanya yang sakit mata ini akan mengalami mata merah serta gatal-satal rasa macam nak garu je mata tu kan. Itupun kalau boleh tapi itu benda yang mustahil lah. Ok penyakit sakit mata ini disebabkan oleh keradangan pada selaput yang terletak pada belakang kelopak mata akibat daripada jangkitan bakteria dan virus ataupun cedera akibat dari tumpahan bahan kimia pada mata.

Antara tanda-tanda sakit mata adalah :-
  • Mata pedih 
  • Mata gatal
  • Mata merah
  • Ada cecair kuning 
  • Kelopak mata melekat
Sakit mata boleh berjangkit?

Ya, sakit mata memang boleh berjangkit tetapi melalui sentuhan langsung daripada cairan mata pesakit. Contohnya melalui perkongsian tuala, barang peribadi itu memang boleh berjangkit. Pembentulanya kawan-kawan, kalau sakit mata tidak akan merebak dengan cara memandang mata pesakit. Kuman tidak akan sampai ke mata orang lain hanya dengan tenungan. Faham?

Semoga semuanya faham ya, kalau sakit mata jangan lupa segera berjumpa dengan doktor okay jangan pandai-pnadai nak rawat sendiri pula okay.. 


5 comments:

  1. dah jumpa doktor dua org plak tu tp masih pedih mata ni.

    ReplyDelete
  2. tapi zaman dedulu orang tua2 kata boleh jangkit kalau pandang orang sakit mata ni kan hehe :)

    ReplyDelete
  3. Ai memang takut nak pandang mata orang yang sakit mata sebab takut jangkit. Hahaha. Tengok gambar atas tu pun takut jangkit gak.

    ReplyDelete
  4. Hehe..risau juga bila pergi satu-satu tempat ada orang yang sakit mata. Risau je takut berjangkit. Tapi agak-agak kalau kita pakai lens dia boleh berjangkit juga ke

    ReplyDelete
  5. hi hi hi...
    dulu kala aida gitu juga nieyl.
    sakit mata, jgn tgk dia. nanti berjangkit! ha ha ha ha... tahyul betul ekk.
    kakak aida, doktor, then baru dia share la yg ianya mustahil gitu.
    berjangkit ada caranya. boleh elak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)